Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    By AMAL HAYATI FAUZIApril 20, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Elok untuk bersenam pada waktu malam?. - GAMBAR HIASAN CANVA

    KESIBUKAN kerja mendorong ramai orang memilih untuk bersenam pada waktu malam. Namun, amalan itu menimbulkan perdebatan apabila ada yang berpendapat tubuh badan sepatutnya berehat selepas seharian bekerja.

    Menerusi laporan oleh Berita Harian, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Azhar Yaacob berkata, senaman pada waktu malam tidak semestinya memudaratkan, sebaliknya mempunyai kebaikan dan keburukan bergantung kepada keadaan individu serta cara ia dilakukan.

    Risiko atau tidak bersenam waktu malam ?

    Menurut Azhar, bagi individu yang sudah biasa bersenam pada waktu malam, rutin itu boleh menjadi jadual harian yang konsisten walaupun sibuk bekerja.

    “Selepas melakukan aktiviti fizikal, tubuh akan melalui proses pemulihan semasa berehat atau tidur. 

    “Ini bermakna, bersenam pada waktu malam tidak memberi mudarat tambahan kepada individu yang sudah menyesuaikan diri dengan rutin tersebut,” katanya.

    Risiko jika terus tidur selepas makan

    Bagaimanapun, kesan negatif boleh berlaku jika seseorang mengambil makanan tinggi kalori selepas bersenam dan terus tidur.

    Antara risiko yang dikhuatiri timbul ialah:

    • Sistem pencernaan masih bekerja ketika sedang tidur
    • Tubuh badan tidak dapat rehat yang cukup
    • Kualiti tidur menurun
    • Berat badan semakin bertambah

    Gangguan tidur

    Azhar berkata, senaman yang dilakukan terlalu lewat malam boleh menyebabkan waktu tidur menjadi singkat. 

    Secara tidak langsung, ia berpotensi mengganggu ritma sirkadia iaitu jam biologi badan yang mengawal pola tidur dan bangun. 

    Aktiviti fizikal berintensiti tinggi turut meningkatkan kadar degupan jantung sehingga mengganggu waktu tidur.

    Kenali tahap kesihatan diri

    Individu yang mempunyai masalah seperti:

    • Asma atau semput
    • Darah tinggi
    • Penyakit jantung
    • Kencing manis
    • Sakit sendi

    Golongan di atas perlu berhati-hati kerana senaman memberi tekanan tambahan kepada sistem pernafasan dan kardiovaskular.

    Bersenam ikut kemampuan diri

    Azhar turut berkata jenis senaman dipilih harus mengikut tahap kecergasan dan keadaan badan.

    Jika penat selepas bekerja, elakkan aktiviti berintensiti tinggi. Sebaliknya, pilih senaman ringan atau sederhana seperti:

    • Berjalan kaki atau ‘brisk walk’
    • Senaman gimnasium bersederhana
    • Berbasikal pada jarak dekat

    Regangan paling sesuai waktu malam

    Tambah Azhar, senaman regangan paling sesuai dilakukan pada waktu malam kerana tidak memberi tekanan tinggi kepada jantung dan sistem pernafasan. Ia membantu daripada segi perkara berikut:

    • Ketegangan otot selepas bekerja berkurang
    • Pergerakan sendi lancar
    • Fleksibiliti badan meningkat
    • Lebih tenang sebelum tidur – RELEVAN
    Previous ArticleTabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    Next Article Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.