Facebook Twitter
    Trending
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    By AMAL HAYATI FAUZIApril 15, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    RAMAI pelajar cenderung meletakkan tumpuan sepenuhnya terhadap akademik semata-mata. Hakikatnya, dunia pendidikan dan kerjaya masa kini semakin menuntut lebih daripada sekadar markah pada kertas peperiksaan. 

    Universiti dan pasaran kerja mula memberi perhatian kepada kemahiran insaniah, pengalaman praktikal serta kebolehan beradaptasi dalam pelbagai situasi. Justeru, penglibatan aktif dalam aktiviti sekolah perlu menjadi nilai tambah penting yang mampu membentuk masa depan seseorang pelajar.

    AKTIF SEBAGAI AHLI KELAB KOPERASI

    Salah satu contohnya ialah penglibatan dalam kelab koperasi sekolah. Melalui aktiviti ini, pelajar didedahkan secara langsung kepada urusan jual beli, pengurusan stok serta pengiraan untung dan rugi. Tanpa sedar, pelajar sebenarnya sedang mengasah kemahiran matematik secara praktikal. 

    Lebih menarik, pengalaman ini turut membentuk asas keusahawanan dan perniagaan. Kemahiran ini sedikit sebanyak membantu membina pelajar yang lebih celik kewangan dan berani mengambil peluang dalam kehidupan.

    KEMAHIRAN BERDEBAT DAN PENGUCAPAN AWAM

    Penglibatan dalam kelab debat atau pengucapan awam pula membuka ruang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan menyampaikan idea dengan yakin. Dalam aktiviti seperti ini, pelajar dilatih menyusun hujah secara logik, menilai isu daripada pelbagai sudut serta bertindak balas secara spontan terhadap pandangan pihak lawan.

    Kemahiran ini amat bernilai untuk masa depan kerana pelajar akan lebih lancar ketika berkomunikasi di alam universiti dan pekerjaan kelak. Mereka bukan sahaja mampu membentangkan idea dengan baik, malah lebih yakin dalam sesi temu duga, perbincangan kumpulan dan mesyuarat.

    MAJALAH SEKOLAH

    Bagi pelajar yang cenderung kepada dunia penulisan dan kreativiti, penglibatan dalam persatuan media atau majalah sekolah menjadi platform terbaik untuk mengembangkan bakat. Dalam era digital yang serba pantas ini, kemahiran menghasilkan kandungan berkualiti, termasuk penulisan, fotografi dan pengurusan media sosial, semakin mendapat tempat dalam pelbagai bidang kerjaya, termasuk pemasaran dan komunikasi korporat.

    AHLI KELAB ROBOTIK DAN DOKTOR MUDA

    Dalam pada itu, kelab berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), robotik dan doktor muda turut memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori dalam bentuk praktikal. Aktiviti seperti membina robot atau menjalankan eksperimen mendorong pelajar berfikir secara analitikal dan kreatif dalam menyelesaikan masalah. Pengalaman ini secara tidak langsung membentuk daya inovasi yang tinggi, satu kelebihan penting dalam dunia yang semakin dipacu teknologi.

    ATLET DAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH

    Tidak ketinggalan, penglibatan dalam sukan dan badan beruniform turut memainkan peranan besar dalam membentuk sahsiah pelajar. Melalui aktiviti ini, mereka belajar tentang disiplin, komitmen serta kepentingan kerja berpasukan. Pengalaman memegang jawatan seperti ketua pasukan atau pemimpin unit pula memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan kemahiran kepimpinan dalam situasi sebenar. Lebih penting, mereka juga belajar menerima kekalahan dengan hati terbuka dan bangkit semula dengan semangat yang lebih kuat.

    AKTIVITI SUKARELAWAN

    Dalam konteks yang lebih luas, aktiviti kesukarelawanan di sekolah turut membantu membentuk nilai kemanusiaan dalam diri pelajar. Pendedahan kepada pelbagai lapisan masyarakat menjadikan mereka lebih peka terhadap realiti kehidupan serta cabaran yang dihadapi oleh orang lain. Sifat empati dan tanggungjawab sosial yang dipupuk melalui pengalaman ini penting dalam melahirkan individu yang bukan sahaja berjaya, tetapi juga berjiwa besar.

    KELAB SENI DAN MUZIK

    Penglibatan dalam kelab seni dan muzik pula tidak kurang pentingnya dalam memastikan keseimbangan emosi pelajar. Aktiviti sebegini memberi ruang untuk mereka mengekspresikan diri, sekali gus membantu mengurangkan tekanan. Pada masa sama, ia merangsang kreativiti dan pemikiran di luar kotak, satu kelebihan yang semakin dihargai dalam pelbagai bidang kerjaya masa kini.

    Penglibatan aktif dalam aktiviti sekolah sememangnya memberikan pelajar peluang untuk membina pelbagai kemahiran yang tidak diajar secara langsung di dalam bilik darjah. 

    Setiap pengalaman, sama ada dalam koperasi, debat, sukan mahupun kesukarelawanan, menyumbang kepada pembentukan jati diri yang lebih kukuh. Kejayaan masa depan bukan hanya ditentukan oleh kecemerlangan akademik tetapi juga oleh pengalaman dan kemahiran yang dibina sepanjang perjalanan di alam persekolahan. – RELEVAN

    Previous ArticleDapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Next Article Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026

    Bahaya lupa makan

    April 14, 2026
    Artikel Terkini

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.