Facebook Twitter
    Trending
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    • Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar
    • Organ dalaman paling mudah diserang kanser
    • Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh
    • Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    • 10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026

      Berapa kali sehari kita patut buang air besar?

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026
    • Pendidikan

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

      March 31, 2026

      Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

      March 31, 2026

      Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

      March 30, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan buang! Ini boleh dijual 

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    By Umi FatehahApril 8, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jangan buang! Ini boleh dijual. - GAMBAR HIASAN NGUYENDESIGNER/PEXELS

    RAMAI ibu-ibu di Malaysia suka menyimpan barang lama. Alasan mereka – “Alah, mana tahu nanti boleh guna”. Lama-kelamaan, rumah menjadi penuh dan akhirnya kita mula memikirkan sama ada untuk membuang atau memberi barangan berkenaan kepada orang lain.

    Sebenarnya, banyak barang dalam rumah yang mempunyai nilai di pasaran. Jangan terkejut, ada barangan tertentu yang boleh dijual pada harga tinggi jika tahu saluran yang sesuai.

    Sebelum anda membuat keputusan untuk membuang, cuba semak dulu senarai ini. Mungkin ada harta tersembunyi yang boleh dijual pada harga lumayan.

    1. Perabot kayu lama 

    Di Malaysia, perabot kayu terutama yang diperbuat daripada kayu jati, cengal atau meranti sebenarnya sangat bernilai. Walaupun nampak lama, lapuk atau sudah tidak selari dengan zaman, permintaan terhadap perabot jenis ini masih tinggi kerana ketahanannya dan nilai estetika klasik.

    Meja makan kayu jati lama atau kerusi ukiran tangan yang masih kukuh boleh dijual semula dengan harga ratusan hingga ribuan ringgit, bergantung kepada keadaan dan reka bentuk.

    Lebih menarik, ada pembeli yang sanggup membeli perabot lama untuk baik pulih dan naik taraf supaya dapat dijual semula pada harga lebih tinggi.

    1. Kabinet lama

    Kabinet lama, sama ada kabinet dapur atau kabinet hiasan sering dianggap tidak moden dan terus diganti. Tetapi sebenarnya, kabinet dengan reka bentuk klasik atau material kayu kukuh mempunyai nilai tersendiri.

    Kabinet kaca lama (display cabinet), misalnya, sangat popular dalam kalangan peminat dekorasi vintaj dan retro. Ada yang membelinya untuk dijadikan tarikan utama dalam ruang kediaman atau kafe.

    1. Barangan antik

    Barangan antik di Malaysia bukan sekadar hiasan, ia juga koleksi bernilai.

    Antara contoh yang sering dicari:

    • Syiling dan wang kertas lama (contoh: duit lama sebelum Ringgit Malaysia diperkenalkan)
    • Radio atau televisyen lama
    • Mesin jahit klasik seperti Singer

    Nilai barang antik bergantung pada faktor seperti usia, keadaan dan keunikan. Ada pengumpul yang sanggup bayar mahal untuk melengkapkan koleksi mereka.

    1. Pinggan mangkuk dan set hidangan (serveware and dinnerware)

    Set pinggan mangkuk lama yang lengkap sebenarnya boleh dijual semula terutamanya jika masih dalam keadaan baik.

    Jenama seperti Corelle lama, porcelain klasik atau set teh bunga-bunga yang diwarisi dari keluarga sering mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengumpul dan peminat dekorasi.

    Malah, ada juga yang mencari set tertentu untuk melengkapkan koleksi yang tidak cukup.

    1. Katil dan kereta sorong bayi 

    Barangan bayi seperti katil bayi dan kereta sorong (stroller) biasanya hanya digunakan untuk tempoh yang singkat. Sebab itu, banyak daripadanya masih dalam keadaan baik walaupun sudah tidak digunakan.

    Di Malaysia, pasaran preloved baby items sangat aktif. Ibu bapa yang ingin berjimat cenderung mencari barangan ini pada harga lebih rendah tetapi masih berkualiti.

    Jika anda masih simpan barangan ini, jangan terburu-buru buang. Ia boleh dijual dengan mudah di platform seperti Facebook, Carousell atau di carboot sale.

    1. Barangan elektronik lama

    Ramai tak sedar bahawa barangan elektronik lama juga ada nilai tersendiri. Daripada konsol permainan seperti PlayStation lama, telefon Nokia klasik hingga ke model iPhone generasi awal, semuanya boleh jadi barang koleksi.

    Peralatan audio lama seperti radio atau pembesar suara vintaj juga sangat dicari oleh peminat audio. Malah, peranti rosak pun masih boleh dijual untuk alat ganti.

    Selain itu, banyak kedai dan pengeluar menawarkan program trade-in yang membolehkan anda tukar peranti lama dengan kredit atau wang tunai.

    1. Peralatan elektrik rumah

    Peralatan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh atau microwave yang masih berfungsi juga boleh dijual semula.

    Walaupun kedai besar mungkin menawarkan servis buang secara percuma, menjual sendiri melalui platform seperti Mudah.my atau Facebook Marketplace boleh memberi pulangan wang yang lebih baik.

    Ramai pembeli mencari peralatan ini untuk kegunaan sementara, rumah sewa, atau bajet rendah.

    Sampah atau boleh dijual?

    Kesimpulannya, tidak semua barang lama itu sampah. Ada yang sebenarnya mempunyai nilai sama ada dari segi fungsi, estetika atau sebagai koleksi.

    Sebelum anda buang atau sedekahkan sesuatu, cuba semak dulu:

    Adakah ia masih boleh digunakan?

    Adakah ia unik atau sukar didapati?

    Adakah ada permintaan di pasaran?

    Kalau anda pandai memilih dan menjual, proses membersihkan rumah daripada barang-barang yang sudah tidak dipakai bukan sahaja buat rumah lebih kemas tetapi juga boleh tambah duit poket. – RELEVAN

    Previous ArticleAlternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Next Article Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    Artikel berkaitan

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026

    Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

    April 6, 2026

    Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

    April 3, 2026
    Artikel Terkini

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026

    Jangan buang! Ini boleh dijual 

    April 8, 2026

    Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

    April 7, 2026

    Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

    April 7, 2026

    Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    April 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.