Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

    Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

    By Umi FatehahMarch 31, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Konflik Iran-AS cetus bimbang, jangan tambah panik dengan sebar berita palsu

    DUNIA ketika ini kembali tegang. Konflik melibatkan Iran dan Amerika Syarikat bukan sekadar isu politik luar negara tetapi sudah mula memberi kesan kepada ekonomi global.

    Antara yang paling dibimbangkan ialah keadaan di Selat Hormuz — laluan penting yang menjadi nadi penghantaran minyak dunia.

    Apabila laluan ini terganggu, harga minyak dunia akan meningkat. Kesan ini tidak berhenti di situ. Ia perlahan-lahan menular kepada kos pengangkutan, seterusnya menyebabkan harga makanan dan barangan harian turut naik.

    Malaysia juga tidak terkecuali. Sebahagian bekalan minyak negara melalui laluan ini, menjadikan kita turut terdedah kepada sebarang perubahan yang berlaku di sana.

    Namun, di sebalik kebimbangan yang berasas ini, muncul satu lagi isu yang semakin memburukkan keadaan – penyebaran berita palsu.

    Bukan semua yang tular itu sahih

    Sejak konflik ini hangat diperkatakan, media sosial mula dibanjiri pelbagai dakwaan. Ada yang mengatakan minyak akan habis dalam masa terdekat, ada juga mendakwa bekalan makanan akan terputus.

    Masalahnya, tidak semua maklumat yang dikongsi itu sahih.

    Lebih membimbangkan, apabila sesuatu berita dikongsi berkali-kali tanpa semakan, ia mula kelihatan seperti benar. Orang ramai menjadi cemas, lalu bertindak membeli barang secara berlebihan.

    Akhirnya, situasi menjadi lebih buruk, bukan kerana krisis sebenar tetapi panik yang dicipta sendiri.

    Mengapa mudah terpedaya?

    Dalam keadaan tidak menentu, emosi sering mengatasi pertimbangan. Perkataan seperti “perang”, “krisis” dan “harga naik” cukup untuk membuatkan seseorang bertindak pantas tanpa berfikir panjang.

    Tambahan pula, ramai yang hanya membaca tajuk tanpa menyemak isi penuh. Apabila melihat sesuatu berita dikongsi oleh ramai orang, ia terus dianggap sahih.

    Di sinilah bermulanya kitaran berbahaya – satu maklumat yang tidak pasti berubah menjadi “kebenaran” hanya kerana ia tular.

    Beberapa media tempatan telah mengeluarkan peringatan agar orang ramai lebih berhati-hati terhadap penularan berita palsu. Namun, akibat tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu yang menyebarkan maklumat tidak sahih, kredibiliti media tempatan turut terpalit sama.

    Semak dulu baru kongsi

    Dalam situasi seperti ini, sikap berhati-hati sangat penting. Tidak semua perkara perlu dikongsi, lebih-lebih lagi jika ia belum dipastikan kesahihannya.

    Menurut Unicef, cuba biasakan diri untuk melihat sumber sesuatu berita. Jika ia datang daripada media yang tidak dikenali atau akaun tanpa identiti jelas, sebaiknya berhenti seketika sebelum mempercayainya.

    Selain itu, bandingkan dengan laporan lain. Berita yang benar biasanya dilaporkan oleh lebih daripada satu sumber. Jika hanya satu pihak yang menyebutnya, ada kemungkinan ia tidak tepat.

    Kadangkala, berita lama juga dikongsi semula seolah-olah baru berlaku. Perkara ini sering mengelirukan dan menambah panik yang tidak perlu.

    Kesan besar daripada satu tanda ‘kongsi’

    Ramai tidak sedar bahawa satu klik ‘kongsi’ atau share boleh memberi kesan besar. Menurut Psychology Today, ia boleh mencetuskan kebimbangan, mengganggu kestabilan pasaran malah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap keadaan sebenar.

    Dalam dunia yang sudah pun berdepan ketidaktentuan, perkara terakhir yang diperlukan ialah panik yang berpunca daripada maklumat tidak sahih.

    Isu di Selat Hormuz memang serius dan wajar diambil perhatian. Kenaikan harga minyak dan barang adalah kemungkinan yang perlu difahami secara rasional.

    Namun, reaksi kita juga memainkan peranan penting.

    Sebagai pengguna media sosial, kita bukan sekadar penerima maklumat tetapi juga penyebarnya. Tanggungjawab ini memerlukan kita lebih berhati-hati dan berfikir sebelum bertindak.

    Ingat, tidak semua yang tular itu benar. Tetapi satu perkongsian tanpa semakan boleh memberi kesan kepada ramai orang. – RELEVAN

    Previous ArticleTak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini
    Next Article Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.