Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

    Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan

    By AMAL HAYATI FAUZIMarch 30, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Lepasan SPM, ini panduan lengkap semak keputusan dan rayuan. - GAMBAR IHSAN MEDIA MULIA

    ESOK adalah detik penting buat hampir 500,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 apabila keputusan peperiksaan yang dinanti-nantikan akan diumumkan. 

    Bagi sesetengah pelajar, ia mungkin membawa khabar gembira, manakala bagi yang lain keputusan tersebut mungkin tidak seperti yang diharapkan. 

    Namun apa jua keputusan akhir, ia tetap mencerminkan usaha dan perjalanan yang telah ditempuh sepanjang alam persekolahan. Ia bukan pengakhiran, malah titik permulaan kepada langkah kehidupan seterusnya.

    Berikut merupakan panduan lengkap untuk menyemak keputusan SPM anda.

    1. Semakan di sekolah bermula 10 pagi

    Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan rasmi di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi pada hari keputusan diumumkan.

    Bagi calon persendirian yang ingin mendapatkan slip fizikal, mereka perlu merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau pusat peperiksaan yang telah ditetapkan.

    1. Semakan secara dalam talian

    Calon juga boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui laman web rasmi di myresultspm.moe.gov.my

    Kaedah ini memudahkan calon mendapatkan keputusan dengan cepat jika tidak berkesempatan untuk hadir secara fizikal ke lokasi tertentu.

    1. Semakan melalui SMS

    Selain itu, semakan boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

    Hanya taip, SPM (jarak) nombor IC (jarak) nombor calon, dan hantar ke 15888

    Mahu semak semula keputusan?

    Bagi calon yang ingin membuat semakan semula keputusan, permohonan boleh dibuat melalui sistem e-Lembaga Peperiksaan di elp.moe.gov.my 

    Permohonan rayuan perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari selepas keputusan diumumkan.

    Bagaimanapun, harus diingat rayuan tidak menjamin perubahan kepada gred yang lebih baik.

    Langkah membuat rayuan

    • Layari laman web e-Lembaga Peperiksaan atau muat turun aplikasi berkaitan dan daftar akaun
    • Log masuk dan pilih subjek yang ingin disemak semula
    • Bayaran sebanyak RM100 dikenakan bagi setiap subjek
    • Tunggu keputusan semakan, yang biasanya mengambil masa sehingga dua bulan selepas tarikh tutup permohonan – RELEVAN
    Previous ArticleBaik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu
    Next Article Tak puas hati dengan keputusan SPM? Semak semula dengan cara ini

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.