Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    Pantau glukosa walaupun ketika beraya

    By Umi FatehahMarch 23, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pantau glukosa walaupun ketika beraya. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    “KENAPA rasa macam tak sedap badan lepas perjalanan jauh walaupun kita rasa dah makan?”

    Lepas perjalanan jauh balik kampung, badan kita biasanya dah letih, kurang tidur, banyak minum kopi untuk kekal segar dan duduk lama dalam kereta. 

    Walaupun hati seronok jumpa keluarga, badan sebenarnya masih cuba menyesuaikan diri. 

    Menurut pakar diet Farmasi Alpro, Farhanna Amira, badan kita ada jam dalaman yang mengawal tidur, tenaga dan cara badan memproses makanan. 

    Bila rutin berubah semasa beraya di kampung, jam badan ini boleh jadi sedikit tak selari dan membuatkan paras gula kadang-kadang jadi lebih mudah naik dan turun.

    Apa jadi pada paras gula?

    Bayangkan kita makan tengah hari pukul 1 petang pada Hari Raya. Tetapi sistem pencernaan dalam badan sebenarnya masih menyangkakan waktu itu seperti awal pagi ketika bersahur. Apabila ini berlaku:

    • Insulin mungkin dilepaskan lebih perlahan
    • Badan kurang cekap menguruskan gula
    • Paras gula lebih mudah naik

    Disebabkan itu, ada sesetengah orang mengalami rasa mengantuk, penat atau cepat kenyang selepas makan ketika beraya.

    Travel Spike – Bila paras gula jadi tak menentu

    Tak perlu panik. Kenaikan gula semasa perjalanan jauh atau balik kampung biasanya hanya sementara. Di sinilah Continuous Glucose Monitor (CGM) boleh membantu. 

    CGM ialah alat kecil yang dipakai pada lengan untuk memantau paras gula sepanjang hari. Ia membantu kita melihat bagaimana badan bertindak balas terhadap makanan, tidur, stres dan pergerakan.

    Paras gula sebenarnya sangat dinamik dan boleh berubah bergantung kepada keadaan badan dan persekitaran. Semasa perjalanan jauh, ada beberapa corak kenaikan gula yang biasa berlaku.

    Invisible hill – Gula naik walaupun belum makan

    Kadang-kadang paras gula boleh naik walaupun kita belum makan. Ini boleh berlaku kerana stres semasa perjalanan. Apabila badan stres, hormon tertentu memberi isyarat kepada hati untuk melepaskan gula simpanan sebagai tenaga.

    Skyscraper – Lonjakan gula mendadak

    Ada juga situasi di mana kita makan makanan yang agak seimbang tetapi paras gula tetap naik dengan cepat.

    Ini boleh berlaku apabila kita kurang tidur dan duduk terlalu lama semasa perjalanan. Dalam keadaan ini, badan mungkin kurang responsif kepada insulin boleh menyebabkan lonjakan gula dalam darah.

    Ghost Rise – Gula naik tanpa sebab

    Kadang-kadang paras gula boleh naik walaupun kita tak pasti sebabnya. Ini mungkin berlaku kerana badan masih menyesuaikan diri dengan perubahan rutin. Hati boleh melepaskan gula seperti rutin biasa badan pada waktu pagi.

    Tip mudah kawal paras gula semasa beraya

    • Jangan makan hanya kerana makanan dihidangkan. Tangguh dahulu makan berat supaya paras gula lebih stabil.
    • Jalan santai selepas makan selama 10 hingga 15 minit boleh bantu kurangkan lonjakan gula.
    • Minum air secukupnya membantu badan kekal segar dan membantu menstabilkan paras gula.
    • Jadikan CGM teman perjalanan anda untuk pantau gula secara nyata, fahami reaksi badan dan bantu membuat pilihan yang lebih bijak. 

    – RELEVAN

    Previous ArticleTak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini
    Next Article Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.