Facebook Twitter
    Trending
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    • Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat
    • Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian
    • Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin
    • 7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    By AMAL HAYATI FAUZIMarch 16, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis? - GAMBAR HIASAN REDDIT

    MENJELANG Aidilfitri, pelbagai inovasi makanan tradisional mula mendapat perhatian ramai. Antaranya lemang periuk kera dari jenis Nepenthes ampullaria, iaitu antara spesis yang banyak terdapat di Asia Tenggara dan sering digunakan oleh peniaga.

    Dalam penyediaan lemang, tumbuhan ini biasanya dijadikan bekas semula jadi untuk memasak pulut serta melahirkan rasa sedikit berbeza berbanding lemang buluh.

    Selamat dimakan, tetapi timbul kebimbangan

    Walaupun lemang periuk kera dianggap selamat dimakan dan sudah mendapat tempat dalam masyarakat tertentu, masih ada kebimbangan dalam kalangan pakar dan pencinta alam sekitar. 

    Ini kerana kebanyakan periuk kera yang digunakan diperoleh dari hutan, sekali gus berpotensi menjejaskan populasi tumbuhan itu berikutan pengambilannya yang tidak dikawal.

    Peranan periuk kera dalam ekosistem hutan

    Menurut perkongsian oleh Zoologi Malaysia, periuk kera sebenarnya mempunyai hubungan ekologi yang unik dengan haiwan seperti kelawar dan serangga. 

    Secara saintifiknya, haiwan ini menggunakan tumbuhan tersebut sebagai tempat berlindung manakala najis yang dihasilkan pula menjadi baja kepada tumbuhan tersebut.

    Kajian oleh penyelidik di Universiti Brunei Darussalam turut menunjukkan bahawa ada hubungan unik antara kelawar pemakan serangga dengan tumbuhan periuk kera tertentu di hutan Borneo. 

    Struktur khas pada tumbuhan tersebut membantu kelawar mengesan lokasi sarang melalui “pantulan gema ultrasonik” yang menjadikan periuk kera sebagai tempat perlindungan yang selamat.

    Langkah pemuliharaan yang diamalkan

    Abdul Latiff Mohamad, pakar botani tempatan,  menyatakan kebimbangan bahawa pengambilan periuk kera secara tidak terkawal boleh menjejaskan pelbagai spesis tumbuhan itu. 

    Beliau mencadangkan periuk kera di Semenanjung Malaysia diberikan perlindungan sewajarnya untuk memastikan ia tidak terancam akibat aktiviti pengumpulan secara berlebihan.

    Katanya, orang ramai disarankan untuk lebih peka terhadap aspek kelestarian alam sekitar ketika menikmati hidangan unik seperti lemang periuk kera. 

    “Penggunaan periuk kera yang ditanam secara terkawal atau diusahakan sendiri dilihat sebagai langkah lebih lestari berbanding pengambilan tumbuhan liar dari hutan,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticlePantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    Next Article Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    Artikel berkaitan

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026

    Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

    June 17, 2026

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026

    Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

    June 16, 2026
    Artikel Terkini

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026

    Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

    June 17, 2026

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.