Facebook Twitter
    Trending
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026
    • Pendidikan

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    By Umi FatehahMarch 4, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya? - GAMBAR HIASAN KOSMO

    MENJELANG Aidilfitri, perbelanjaan isi rumah akan meningkat. Selain kos perjalanan dan makanan, pembelian pakaian baharu menjadi komponen utama dalam bajet hari raya.

    Namun kos sara hidup yang mencabar, mendorong pengguna memilih menggunakan kemudahan Buy Now, Pay Later (BNPL). Wajarkah kaedah BNPL digunakan untuk bergaya menjelang 1 Syawal?

    Harga meningkat, pilihan pembayaran bertambah

    Harga pakaian perayaan boleh mencecah ratusan ringgit. Bagi keluarga dengan beberapa anak, jumlahnya meningkat dengan ketara.

    BNPL menawarkan alternatif pembayaran yang lebih fleksibel. Pengguna boleh membahagikan bayaran kepada beberapa ansuran tanpa perlu membayar jumlah penuh secara sekali gus.

    Dari sudut pengurusan tunai jangka pendek, ini membantu pengguna kerana mereka tidak perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar secara sekali gus. Ia juga memberi ruang untuk mengekalkan tunai untuk perbelanjaan lain seperti perjalanan, makanan atau komitmen bulanan.

    Namun, kelebihan ini akan bermakna jika pengguna mampu melunaskan ansuran mengikut jadual. Tanpa perancangan yang teliti, komitmen kecil yang kelihatan ringan pada awalnya boleh menjadi beban apabila bertindih dengan perbelanjaan lain.

    Memudahkan atau jerat kewangan?

    Jika BNPL digunakan dengan perancangan rapi dan kemampuan jelas untuk melunaskan bayaran tanpa menjejaskan komitmen lain, risikonya mungkin terkawal.

    Namun, jika ia digunakan kerana terpengaruh promosi atau tekanan sosial, keputusan itu wajar dinilai semula.

    Kajian antarabangsa mengenai BNPL yang diterbitkan di Science Direct mendapati bahawa pengguna cenderung berbelanja lebih banyak apabila bayaran dipecahkan kepada ansuran kecil. 

    Pengguna – terutamanya dalam kalangan generasi muda sering beranggapan pembelian menjadi lebih mampu milik kerana bayaran dipecahkan kepada beberapa ansuran. 

    Bagaimanapun, kaedah ini boleh menggalakkan mereka berbelanja melebihi kemampuan, terutamanya untuk barangan fesyen dan gaya hidup.

    Apabila pembelian dibuat atas dasar imej dan identiti, bukan keperluan sebenar, hutang kecil mula terkumpul. BNPL boleh menjadi alat yang memudahkan pengurusan tunai jangka pendek tetapi pada masa sama menjadi jerat jika tiada perancangan teliti. 

    Raya hanya berlangsung beberapa hari tetapi keputusan kewangan yang dibuat boleh memberi kesan jangka panjang terhadap rekod kredit dan kestabilan kewangan.

    Maka, persoalan utama bukan sekadar “boleh atau tidak membeli” tetapi “perlu atau tidak berhutang”.

    Rekod berhutang

    Ramai pengguna beranggapan penggunaan BNPL tidak menjejaskan rekod kredit kerana ia bukan pinjaman tradisional. Tanggapan ini perlu diperhalusi kerana sesetengah penyedia BNPL menyalurkan maklumat pembayaran kepada sistem rasmi seperti CCRIS yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia serta agensi pelaporan kredit swasta seperti CTOS.

    Jika berlaku tunggakan atau kegagalan bayar, maklumat ini akan direkodkan dan boleh menjejaskan profil kredit pengguna. Ia tidak akan mempengaruhi kelayakan untuk memohon pembiayaan lain seperti pinjaman kereta, rumah atau kad kredit.

    Rekod kredit yang lemah boleh meningkatkan kadar faedah yang dikenakan kepada pinjaman atau penolakan permohonan pembiayaan. 

    Penggunaan BNPL walaupun untuk pembelian yang kelihatan kecil perlu dilakukan dengan perancangan dan pemantauan teliti bagi memastikan komitmen ansuran dapat dipenuhi tanpa menjejaskan kestabilan kewangan jangka panjang.

    Urus belanja raya dengan bijak

    Bagi memastikan perbelanjaan raya tidak menjejaskan kewangan, pengguna disarankan merancang bajet terlebih dahulu, membezakan antara keperluan dan kehendak serta menilai kemampuan sebenar sebelum menggunakan kemudahan BNPL.

    Menjejaki ansuran secara berkala, memahami terma dan syarat, serta menyimpan rekod pembayaran dapat membantu mengelakkan komitmen bertindih dan tekanan kewangan di kemudian hari. Dengan langkah-langkah ini, kemudahan BNPL boleh dimanfaatkan secara bijak tanpa menjejaskan kestabilan kewangan jangka panjang. – RELEVAN

    Previous ArticleMisi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    Artikel berkaitan

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026
    Artikel Terkini

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.