Facebook Twitter
    Trending
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    By Umi FatehahFebruary 18, 2026Updated:February 18, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur. - GAMBAR HIASAN ABDULLAH ARIF/UNSPLASH

    RAMADAN kembali dan seperti biasa, suasananya penuh keterujaan. Persiapan juga sudah dibuat lebih awal, daripada merancang juadah sahur dan berbuka hinggalah azam untuk berpuasa dengan lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

    Namun realitinya, tidak sampai tengah hari sudah ada yang mula menguap panjang, sakit kepala atau terasa tenaga merudum. Ada juga yang cepat hilang fokus ketika bekerja atau belajar.

    Ramai menyangka keadaan itu normal kerana menahan lapar dan dahaga. Puncanya sering bermula lebih awal iaitu ketika sahur.

    Cara dan pilihan makanan ketika sahur memberi kesan besar terhadap tahap tenaga, hidrasi dan kestabilan emosi sepanjang hari. Tanpa disedari, ada beberapa tabiat yang kelihatan remeh tetapi sebenarnya membuatkan puasa terasa lebih berat.

    Berikut tujuh kesilapan ketika sahur yang wajar dielakkan jika mahu kekal bertenaga hingga waktu berbuka.

    1. Sahur dengan makanan manis

    Ramai memilih kuih manis, teh tarik atau minuman bergula ketika sahur kerana mahu tenaga segera.

    Gula sememangnya boleh meningkatkan paras glukosa darah dengan cepat. Namun, kesannya tidak bertahan lama. Paras gula akan naik mendadak, kemudian turun secara mendadak juga.

    Keadaan ini menyebabkan rasa letih, mengantuk dan lapar lebih awal walaupun waktu berbuka masih jauh.

    Sebaliknya, pilih karbohidrat kompleks seperti nasi, roti gandum penuh atau oat yang melepaskan tenaga secara perlahan dan stabil.

    2. Tidak minum air mencukupi

    Ada yang hanya minum segelas air ketika sahur. Ada juga yang minum banyak sekaligus dalam masa singkat. Kedua-duanya kurang ideal.

    Dehidrasi ringan pun boleh menyebabkan sakit kepala, lemah dan sukar fokus. Badan memerlukan cecair yang cukup untuk mengekalkan fungsi organ, peredaran darah dan suhu badan.

    Sebaiknya, amalkan pengambilan air secara berperingkat dari waktu berbuka hingga sahur. Jangan tunggu sahur sahaja untuk ganti semua air yang hilang.

    3. Terus tidur selepas makan

    Ini kesilapan yang sangat biasa dan ramai tak sedar kesannya. Selepas makan, badan memerlukan masa untuk proses penghadaman. Jika terus berbaring atau tidur, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa, pedih ulu hati atau perut kembung.

    Selain itu, kualiti tidur  boleh terganggu. Akibatnya, anda bangun dalam keadaan lebih letih walaupun sudah tidur semula selepas sahur.

    Jika perlu tidur, beri sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sebelum berbaring. Lebih baik jika dapat duduk atau bergerak ringan seketika.

    4. Makan terlalu masin

    Makanan masin seperti ikan masin, telur masin atau lauk yang tinggi garam boleh membuatkan anda cepat haus pada siang hari.

    Garam menarik air keluar dari sel badan dan meningkatkan rasa dahaga. Akibatnya, walaupun sahur terasa kenyang, anda mungkin berasa sangat haus menjelang tengah hari.

    Kurangkan penggunaan garam dan pilih lauk yang lebih sederhana dari segi kandungan sodium.

    5. Tidak ambil protein

    Ada yang bersahur hanya dengan nasi dan kuah atau sekadar roti kosong. Protein penting kerana ia membantu memberikan rasa kenyang lebih lama. Ia juga membantu mengekalkan jisim otot dan kestabilan tenaga.

    Sumber protein yang baik ketika sahur termasuk telur, ayam, ikan, tauhu, tempeh atau yogurt. Gabungan karbohidrat kompleks dan protein adalah pilihan paling seimbang untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.

    6. Terlalu banyak kafein

    Sesetengah orang tidak boleh berfungsi tanpa kopi. Namun, mengambil terlalu banyak kafein ketika sahur boleh menjadi perangkap.

    Kafein bersifat diuretik ringan yang boleh meningkatkan pengeluaran air kencing dan menyumbang kepada kehilangan cecair.

    Selain itu, bagi yang sudah biasa minum kopi setiap hari, kekurangan kafein pada siang hari boleh menyebabkan simptom withdrawal seperti sakit kepala dan mudah marah.

    Jika perlu minum kopi, ambil dalam jumlah sederhana dan pastikan pengambilan air kosong mencukupi.

    7. Kurang tidur secara konsisten

    Ramadan sering mengubah rutin tidur. Ada yang tidur lewat kerana ibadah atau aktiviti malam, kemudian bangun awal untuk sahur.

    Jika corak ini berterusan tanpa pengurusan yang baik, badan akan kekurangan rehat yang mencukupi.

    Kurang tidur bukan sahaja membuatkan badan lesu, malah boleh meningkatkan selera makan dan keinginan terhadap makanan manis ketika berbuka.

    Cuba susun jadual tidur dengan lebih teratur. Jika boleh, ambil tidur singkat (power nap) pada waktu siang untuk membantu memulihkan tenaga. – RELEVAN

    Previous Article10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    Next Article 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    Artikel berkaitan

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026
    Artikel Terkini

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.