Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    By Umi FatehahJanuary 20, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri. - GAMBAR HIASAN VITALY GARIEV/UNSPLASH

    PERNAHKAH anda digelar ‘senang minta tolong, ‘tak pernah berkira’ atau ‘boleh diharap? Di tempat kerja, label sebegini selalunya dianggap pujian. Kita dilihat sebagai rakan sekerja yang baik, bertanggungjawab dan sentiasa bersedia membantu.

    Menurut My Wellbeing, sikap terlalu menjaga hati orang lain atau people-pleasing boleh menjadi masalah apabila ia mula mengorbankan keperluan, emosi dan hala tuju kerjaya kita sendiri. Ia bukan tentang menjadi baik atau tidak. Masalahnya ialah apabila keinginan untuk disenangi orang lain mengambil alih kawalan hidup dan kerja kita.

    Apa itu people-pleasing?

    Secara ringkas, people-pleasing ialah kecenderungan meletakkan orang lain di hadapan diri sendiri secara berlebihan. Bukan sekadar membantu tetapi merasa perlu untuk memenuhi jangkaan orang lain demi diterima, disukai atau tidak mengecewakan sesiapa.

    Membantu orang lain bukan satu kesalahan. Ia menjadi isu apabila keinginan itu berubah menjadi keperluan emosi sehingga kita sanggup mengetepikan perasaan sendiri, menelan ketidakadilan atau memaksa diri melakukan perkara yang sebenarnya di luar kemampuan.

    Ramai people pleaser tidak sedar mereka sedang melakukannya. Tingkah laku ini sering menyamar sebagai sikap positif, berpasukan dan profesional. Dari luar, semuanya nampak baik-baik sahaja. Hakikatnya, tekanan itu berkumpul secara senyap.

    Tanda-tanda people-pleasing yang sering dianggap normal

    Jika perkara berikut berlaku berulang kali, besar kemungkinan anda sedang bergelut dengan people-pleasing:

    • Anda bersetuju melakukan sesuatu walaupun sebenarnya mahu menolak semata-mata kerana takut dilihat negatif.
    • Anda mengambil lebih banyak tanggungjawab daripada kemampuan kerana tidak mahu mengecewakan orang lain.
    • Anda memilih untuk berdiam diri dalam mesyuarat walaupun ada pandangan atau idea penting.
    • Anda menafikan perasaan sendiri apabila disakiti kerana tidak mahu menimbulkan konflik.

    Kenapa people-pleasing lebih berbahaya di tempat kerja?

    Persekitaran kerja yang formal dan berhierarki sering menguatkan kecenderungan people-pleasing. Kita diajar untuk bersikap profesional, bekerjasama dan menjaga keharmonian. Tanpa disedari, ini membuatkan garis antara profesionalisme dan pengorbanan diri menjadi kabur.

    1. Sukar berkata ‘tidak’ dan budaya terlebih beban kerja

    Salah satu kesan paling ketara ialah ketidakmampuan untuk berkata “tidak”. People pleaser cenderung menerima tugasan walaupun jadual sudah padat, bersetuju dengan tarikh akhir yang tidak realistik, menghadiri mesyuarat yang tidak perlu dan sentiasa bersedia membantu walaupun mengganggu kerja sendiri.

    Lama-kelamaan, nilai diri mula diukur berdasarkan sejauh mana kita bersetuju dan mengalah. Menolak permintaan dirasakan seperti menolak diri sendiri. Ketakutan mula muncul: “Kalau aku cakap tidak, adakah aku akan dipinggirkan?” atau “Adakah peluang akan ditarik balik?”

    Hakikatnya, berkata tidak bukan penolakan terhadap orang lain tetapi satu bentuk penghormatan terhadap kapasiti, tenaga dan keutamaan diri sendiri.

    1. Tiada sempadan antara kerja dan hidup peribadi

    People-pleasing juga sering muncul dalam bentuk sempadan yang kabur. Kerja dibawa pulang ke rumah, emel dijawab di luar waktu pejabat, rehat tengah hari diketepikan dan masa peribadi dikorbankan tanpa sedar.

    Bila seseorang terbiasa mengutamakan orang lain, menjaga masa dan tenaga sendiri mula terasa seperti satu kesalahan. Sedangkan, sempadan bukan tanda malas atau tidak komited. Ia cara untuk memastikan seseorang bekerja dengan lebih fokus, berkualiti dan mampan dalam jangka panjang.

    1. Takut menyerlah dan mengecilkan diri sendiri

    Ramai people pleaser juga takut untuk menonjol. Mereka jarang berkongsi idea, segan meminta peluang lebih besar dan tidak selesa menyatakan hala tuju kerjaya sendiri. Demi menjaga keharmonian, mereka memilih untuk kekal di belakang.

    Tabiat ini sering terbentuk sejak kecil terutamanya bagi individu yang terbiasa menjadi orang tengah, pendamai atau ‘anak baik’. 

    Namun dalam dunia kerja, sikap ini sebenarnya menghalang perkembangan. Kerjaya yang memuaskan memerlukan keberanian untuk bersuara, memimpin dan mengambil ruang yang sepatutnya. Dengan memilih untuk tidak menimbulkan apa-apa, kita sebenarnya menutup peluang untuk melangkah lebih jauh. – RELEVAN

    Previous ArticleJangan simpan makanan ini dalam peti ais
    Next Article Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.