Facebook Twitter
    Trending
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    • Cara kekalkan awet muda
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Senarai cuti umum 2026
    • Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 
    • Berwaspada bila susut berat badan
    • Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang
    • 10 pekerjaan permintaan tinggi 2026
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025
    • Kewangan

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      December 31, 2025

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara kekalkan awet muda

    Cara kekalkan awet muda

    By AMAL HAYATI FAUZIJanuary 2, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    Tahun berubah. Umur bertambah. Yang paling diingati adalah kita setahun lebih tua. Maka kebimbangan bahawa rupa akan dimamah usia mula menyerap ke sanubari.

    Anda mungkin tidak dapat menghentikan penuaan tetapi beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan kesan ditelan zaman. Pengambilan gula berlebihan memberi kesan besar terhadap tubuh badan, mempercepatkan proses penuaan serta menjejaskan fungsi dalaman badan.

    Menurut ahli biokimia dari Perancis, Jessie Inchauspe dalam bukunya berjudul “Glucose Revolution and the Glucose Goddess Method” beliau berkongsi kajiannya mengenai impak gula terhadap kehidupan harian dan cara terbaik mengaplikasikan pengambilan gula secara sihat.

    Badan kita sedang “terbakar” secara perlahan

    Setiap kali paras gula dalam darah meningkat secara mendadak atau “glucose spike” , tubuh akan melalui proses dikenali sebagai glycation. Proses ini berlaku apabila molekul gula melekat pada protein dalam badan menyebabkan struktur sel dan tisu mula rosak.

    Situasinya diibaratkan seperti proses membakar roti, lama-lama ia mula mengeras dan bertukar warna kecoklatan. Begitulah yang berlaku kepada organ dalaman manusia apabila pengambilan gula tidak dikawal. Semakin kerap pengambilan gula, semakin cepat tubuh mengalami penuaan.

    Sukar alami awet muda jika gemar manis

    Proses gula mengikat dan mengubah bentuk kolagen dalam kulit atau istilahnya dipanggil sebagai glycation. Ia dikenali sebagai musuh utama kolagen yang merupakan komponen penting untuk mengekalkan keanjalan kulit.

    Apabila kolagen rosak akibat lebihan gula, garis halus muncul dan kulit menjadi kusam dan lebih matang dari usia sebenar. Hakikatnya, semahal mana pun produk penjagaan kulit digunakan jika tidak berjaya mengawal pengambilan gula, ia tidak memberikan hasil seperti diidamkan.

    Cara terbaik tanpa perlu “cut sugar”

    • Mulakan hari dengan mengambil makanan berasaskan serat terutamanya sayur-sayuran yang berfungsi sebagai “penapis” dalam sistem pencernaan
    • Makanan mengandungi protein dan lemak baik untuk memperlahankan penyerapa gula
    • Makanan berunsur kanji dan gula perlu diambil paling akhir

    Menurut Jessie, hasil daripada kaedah ini mampu mengurangkan glukosa secara berlebihan sehingga 70 peratus. Pada masa sama, ia membantu tubuh untuk kekal bertenaga.

    Antara tip lain ialah pengambilan air cuka epal sebelum hidangan berat boleh merendahkan paras gula dalam darah.

    Selain itu, amalan brisk walk atau berjalan kaki selama 10 minit selepas makan juga sangat berkesan. Amalan ini memboleh otot menggunakan lebihan gula sebelum ia terkumpul dalam darah serta mengurangkan risiko glucose spike. -RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    December 31, 2025

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025

    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    December 30, 2025
    Artikel Terkini

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026

    Cara kekalkan awet muda

    January 2, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    December 31, 2025

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.