Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    By Umi FatehahDecember 12, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jangan buat azam tanpa nilai diri sendiri. - GAMBAR HIASAN TIM MOSSHOLDER

    SEBELUM membina azam tahun baharu, langkah paling penting ialah menilai semula perjalanan kerjaya sepanjang tahun. Ramai yang terus menetapkan matlamat baharu tanpa menilai apa telah dicapai atau bagaimana pengalaman setahun membentuk profesionalisme mereka.

    Menurut firma pengambilan bakat antarabangsa, Robert Walters, refleksi hujung tahun memberi gambaran lebih tepat tentang kekuatan dan kelemahan setiap individu, sekali gus membantu membina azam 2026 yang lebih realistik, berfokus dan menyokong perkembangan kerjaya.

    Imbas semula pencapaian sepanjang 2025

    Menurut Robert Walters, langkah paling asas dalam membentuk azam kerjaya ialah mengenal pasti tiga hingga lima pencapaian utama sepanjang tahun. Tidak perlu hebat atau menonjol, yang penting setiap pencapaian itu membuktikan ada perkembangan dalam diri dan kerjaya anda.

    1. Dapatkan pandangan pengurus atau rakan sekerja

    Kadangkala orang lain melihat sumbangan kita dengan lebih jelas berbanding diri sendiri. Maklum balas jujur membantu anda mengingati projek atau tugasan yang mungkin anda terlepas pandang.

    1. Semak laporan prestasi atau nilaikan diri sendiri

    Dokumen tahunan sering mengandungi contoh konkrit tentang sasaran yang telah dicapai, kemahiran yang bertambah atau kejayaan kecil yang signifikan.

    1. Rujuk semula emel dan kalendar kerja

    Projek besar, tarikh penting, penghargaan atau pencapaian kecil yang berlaku sepanjang tahun biasanya tersimpan di sini.

    1. Cabaran yang berjaya diatasi

    Kesukaran bukan tanda kelemahan, ia menunjukkan kemampuan anda menyelesaikan masalah dan kekuatan mental menghadapi tekanan.

    1. Senaraikan kemahiran atau sijil baharu

    Jika anda mengikuti kursus, menambah sijil atau menghadiri latihan, itu juga pencapaian yang menyokong kemajuan kerjaya.

    Contoh pencapaian yang wajar disenaraikan termasuk memimpin projek penting, meningkatkan produktiviti, mengembangkan jaringan profesional atau menerima maklum balas positif daripada pihak pengurusan.

    Cabaran sepanjang 2025

    Robert Walters menegaskan cabaran sepanjang tahun sama pentingnya dengan pencapaian kerana di situlah terletaknya ruang untuk berkembang. Tanya diri anda: bahagian mana dalam kerjaya anda paling mencabar sepanjang 2025?

    Antara cabaran kerjaya yang sering dialami ramai pekerja:

    • Pengurusan masa yang lemah sehingga sukar mengejar tarikh akhir.
    • Terlepas peluang membina rangkaian (networking) terutamanya ketika sibuk dengan tugasan rutin.
    • Keyakinan rendah ketika bercakap di hadapan orang ramai walaupun ia kemahiran penting untuk naik pangkat.
    • Kesukaran menguasai kemahiran baharu, khususnya yang berkaitan teknologi atau automasi.
    • Cabaran mengurus konflik dalam pasukan, terutama apabila bekerja dalam persekitaran tekanan tinggi.

    Mengenal pasti cabaran yang dihadapi bukan bermaksud anda gagal tetapi ia membuktikan kesedaran terhadap kelemahan yang perlu diperbaiki. Setiap cabaran adalah bahan asas untuk membentuk azam kerjaya yang lebih kukuh untuk 2026.

    Setelah meneliti pencapaian dan cabaran sepanjang tahun, barulah anda berada pada kedudukan yang lebih jelas untuk membina azam kerjaya yang bermakna bagi tahun hadapan. 

    Refleksi ini memberi gambaran menyeluruh tentang kekuatan yang boleh dikembangkan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Dengan memahami kedua-duanya, perancangan 2026 bukan lagi bersifat tekaan, sebaliknya berpandukan data sebenar tentang perjalanan profesional anda sendiri. – RELEVAN

    Previous Article‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    Next Article e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.