Facebook Twitter
    Trending
    • Tanda kolesterol tinggi pada wajah
    • Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pantang larang ketika senggugut

    Pantang larang ketika senggugut

    By AMAL HAYATI FAUZIDecember 10, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pantang larang ketika senggugut. GAMBAR HIASAN CANVA

    SENGGUGUT kerap dialami wanita setiap kali tiba waktu haid. Kesakitan dialami ketika senggugut boleh menjejaskan emosi dan rutin harian. Selain bergantung kepada ubat-ubatan demi elak dari kesakitan, pemilihan makanan juga memainkan peranan penting. 

    Menurut Healthline, berikut merupakan makanan yang perlu dielakkan wanita ketika mengalami senggugut.

    • Makanan bergaram

    Pengambilan garam berlebihan boleh mengakibatkan rasa tidak selesa pada bahagian perut. Ia berpotensi menyebabkan perut menjadi kembung. Sebaik-baiknya, elak tambah garam dalam masakan dan makanan segera berperisa. 

    • Makanan bergula

    Hari anda pasti tidak lengkap tanpa pencuci mulut selepas makan. Selalunya pencuci mulut mengandungi gula berlebihan yang boleh mengganggu emosi. Oleh itu, kurangkan pengambilan makanan manis ketika sedang haid agar paras gula dalam darah kekal stabil dan emosi lebih terkawal.

    • Makanan pedas

    Makanan pedas menjadi punca utama anda mengalami sengguggut. Bukan itu sahaja, trend makanan pedas yang dinormalisasi masyarakat Korea menjadi kegilaan ramai. Kesannya, ramai wanita muda obses dengan makanan pedas sehingga terlantar sakit kerana senggugut yang teruk.

    • Daging

    Walaupun daging merah kaya dengan zat besi, ia mengandungi prostaglandin (sebatian lemak) yang tinggi. Ketika haid, tubuh badan menghasilkan prostaglandin untuk membantu pengecutan rahim. Pada masa sama, tubuh badan sangat sensitif terhadap sebatian tersebut. Dengan cara mengurangkan pengambilan daging merah dapat membantu meredakan senggugut.

    • Kopi

    Kandungan kafein dalam kopi boleh menyebabkan seseorang mudah sakit kepala dan mengganggu pencernaan. Oleh demikian, berehat dari minum kopi buat sementara waktu demi menjaga kesihatan anda ketika datang bulan.

    • Produk tenusu

    Sekiranya anda salah seorang yang mengalami alahan laktosa (alahan terhadap produk tenusu), jauhi makanan atau minuman dengan kandungan tenusu adalah keputusan terbaik. Jika sebaliknya, ia boleh menyebabkan rasa loya dan senggugut lebih parah.

    Makanan yang baik diamalkan ketika haid

    Di samping mengelak makanan yang memburukkan senggugut, terdapat juga makanan yang selamat untuk diamalkan.

    • Ayam dan ikan

    Ayam merupakan sumber protein dan zat besi yang membantu mengekalkan tenaga. Ikan juga kaya dengan asid lemak omega-3 yang mengurangkan sakit senggugut.

    • Buah-buahan dan sayur-sayuran

    Buah dengan kandungan air yang tinggi seperti tembikai dan timun membantu mengekalkan hidrasi, manakala sayur-sayuran seperti bayam kaya dengan zat besi yang penting untuk penghasilan darah semasa datang bulan.

    • Air kosong

    Tidak lain, tidak bukan ialah air kosong. Minum air mencukupi membantu mengurangkan sakit kepala dan mengekalkan keseimbangan badan. -RELEVAN

    Previous Article5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    Next Article Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    Artikel berkaitan

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026
    Artikel Terkini

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    January 23, 2026

    Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

    January 23, 2026

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.