Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    By AMAL HAYATI FAUZIDecember 5, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan? GAMBAR HIASAN CANVA

    BAYANGKAN anda penat pulang dari kerja dan singgah ke kedai untuk membungkus makanan dan makan di rumah. Seusai bersedia untuk menikmatinya, tiba-tiba terlihat gugusan telur lalat pada lauk. 

    Sudah tentu rasa geli dan mula rasa ragu-ragu. Adakah ia masih selamat dimakan?

    Menurut Public Health Malaysia  makanan yang dihinggapi lalat sehingga berlaku pembiakan telur adalah tidak selamat untuk dimakan.

    Lalat membawa bakteria bahaya

    Sebenarnya, telur lalat tidak bahaya. Jika termakan tanpa sengaja, asid perut yang ada dalam badan manusia akan memusnahkannya.

    Bagaimanapun, bahaya sebenar datang daripada lalat itu sendiri kerana ia membawa bakteria dari tempat kotor seperti tong sampah, longkang dan najis.

    Lalat yang menghinggapi makanan akan menyebarkan pelbagai bakteria. Keadaan ini mengakibatkan makanan menyerap bakteria itu sehingga boleh memudaratkan kesihatan diri.

    Telur lalat petanda makanan terdedah lama

    Kewujudan telur lalat pada makanan menandakan ia telah lama terdedah kerana kemungkinan besar lalat sudah berkali-kali datang hinggap. Semakin banyak telur lalat, semakin tinggi risiko pencemaran.

    Bakteria yang dibawa lalat mudah merebak melalui minyak, wap dan kuah. Makanan bersos pekat seperti kari atau sambal lebih mudah memerangkap bakteria. Oleh itu, seluruh makanan tidak selamat untuk dimakan.

    Telur lalat tidak menetas dalam perut

    Jangan risau jika tidak sengaja tertelan telur lalat. Ia tidak akan membiak dalam perut anda seperti yang anda takutkan. Sebenarnya, telur lalat memerlukan udara dan permukaan tertentu untuk menetas. Dalam perut manusia penuh dengan asid, jadi ia akan memusnahkan telur tersebut serta-merta.

    Risiko keracunan makanan

    Makanan dihinggapi lalat berisiko tinggi untuk berlaku keracunan makanan. Antara gejalanya termasuk muntah dan cirit-birit. Kanak-kanak, warga emas dan pesakit antara yang berisiko mendapatkan penyakit tersebut.

    Langkah pencegahan

    Bagi mengelakkan risiko keracunan makanan, pakar menasihatkan untuk mengikut langkah mudah berikut.

    • Buang makanan yang telah dihinggapi lalat. Jangan memotong bahagian tercemar kerana bakteria boleh merebak ke seluruh makanan
    • Lindungi makanan dengan tudung saji atau bekas tertutup untuk menghalang lalat daripada hinggap -RELEVAN
    Previous ArticleBahaya tahan kentut
    Next Article Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.