Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    By Umi FatehahNovember 28, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini. GAMBAR HIASAN TOWFIQU BARBHUIYA/PEXELS

    RASA mencucuk atau tikaman halus setiap kali menarik nafas sangat tidak menyenangkan.

    Menurut Medical News Today, punca perasaan tidak selesa ini berbeza-beza. Bermula daripada masalah otot sehinggalah keadaan serius seperti radang paru-paru atau jantung. Bezanya terletak pada simptom lain yang muncul bersama rasa sakit itu.

    Antara punca yang dihuraikan oleh Medical News Today termasuklah keadaan-keadaan berikut.

    1. Pneumonia

    Pneumonia berlaku apabila paru-paru dijangkiti dan kantung udara dipenuhi cecair atau nanah. Ia boleh disebabkan oleh bakteria, virus atau kulat. Selain rasa sakit ketika menarik nafas, mereka yang menghidap pneumonia biasanya mengalami batuk, demam tinggi, menggigil dan kesukaran bernafas. 

    Ada juga yang mengeluarkan kahak kehijauan atau keperangan apabila batuk.

    Rawatan bergantung kepada jenis jangkitan contohnya antibiotik akan diberi untuk pneumonia bakteria manakala pneumonia virus biasanya dirawat dengan rehat, pengambilan cecair yang mencukupi dan ubat antiviral tertentu.

    1. Pneumothorax

    Pneumothorax berlaku apabila udara masuk ke ruang nipis antara paru-paru dan dinding dada. Tekanan udara ini menghalang paru-paru daripada mengembang sepenuhnya semasa bernafas, menyebabkan sakit tajam yang semakin terasa ketika menarik nafas dalam.

    Gejala lain yang mungkin dialami termasuk:

    • Sesak nafas
    • Dada rasa ketat
    • Keletihan
    • Bibir atau jari berwarna kebiruan

    Dalam kes yang lebih serius, rawatan mungkin memerlukan pemasangan tiub dada untuk mengeluarkan udara. Untuk kes yang ringan, keadaan ini kadangkala boleh pulih sendiri tanpa prosedur tambahan.

    1. Pleurisy

    Pleurisy ialah radang pada lapisan tisu yang melapisi paru-paru. Sakitnya tajam dan biasanya bertambah kuat apabila cuba menarik nafas yang dalam.

    Ada pesakit yang merasakan sakit merebak ke bahu atau belakang, disertai batuk dan sesak nafas.

    Rawatan pleurisy bergantung pada puncanya seperti antibiotik jika disebabkan jangkitan bakteria atau ubat antiradang untuk mengurangkan ketidakselesaan.

    1. Costochondritis

    Dalam keadaan ini, tisu rawan yang menghubungkan tulang rusuk dan tulang dada menjadi keradangan. Kesakitannya boleh datang secara tiba-tiba dan kadang-kadang terasa seperti tekanan kuat di dada. 

    Ada yang menyangka ia serangan jantung kerana lokasinya hampir sama.

    Puncanya tidak selalu jelas tetapi ia boleh terjadi selepas kecederaan dada, batuk berpanjangan atau senaman berat. Kebanyakan kes, ada pesakit yang pulih sendiri. Namun, sesetengah orang memerlukan fisioterapi atau ubat antiradang.

    1. Trauma dada

    Kecederaan akibat kemalangan, hentakan kuat ketika bersukan atau pembedahan boleh menyebabkan rasa mencucuk setiap kali bernafas. 

    Gejalanya bukan setakat sakit sahaja, ada yang mengalami lebam, batuk berdarah atau sakit merebak ke leher dan belakang.

    Trauma dada memerlukan pemeriksaan segera kerana kecederaan dalaman mungkin lebih serius daripada yang kelihatan di luar.

    1. Pericarditis

    Pericarditis pula melibatkan radang pada lapisan yang menyelubungi jantung. 

    Ketidakselesaan yang terasa di dada boleh bersifat tajam atau tumpul dan semakin jelas ketika bernafas. Ada sesetengah pesakit rasa lebih lega apabila duduk menegak atau membongkok ke depan.

    Simptom lain pericarditis termasuk:

    • Demam
    • Palpitasi
    • Pening
    • Bengkak pada kaki atau abdomen
    1. Serangan jantung

    Serangan jantung juga boleh menyebabkan sakit dada yang tajam tetapi ia selalunya disertai dengan rasa seperti menekan, mencengkam atau berat di dada. 

    Kadang-kadang, rasa sakit itu menjalar ke rahang, bahu atau lengan kiri.

    Tanda lain bagi dait jantung ialah:

    • Loya
    • Sesak nafas
    • Peluh sejuk
    • Rasa cemas yang melampau

    Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas, dapatkan bantuan daripada doktor dengan kadar segera.

    1. Serangan kebimbangan

    Tekanan emosi atau kebimbangan melampau boleh menyebabkan rasa mencucuk seperti ditikam halus di dada. Pedakit biasanya turut mengalami jantung berdebar, nafas pendek, berpeluh atau pening.

    Medical News Today menegaskan bahawa sakit tajam ketika bernafas tidak wajar diabaikan terutamanya jika anda mengalami kesukaran untuk bernafas, dada rasa ketat, pening, demam, peluh berlebihan atau rasa seperti tidak cukup udara.

    Walaupun sesetengah punca tidak berbahaya, ada juga keadaan yang boleh mengancam nyawa. Pemeriksaan doktor adalah cara paling tepat untuk menentukan punca sebenar. – RELEVAN

    Previous Article10 bandar paling ramai penduduk di dunia
    Next Article Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.