Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali siren banjir
    • Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan
    • Red flag awal serangan jantung
    • 5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

      November 24, 2025

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Kenali siren banjir

      November 24, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Influenza A – kenali simptom dan cara menjaga diri

    Influenza A – kenali simptom dan cara menjaga diri

    By Umi FatehahOctober 7, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Influenza A - kenali simptom dan cara menjaga diri. - GAMBAR HIASAN TOWFIQU BARBHUIYA/UNSPLASH

    KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan peningkatan mendadak kluster jangkitan influenza dan saluran pernafasan di seluruh negara. 

    Dalam laporan Minggu Epidemiologi (ME) ke-39 tahun 2025, sebanyak 15 kluster baharu dilaporkan berbanding hanya tiga kluster pada minggu sebelumnya, dengan majoriti melibatkan institusi pendidikan seperti sekolah dan tadika.

    Walaupun tiada kematian dilaporkan, ia menunjukkan virus influenza kembali aktif dalam komuniti, khususnya selepas musim cuti panjang apabila aktiviti sosial dan perjalanan meningkat. 

    Menurut KKM, tiada mutasi baharu dikesan,dan peningkatan kes berpunca daripada strain sedia ada dengan dominasi Influenza A (H3) selaras dengan trend jangkitan di Hemisfera Selatan.

    Apa itu Influenza A? 

    Influenza A ialah sejenis virus selesema yang menyerang sistem pernafasan dan mudah menular melalui titisan cecair dari batuk, bersin atau percakapan orang yang dijangkiti. 

    Walaupun sering disalah anggap sebagai demam biasa, Influenza A lebih serius kerana boleh menyebabkan komplikasi seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) terutamanya bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan pesakit kronik.

    Menurut kenyataan KKM, jangkitan influenza biasanya ringan dan boleh sembuh dalam masa seminggu. Namun, bagi individu yang mempunyai sistem imun lemah, ia boleh menjadi ancaman kesihatan yang besar jika tidak dirawat dengan betul.

    Simptom Influenza A 

    Simptom influenza A sering muncul secara tiba-tiba dan lebih kuat berbanding selesema biasa. Antara petanda yang perlu diperhatikan termasuk:

    • Demam secara mendadak – Suhu badan biasanya naik mendadak melebihi 38°C, rasa sejuk dan menggigil.
    • Sakit kepala, otot dan sendi – Badan terasa lemah dan sengal, kadangkala disertai rasa pening.
    • Batuk kering dan tekak perit – Batuk boleh berpanjangan dan menyebabkan ketidakselesaan ketika tidur.
    • Hidung tersumbat atau berair – Gejala yang sama seperti demam biasa tetapi kebiasaannya lebih lama.
    • Hilang selera makan dan keletihan melampau – Badan terasa tidak bermaya walaupun sudah berehat.
    • Loya, muntah atau cirit-birit – Terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

    Jika simptom-simptom ini muncul serentak dan tidak menunjukkan tanda pemulihan selepas dua hingga tiga hari, besar kemungkinan ia bukan demam biasa tetapi influenza A.

    Apa perlu dilakukan jika dijangkiti Influenza A?

    1. Dapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin.

    Doktor akan melakukan ujian PCR melalui sampel dari hidung atau tekak bagi mengesahkan jangkitan. Jika positif, pesakit akan diberikan ubat antiviral bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan.

    2. Berehat di rumah dan elak hadir ke tempat awam.

    Influenza A boleh berjangkit dengan mudah dalam tempoh lima hari pertama selepas simptom bermula. Justeru, berehat di rumah bukan sahaja membantu proses penyembuhan tetapi juga mengelakkan jangkitan kepada orang lain.

    3. Kekal terhidrat dan makan makanan ringan.

    Pastikan minum air secukupnya dan ambil makanan yang mudah ditelan seperti bubur atau sup. Elakkan minuman berkafein dan bergula tinggi kerana boleh menyebabkan dehidrasi.

    4. Gunakan pelitup muka dan amalkan etika batuk dan bersin yang selamat.

    Jika perlu keluar atau berinteraksi dengan orang lain, pakai pelitup muka untuk mengurangkan risiko jangkitan. Tutup mulut menggunakan tisu ketika bersin atau batuk.

    5. Pantau simptom dengan teliti.

    Sekiranya demam berpanjangan lebih lima hari, sukar bernafas atau sakit dada, dapatkan rawatan segera di hospital. Ia mungkin anda jangkitan sudah melarat ke paru-paru.

    Peningkatan kluster influenza yang dilaporkan KKM minggu ini perlu dijadikan peringatan bahawa virus ini masih aktif dan mudah merebak terutamanya di kawasan tertutup dan padat. Influenza A bukan penyakit baharu namun ia boleh menjadi serius jika diabaikan.

    Dengan mengenali tanda-tandanya lebih awal, mengamalkan langkah pencegahan dan bertanggungjawab terhadap kesihatan diri, kita bukan sahaja melindungi diri sendiri tetapi juga membantu memutuskan rantaian jangkitan dalam komuniti. – RELEVAN

    featured influenza A kesihatan simptom

    Artikel berkaitan

    Kenali siren banjir

    November 24, 2025

    Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

    November 24, 2025

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025
    Artikel Terkini

    Kenali siren banjir

    November 24, 2025

    Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

    November 24, 2025

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.