Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

    Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

    By AMAL HAYATI FAUZIOctober 1, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

    MUNGKIN anda pernah dengar nama Aminuddin Baki yang tersemat pada nama jalan, bangunan sekolah atau institusi pendidikan di seluruh negara. Namun, tidak ramai yang benar-benar mengenali insan di sebalik nama yang diabadikan itu.

    Beliau merupakan tokoh sejarah, pemikir dan orang terpenting dalam merancang dasar pendidikan negara. Sumbangannya menjadikan beliau disanjung sebagai Bapa Pendidikan Malaysia yakni gelaran yang kekal sehingga hari ini sebagai penghormatan tertinggi atas jasanya.

    Pendidikan awal

    Datuk Seri Aminuddin bin Baki atau mesra dipanggil Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926. Anak jati Perak berjiwa pendidik itu memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932 sebelum meneruskan persekolahan di Sekolah Anderson, Ipoh pada tahun 1936.

    Aminuddin Baki

    Ketekunannya dalam pelajaran terserlah apabila beliau melanjutkan pengajian ke Kolej Raffles di Singapura pada tahun 1947 di mana ia kini menjadi sebahagian daripada Universiti Nasional Singapura. 

    Sebelum itu, beliau telah menubuhkan Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak bagi menyatukan pelajar Melayu untuk memperjuangkan kepentingan pendidikan bangsa. Tidak hanya cemerlang dalam akademik, beliau juga aktif dalam kegiatan mahasiswa, termasuk dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan dilantik sebagai yang Dipertua.

    Pada 1951, Aminuddin Baki memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan kepujian dari Universiti Malaya, Singapura menjadikan pencapaiannya inspirasi kepada anak muda Melayu untuk meneruskan pelajaran ke menara gading ketika itu.

    Kerjaya awal sebagai pendidik

    Cita-cita menjadi seorang pendidik tercapai apabila beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di tanah kelahirannya sebelum berpindah tugas ke Sekolah Anderson.

    Minat mendalam terhadap pelajaran akhirnya membawa beliau ke Institut Pendidikan, Universiti London pada tahun 1952 bersama tajaan Biasiswa Ratu. 

    Beliau sekali lagi membuktikan kejayaannya apabila berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Kaedah-Kaedah dalam bidang pendidikan pada tahun 1953.

    Sejurus pulang ke tanah air, beliau ditawarkan sebagai pensyarah di Maktab perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim. Di sinilah bakat kepemimpinannya terserlah apabila beliau memperkenalkan sejarah Islam sebagai ilmu tambahan, walaupun tidak termasuk dalam sukatan pelajaran rasmi pada masa itu.

    Pencapaian dalam dunia pendidikan

    Pengalaman luas dan visi besarnya menyebabkan Aminuddin Baki diberi kepercayaan menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1956 yang menjadi asas kepada sistem pendidikan Malaysia. Beliau turut terlibat secara langsung dalam penyediaan Laporan Pendidikan Razak 1960 dan Laporan Abdul Rahman Talib yang memperkukuh sistem pendidikan negara setelah berzaman.

    Kepakaran dan komitmennya membolehkan beliau diamanahkan sebagai Ketua Penasihat Pelajaran yang kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan  pada tahun 1962. Pelantikan di awal usia 36 tahun menjadikan beliau sebagai ketua pengarah termuda dalam sejarah Malaysia.

    Sepanjang tempoh pentadbiran, beliau memperkenalkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) yang kemudian berkembang menjadi Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk laluan pelajar ke Tingkatan Enam.

    Selain itu, beliau turut menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu sebuah badan berperanan untuk rancang, urus dan pastikan pelaksanaan peperiksaan seluruh negara berjalan secara sistematik dan telus.

    Akhir hayat Aminuddin Baki

    Sayangnya, perjalanan tokoh negara ini terhenti terlalu awal. Tanggal 24 Disember 1965, Aminuddin Baki menghembuskan nafas terakhir pada usia 39 tahun akibat serangan jantung selepas menunaikan solat. 

    Jawatan terakhir yang disandangnya menjadi bukti kepercayaan kerajaan terhadap kebolehan dan visi beliau yang banyak berjasa kepada Malaysia. Sehingga kini, dasar pendidikan yang dibangunkan Aminuddin Baki masih menjadi tulang belakang sistem persekolahan negara.

    Bakti yang tidak ternilai

    Aminuddin Baki turut dikenang kerana memperjuangkan peluang pendidikan yang sama rata untuk semua kaum tanpa mengira latar belakang. Beliau memperkenalkan peperiksaan penting seperti SRP, STPM serta menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi memastikan kualiti dan piawaian peperiksaan seragam di seluruh negara.

    Baktinya dalam merangka Dasar Pelajaran Kebangsaan turut menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, seiring dengan usaha membina identiti kebangsaan.

    Nama Aminuddin Baki diabadikan dalam buku teks sejarah, institusi pendidikan, jalan dan bangunan sebagai tanda penghormatan atas jasanya.

    Walaupun sudah enam dekad berlalu sejak pemergiannya, namun legasinya terus menjadi asas kepada kemajuan pendidikan negara yang membuka peluang kepada generasi baharu mengejar ilmu dan membina masa depan negara. Bukti kehilangannya yang besar selari dengan pepatah melayu, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. – RELEVAN

    Previous ArticleMengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?
    Next Article Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

    Artikel berkaitan

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.