Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Idea sarapan biji chia yang banyak manfaat

    Idea sarapan biji chia yang banyak manfaat

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 18, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sarapan lebih bertenaga dengan tambahan biji chia. GAMBAR HIASAN CANVA

    BIJI CHIA atau lebih dikenali dalam bahasa inggeris sebagai ‘chia seeds’, semakin mendapat tempat dalam kalangan pengamal gaya hidup sihat. Walaupun bersaiz kecil, ia kaya dengan nutrien penting kepada tubuh badan. Tidak hairanlah biji kecil berwarna hitam ini digelar ‘makanan luar biasa’ atau superfood seperti dinyatakan dalam satu kajian oleh Universiti Harvard.

    Menurut sebuah artikel kesihatan oleh Hello doktor, terdapat pelbagai manfaat biji chia.

    Manfaat biji chia

    • Mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari

    Kombinasi kandungan protein, vitamin dan mineral dalam biji chia membantu mengekalkan tenaga. Ia juga mengandungi zink dan vitamin yang penting untuk kekal sihat.

    • Membantu menurunkan berat badan

    Biji chia rendah karbohidrat dan kaya serat jenis larut. Apabila direndam, serat ini menyerap air dan mengembang di dalam perut menyebabkan kita cepat kenyang. Malah, ia membantu mengawal selera makan dan tidur.

    • Sumber antioksidan yang baik

    Antioksidan dalam biji chia boleh melambatkan proses penuaan sel dan kurangkan risiko penyakit berbahaya.

    • Baik untuk kesihatan jantung dan usus

    Kandungan serat jenis larut dan tidak larut membantu mengurangkan kolesterol dan sembelit serta menstabilkan degupan jantung.

    • Menguatkan tulang dan gigi

    Biji chia mengandungi kalsium dan protein yang menyokong kesihatan tulang dan gigi. Oleh itu, ia sesuai dijadikan sebagai alternatif kepada mereka yang kurang minum susu.

    • Pengaliran darah lancar

    Kaya dengan omega-3, biji chia berfungsi mengawal tekanan darah dan mencegah pembekuan darah.

    Idea sarapan gandingan biji chia yang mudah

    1. Overnight Oat Chia dan buah-buahan

    Campurkan oat bersama biji chia, kemudian rendamkan dalam segelas susu semalaman. Keesokan paginya, lengkapkan dengan potongan buah-buahan seperti pisang, strawberi atau pilihan lain mengikut cita rasa anda sebagai hiasan.

    1. Air detox lemon

    Rendam biji chia dalam air suam selama lima hingga 10 minit. Kemudian, masukkan perahan jus lemon dan kacau rata. Untuk hasil yang lebih berkesan, minuman infusi ini sebaiknya diminum sebelum sarapan.

    1. Yogurt Parfait Chia

    Campurkan yogurt asli dengan biji chia. Tambah hirisan buah-buahan serta taburan bijirin granola.

    Di mana boleh dapatkan biji chia?

    • Pasar raya

    Kebiasaannya, biji chia dijual dalam bungkusan kecil atau besar di bahagian makanan organik.

    • Farmasi

    Terdapat jenama khusus yang menawarkan biji chia berkualiti tinggi.

    • Platform e-dagang

    Platform dalam talian seperti Shopee atau Lazada. Pastikan pembelian dibuat daripada penjual yang dipercayai dengan tawaran harga berpatutan.

    Sarapan gandingan biji chia penuh nutrisi penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Biji kecil berwarna hitam ini sesuai dengan pelbagai hidangan.

    Keistimewaan biji chia terletak pada khasiatnya yang mampu meningkatkan kualiti pemakanan harian. Amalan sarapan bersama biji chia adalah cara mudah untuk memastikan tubuh kekal bertenaga dan sihat. -RELEVAN

    Previous ArticleApa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?
    Next Article Realiti badan kurus yang ramai tidak tahu

    Artikel berkaitan

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

    June 22, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026

    Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

    June 16, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.