Facebook Twitter
    Trending
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Rukun negara – tonggak perpaduan, nadi bangsa merdeka

    Rukun negara – tonggak perpaduan, nadi bangsa merdeka

    By AMAL HAYATI FAUZIAugust 29, 2025Updated:August 29, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Patriotisme bermula dengan lima prinsip Rukun Negara. GAMBAR HIASAN CANVA

    PADA setiap perhimpunan di sekolah, seusai Lagu Negaraku dinyanyikan, murid-murid berdiri tegak melafazkan ikrar Rukun Negara. Lima prinsip keramat itu tercetak di belakang setiap buku tulis pelajar menjadi ingatan bahawa rakyat negara ini mempunyai asas yang sama tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang, status sosial atau sama ada miskin atau kaya, bandar atau desa.

    Rukun Negara menjadi pengikat kepada rakyat negara ini. Namun, sejauh mana prinsip Rukun Negara ini dihayati dalam kehidupan harian? Adakah ia sekadar rangkap kata yang dilafazkan, atau menjadi panduan dalam membina perpaduan dan jati diri? 

    Tonggak perpaduan sejak tahun 1969

    Rukun Negara digubal 55 tahun lalu selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969. Ia lahir daripada krisis yang getir, tetapi berjaya menjadi titik permulaan baharu dalam usaha membina negara dan bangsa yang lebih stabil dan bersatu.

    Saat negara berdepan pergolakan akibat perpecahan kaum, lima prinsip Rukun Negara inilah yang tampil sebagai panduan yang mengikat penduduk negara ini.

    1. Kepercayaan kepada Tuhan: Perlembagaan Persekutuan menetapkan Islam sebagai agama rasmi, melarang diskriminasi berasaskan agama serta membenarkan penganutan agama lain secara aman.
    2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara: Lambang taat setia kepada institusi Raja dan tanah air tercinta.
    3. Keluhuran Perlembagaan: Perlembagaan berfungsi melindungi hak dan keistimewaan setiap rakyat, sambil menuntut warganegara menghormati, memahami serta menghargai kandungan dan sejarahnya.
    4. Kedaulatan Undang-undang: Perlembagaan menjamin masyarakat hidup teratur dan selamat, di samping membolehkan rakyat menikmati hak dengan bebas selagi tidak melanggar undang-undang.
    5. Kesopanan dan Kesusilaan: Nilai budi bahasa dan adab yang membentuk keperibadian bangsa.

    Semua prinsip ini bukan sahaja meredakan tragedi pahit itu, tetapi membentuk sebuah falsafah kebangsaan yang wajar diamalkan sepanjang hayat.

    Memetik kata-kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang menerusi penulisannya di Utusan Malaysia, penghayatan Rukun Negara pada era digital kini semakin mencabar apabila masyarakat berdepan perpecahan secara halus, penyebaran berita palsu, sikap mementingkan diri serta hilangnya nilai hormat.

    Hakikat ini membuktikan bahawa meskipun lebih setengah abad berlalu, Rukun Negara tetap relevan sebagai benteng perpaduan. Apabila dihayati sepenuhnya ia mampu melahirkan masyarakat berdisiplin, matang serta saling hormat- menghormati.

    Membina semula jiwa bangsa

    Penghayatan terhadap Rukun Negara mesti diperkasa dalam kalangan generasi muda sebagai pewaris negara. Kerajaan sudah melancarkan Kempen Taat Setia sebagai salah satu langkah memastikan ia kekal sebagai panduan hidup dan tunjang keharmonian masyarakat.

    Kempen ini menghidupkan semula nilai patriotisme yang semakin pudar selain menyemarakkan kesedaran untuk menghormati prinsip yang menjadi asas negara ini.

    Sebagaimana lafaz setiap kali di perhimpunan sekolah, Rukun Negara harus menjadi lebih daripada slogan atau hafalan. Ia harus menjadi tiang dalam memberi erti kepada sebuah bangsa Malaysia. -RELEVAN

    Previous ArticleGraduan cari kerja, pasaran cari pengalaman
    Next Article Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

    Artikel berkaitan

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026
    Artikel Terkini

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.