Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

    Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

    By AMAL HAYATI FAUZIAugust 14, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cadangan umur persaraan 65 tahun cetus pelbagai reaksi masyarakat. GAMBAR HIASAN LANDSMANN/PEXELS

    CADANGAN menaikkan umur persaraan wajib kepada 65 tahun menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. Bagi sesetengah pihak, ia dilihat sebagai kemerdekaan untuk terus bekerja, menyumbang kepakaran dan menjamin kestabilan kewangan pada usia emas. 

    Namun, ada yang menganggap ia keterikatan yang mengekang peluang generasi muda memasuki pasaran kerja, selain menunda masa untuk rehat selepas puluhan tahun berkhidmat.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di Dewan Rakyat menyatakan, had umur persaraan wajib akan diteliti semula selaras peralihan Malaysia kepada status negara tua. Langkah itu sebahagian usaha mencapai keadilan sosial dan kesaksamaan peluang untuk semua rakyat.

    Tenaga, pengalaman dan ekonomi

    Ramai individu berusia 60 tahun ke atas masih sihat, bertenaga dan mampu bekerja dengan baik. Peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia yang kini melebihi 75 tahun membuktikan mereka berpotensi terus menyumbang dalam pelbagai bidang.

    Dalam sektor kesihatan dan pendidikan, pengalaman pekerja senior dianggap aset yang sukar diganti. Menamatkan perkhidmatan mereka terlalu awal berisiko merugikan negara dari segi pengetahuan, kemahiran dan jaringan profesional yang telah dibina.

    Dari sudut ekonomi, menangguhkan persaraan bermakna pembayaran pencen dapat ditangguhkan, sekali gus mengurangkan tekanan terhadap dana persaraan negara. Pada masa sama, pendapatan dan perbelanjaan golongan ini mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

    Cabaran peluang generasi muda

    Di sebalik manfaatnya, ada kebimbangan langkah menaikkan umur persaraan akan mengecilkan peluang pekerjaan untuk golongan muda. Kadar pengangguran belia di Malaysia masih tinggi, dan pelaksanaan dasar ini berpotensi melambatkan kemasukan mereka ke sektor awam dan swasta.

    Isu ini memerlukan keseimbangan antara menghargai sumbangan pekerja senior dan membuka ruang kepada generasi muda. Jika tidak diurus dengan baik, ia bukan sahaja boleh menjejaskan peluang pekerjaan, malah mewujudkan jurang generasi dalam tenaga kerja negara.

    Fleksibiliti dan persediaan dasar

    Sesetengah pihak mencadangkan kenaikan umur persaraan dibuat secara pilihan, bukan paksaan. Pekerja yang masih sihat boleh memilih untuk terus berkhidmat, manakala mereka yang ingin bersara awal tetap diberikan kebebasan tanpa sekatan.

    Sebelum melaksanakan perubahan ini, kerajaan perlu memastikan kemudahan kesihatan, polisi sumber manusia dan latihan semula tersedia bagi menyokong tenaga kerja berusia. Hal ini kerana tanpa persediaan rapi, umur persaraan 65 tahun berisiko menjadi sama ada simbol kemerdekaan untuk terus menyumbang atau keterikatan yang membebankan.

    Memetik laporan daripada Kosmo! Online, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bakal merancang satu kajian mendalam sebelum sebarang keputusan diambil, seperti yang dinyatakan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar baru-baru ini.

    Namun, isu ini bukan sekadar soal statistik atau garis dasar dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).  Ia melibatkan keseimbangan antara keperluan tenaga kerja, peluang pekerjaan generasi muda dan maruah warga emas yang masih produktif. 

    Sebarang perubahan perlu dibuat dengan teliti, adil dan seimbang demi memastikan setiap generasi mendapat peluang sewajarnya. -RELEVAN

    Previous ArticleCikgu marah bukan kerana benci
    Next Article 7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.