Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus
    • Guru bukan pengganti ibu bapa
    • Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu ?
    • Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?
    • 5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja
    • PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar
    • 10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua
    • Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026

      Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu ?

      May 14, 2026

      PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

      May 13, 2026

      Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

      May 12, 2026

      Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

      May 11, 2026
    • Kewangan

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026

      Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026

      Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

      May 5, 2026
    • Kerjaya

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

    RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

    By Umi FatehahJuly 31, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar. - GAMBAR AMIR KHALID

    RANCANGAN Malaysia ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa tema ‘Melakar Semula Pembangunan Demi Mengangkat Martabat Rakyat’ digubal dalam konteks ekonomi global yang kian mencabar.

    Menurut Perdana Menteri, perang tarif dan dasar perlindungan yang digerakkan oleh Amerika Syarikat serta langkah timbal balas oleh negara-negara lain mengubah secara ketara landskap ekonomi dunia. 

    Kemelut ini bukan sahaja mengganggu aliran perdagangan dan pelaburan antarabangsa malah menggugat kestabilan rantaian bekalan global dan lebih membimbangkan, berpotensi mencetuskan kemelesetan ekonomi di peringkat dunia.

    “Malaysia tidak terlepas daripada kesan krisis ini. Harga barangan dan kos sara hidup terus meningkat manakala peluang pekerjaan dan keterjaminan makanan turut terjejas. 

    “Ketidaktentuan ekonomi dunia memberi kesan langsung kepada nilai mata wang negara seterusnya menjejaskan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara secara keseluruhan.

    “Inilah hakikat sukar yang perlu kita hadam dalam realiti dunia hari ini. Dalam mendepani kemelut ini, kita perlu berani melakukan perubahan demi memastikan ekonomi negara kekal kukuh agar ketenteraman rakyat tidak tergadai,” katanya.

    Berikut merupakan beberapa inisiatif kerajaan yang digariskan dalam RMK13.

    Subsidi bersasar untuk diesel dan elektrik

    Antara langkah utama bagi mengurangkan beban rakyat  ialah pelaksanaan subsidi bersasar, khususnya bagi bahan api seperti diesel dan elektrik yang ditambah baik agar bantuan dapat diserahkan secara langsung kepada golongan sasar tanpa pembaziran sumber.

    STR dan SARA dipertingkat

    Kerajaan turut meningkatkan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Sebagai contoh, bilangan penerima SARA diperluas daripada 700,000 penerima awal yang terdiri daripada golongan miskin tegar kepada 5.4 juta penerima, termasuk golongan B40. 

    Malah, pemberian SARA secara one-off kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas turut diumumkan baru-baru ini sebagai bantuan tambahan.

    Tingkat pendapatan rakyat

    Selain bantuan kewangan langsung, kerajaan juga berusaha meningkatkan pendapatan rakyat. Melalui dua semakan pelarasan, gaji minimum berjaya dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500 dan kini kepada RM1,700. 

    Dasar Gaji Progresif serta penyelarasan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) turut digerakkan. Bagi pekerja di GLC dan GLIC, penanda aras gaji kehidupan wajar ditetapkan pada kadar RM3,100 sebulan.

    Graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga menunjukkan pencapaian memberangsangkan. Statistik menunjukkan sebanyak 95.6 peratus graduan TVET berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan, dengan kebanyakan menerima gaji melebihi paras gaji minimum.

    Kerajaan menggunakan pendekatan serampang dua mata bukan sahaja mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan tetapi juga memastikan rakyat mencapai taraf hidup yang wajar. 

    Payung Rahmah

    Program di bawah Payung Rahmah akan dipertingkatkan melalui pelbagai inisiatif seperti Jualan Rahmah, Menu dan Kafe Rahmah serta Bakul Rahmah yang membolehkan rakyat menikmati makanan pada harga lebih berpatutan. 

    Pemantauan dan kawalan harga makanan juga akan diperketat bagi menjamin ketelusan di sepanjang rantaian bekalan.

    Bantuan kepada pelajar sekolah

    Kerajaan turut memperkenalkan 17 bentuk bantuan kepada pelajar, bermula seawal peringkat prasekolah hingga menengah agar tiada yang tercicir daripada menerima makanan sihat dan pendidikan sempurna. 

    Ini termasuklah program Bantuan Makanan Asrama, Rancangan Makanan Tambahan, Bantuan Awal Persekolahan dan Biasiswa Persekolahan.

    Mengurangkan beban utiliti dan kos pengangkutan

    Bantuan kerajaan tidak terhad kepada bantuan tunai dan makanan semata-mata. Usaha mengurangkan beban bil utiliti turut digerakkan. Antara inisiatif kerajaan ialah melalui pelaksanaan kaedah Time-of-Use (ToU) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menggalakkan penggunaan elektrik pada kadar lebih murah di luar waktu puncak.

    Selain itu, Pakej Rahmah untuk perkhidmatan internet serta insurans dan takaful mampu milik akan diteruskan. 

    Dalam aspek mobiliti rakyat, kerajaan mengekalkan subsidi kos pengangkutan awam menerusi pas perjalanan bulanan, pas khas untuk pelajar, warga emas dan OKU serta subsidi tiket penerbangan untuk pelajar. – RELEVAN

    Previous ArticleRMK13: Tiga fokus utama RMK13
    Next Article RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat

    Artikel berkaitan

    Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

    May 15, 2026

    Guru bukan pengganti ibu bapa

    May 15, 2026

    Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu ?

    May 14, 2026

    Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

    May 14, 2026

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    May 13, 2026

    PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

    May 13, 2026
    Artikel Terkini

    Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

    May 15, 2026

    Guru bukan pengganti ibu bapa

    May 15, 2026

    Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu ?

    May 14, 2026

    Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

    May 14, 2026

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    May 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.