Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

    Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

    By Umi FatehahJuly 7, 2025Updated:July 8, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti sepenuhnya. - GAMBAR HIASAN KAROLINA GRABOWSKA/PEXELS

    RAMAI wanita mula perasan haid mereka menjadi tidak menentu ketika masuk umur 40-an. Ada yang datang dua bulan sekali, ada juga tiba-tiba datang semula selepas dua minggu haid kitaran sebelumnya. Panas badan pun semakin kerap. Kadang-kadang ketika tengah tidur malam, berpeluh sampai pendingin hawa tidak lagi mendinginkan.

    Ada juga yang rasa emosi jadi tidak stabil, cepat marah, mudah menangis atau rasa sedih tanpa sebab. Ramai fikir mereka mengalami tekanan biasa sedangkan ini sebenarnya tanda-tanda perimenopaus.

    Apa itu perimenopaus?

    Perimenopaus bermaksud tempoh peralihan sebelum menopaus berlaku. Dalam fasa ini, tahap hormon estrogen dan progesteron dalam badan mula turun naik dengan tidak menentu. 

    Fasa ini boleh bermula seawal usia pertengahan 30-an tetapi paling kerap bermula ketika umur 40-an dan berlangsung selama empat hingga lapan tahun sebelum benar-benar memasuki fasa menopaus (berhenti haid selama 12 bulan berturut-turut).

    Tanda-tanda perimenopaus

    Antara tanda-tanda perimenopaus yang ramai wanita alami termasuk:

    • Haid tidak teratur – Sama ada lebih pendek, lebih panjang, jarak kitaran berubah atau darah terlalu banyak atau sedikit.
    • Panas badan – Rasa panas tiba-tiba pada muka, leher dan dada.
    • Berpeluh malam – Mengganggu tidur dan membuatkan rasa tidak selesa.
    • Insomnia – Susah untuk tidur lena atau sering terjaga tengah malam.
    • Perubahan emosi – Rasa cemas, murung, mudah marah tanpa sebab jelas.
    • Kekeringan faraj – Menyebabkan ketidakselesaan semasa bersama.
    • Kurang keinginan seksual – Libido menurun walaupun hubungan dengan pasangan baik.
    • Berat badan naik – Terutama di bahagian perut walaupun amalan pemakanan masih sama.
    • Sukar fokus atau mudah lupa – Otak rasa kabur ketika bekerja atau bercakap.

    Mengapa perimenopaus berlaku?

    Perimenopaus berlaku kerana ovari mula menghasilkan hormon estrogen dan progesteron dalam jumlah yang semakin berkurang. 

    Hormon-hormon ini mengawal kitaran haid dan banyak fungsi badan lain. Apabila tahap hormon turun naik, badan mula menunjukkan pelbagai simptom yang mungkin tidak pernah dialami sebelum ini.

    Perimenopaus vs Menopaus

    Perimenopaus Menopaus
    Fasa peralihan sebelum menopaus Haid berhenti sepenuhnya
    Haid masih datang tetapi tidak teratur Tiada haid selama 12 bulan berturut-turut
    Hormon estrogen masih dihasilkan tetapi berkurangan Hormon estrogen kekal rendah
    Simptom datang dan pergi Beberapa simptom mungkin berterusan

     

    Cara mengurus perimenopaus

    Perimenopaus adalah fasa normal dalam kehidupan wanita tetapi simptomnya boleh mengganggu aktiviti harian jika tidak ditangani dengan baik. 

    Untuk membantu, anda boleh mula menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan gula, makanan bergoreng dan tinggi lemak tepu. Sebaliknya, lebihkan makanan sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan protein yang baik untuk badan.

    Selain itu, bersenam secara konsisten juga penting. Tidak perlu melakukan senaman berat setiap hari, cukup dengan berjalan kaki, yoga atau apa sahaja aktiviti fizikal yang membuatkan badan bergerak dan membantu menstabilkan hormon. 

    Tidur yang cukup juga perlu diutamakan. Cuba tetapkan waktu tidur dan bangun yang sama setiap hari supaya badan dapat berehat dengan baik.

    Dalam masa yang sama, kawal tekanan emosi dengan melakukan aktiviti yang menenangkan fikiran. Anda boleh cuba meditasi, berzikir, melakukan pernafasan dalam atau menulis jurnal untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. 

    Sekiranya simptom perimenopaus terlalu mengganggu, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor. Doktor boleh membantu dengan mencadangkan rawatan hormon atau ubat yang sesuai mengikut keadaan anda.

    Jangan lupa untuk memastikan pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi dalam diet harian bagi menjaga kesihatan tulang, kerana penurunan hormon estrogen boleh melemahkan tulang dan meningkatkan risiko osteoporosis. – RELEVAN

    Previous ArticleMakan durian sambil beringat
    Next Article Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.