Facebook Twitter
    Trending
    • Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa
    • Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel
    • Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut
    • Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 
    • Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume
    • Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara
    • Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?
    • Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

      October 1, 2025

      Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

      September 30, 2025

      Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

      September 26, 2025

      Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa

      September 25, 2025

      Makanan yang sebabkan anda tidak dapat tidur nyenyak

      September 23, 2025
    • Kewangan

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025

      Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

      September 24, 2025

      Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

      September 23, 2025

      Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan 

      September 19, 2025

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025
    • Pendidikan

      Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

      October 2, 2025

      Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

      October 2, 2025

      Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut

      October 2, 2025

      Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

      October 1, 2025

      Mengapa semakin ramai menonton dengan sari kata?

      September 30, 2025
    • Kerjaya

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025

      Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

      September 17, 2025

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    By Umi FatehahJune 25, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    KALAU sebut sahaja dokumentari haiwan liar, pasti ramai membayangkan lelaki ceria berpakaian safari, penuh tenaga dan semangat iaitu Steve Irwin, pemburu buaya yang disayangi seluruh dunia.

    Dengan gaya bersahaja, tangan pantas mengendali buaya dan mulut petah menyebut “Crikey!” setiap kali teruja, Steve Irwin bukan sekadar hos televisyen. Beliau adalah pendidik alam semula jadi yang luar biasa.

    Perkongsian pengembaraannya berjaya mengubah pandangan kita terhadap haiwan liar daripada menakutkan kepada menakjubkan.

    Bermula daripada zoo kecil milik keluarganya di Australia, kisah Steve Irwin akhirnya merentasi dunia dan membuka mata jutaan orang tentang betapa pentingnya kita melindungi haiwan dan habitat mereka.

    Mula kenal alam sejak bayi

    Steve Irwin dilahirkan pada 22 Februari 1962 di Melbourne, Australia. Sejak kecil, kehidupannya sudah dikelilingi oleh haiwan. Ayahnya, Bob Irwin, pakar reptilia dan ibunya, Lyn Irwin, merupakan penyelamat hidupan liar.

    Keluarganya berpindah ke Queensland ketika Steve masih kecil dan menubuhkan sebuah taman haiwan kecil yang kemudian berkembang menjadi Zoo Australia.

    Ketika kanak-kanak lain bermain di taman permainan, Steve Irwin sibuk membantu membersihkan kandang ular dan buaya. Pada usia sembilan tahun, beliau sudah berjaya menangkap buaya dengan bimbingan ayahnya. Disebabkan itu, tidak hairan apabila minat dan cintanya terhadap alam terus membara sehingga dewasa.

    Sumbangan kepada masyarakat dunia dan alam sekitar

    Steve Irwin bukan hanya menghiburkan tetapi juga mendidik dan menyedarkan jutaan orang tentang pentingnya menjaga alam sekitar.

    Antara sumbangan penting beliau ialah:

    • Mendidik masyarakat dunia tentang haiwan liar melalui dokumentari yang ditonton di lebih 130 negara.
    • Mendirikan Australia Zoo sebagai pusat pemuliharaan dan pendidikan tentang haiwan.
    • Menubuhkan organisasi Wildlife Warriors pada 2002 untuk menyokong pemuliharaan haiwan dan habitat mereka di seluruh dunia.
    • Membantu kerajaan Australia menyelamatkan buaya liar dan menjaga keseimbangan ekosistem.
    • Mengubah persepsi masyarakat terhadap haiwan yang sering ditakuti seperti ular, buaya dan labah-labah dengan pendekatan penuh kasih sayang dan ilmu.

    Bagi Steve Irwin, semua haiwan sama ada sebesar buaya atau sekecil katak berhak untuk hidup dan dihormati.

    Pemergian si pencinta haiwan

    Pada 4 September 2006, ketika merakam dokumentari laut di Great Barrier Reef, Steve Irwin terkena sengatan ikan pari di bahagian dada. Walaupun cuba diselamatkan, beliau meninggal dunia pada usia 44 tahun. Dunia kehilangan seorang tokoh alam yang penuh karisma dan keberanian.

    Bindi dan Robert Irwin meneruskan legasi ayah mereka dalam pemuliharaan dan pendidikan hidupan liar di Zoo Australia

    Namun, legasinya tidak terhenti di situ. Isterinya, Terri Irwin, serta dua anak mereka Bindi dan Robert Irwin meneruskan legasi yang ditinggalkannya. Mereka mengurus Australia Zoo, muncul dalam dokumentari alam baharu dan masih aktif menyebarkan ilmu tentang pemuliharaan alam sekitar hingga hari ini.

    Dunia perlukan lebih ramai insan seperti Steve Irwin

    Saban hari, bumi kita tidak lagi setenang dahulu. Cabaran seperti pembalakan haram, pencemaran dan kepupusan spesies menandakan bumi kita makin tenat.

    Dalam menghadapi semua ini, kita memerlukan lebih ramai insan seperti Steve Irwin. Orang yang bukan sahaja cintakan haiwan tetapi juga sanggup berkorban masa, tenaga dan nyawa demi melindungi kesejahteraan manusia dan haiwan.

    Beliau membuktikan bahawa siapa pun kita tanpa mengira tua atau muda, dari bandar atau kampung boleh memainkan peranan untuk menjaga alam sekitar dengan rasa tanggungjawab dan semangat yang tidak akan luntur.

    Jika lebih ramai orang memiliki hati budi seperti Steve Irwin, mungkin dunia ini akan menjadi tempat yang lebih baik bukan hanya untuk manusia tetapi bagi setiap makhluk hidup di planet ini. – RELEVAN

    featured kerjaya steve irwin Tokoh Relevan Utusan Pelajar

    Artikel berkaitan

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut

    October 2, 2025

    Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

    October 1, 2025

    Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

    October 1, 2025

    Bapa pendidikan pertama, bakti Aminuddin Baki kepada negara

    October 1, 2025
    Artikel Terkini

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut

    October 2, 2025

    Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

    October 1, 2025

    Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

    October 1, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.