Facebook Twitter
    Trending
    • Realiti badan kurus yang ramai tidak tahu
    • Idea sarapan biji chia yang banyak manfaat
    • Apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?
    • Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental
    • Sybil Kathigasu, jururawat dan wirawati berhati waja
    • Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?
    • Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan
    • ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Realiti badan kurus yang ramai tidak tahu

      September 18, 2025

      Idea sarapan biji chia yang banyak manfaat

      September 18, 2025

      Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

      September 12, 2025

      Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

      September 10, 2025

      Pempengaruh ubah kehidupan dengan diet ‘suku suku separuh’

      September 9, 2025
    • Kewangan

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025

      RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

      September 5, 2025

      Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

      September 3, 2025

      Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

      September 2, 2025

      BNPL – budaya hutang alaf baru yang mengancam generasi kini

      August 21, 2025
    • Pendidikan

      Apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?

      September 17, 2025

      Sybil Kathigasu, jururawat dan wirawati berhati waja

      September 17, 2025

      ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

      September 11, 2025

      Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

      September 11, 2025

      Jangan diam kalau dibuli

      September 10, 2025
    • Kerjaya

      Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

      September 17, 2025

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025

      Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

      August 29, 2025

      Minat guru semakin luntur, masa depan negara berisiko

      August 22, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

    Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

    By JOHANNA MUMTAZ WANPAJune 3, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

    BAYANGKAN suatu hari anda melihat burung terbang bebas di langit lalu terlintas di fikiran ‘Bagaimana kalau manusia juga mampu terbang?’. Ramai yang berangan untuk terbang seperti hidupan itu namun hanya segelintir yang berani mencuba. 

    Wilbur dan Orville Wright, dua beradik dari Dayton, Ohio, Amerika Syarikat ini bukan sahaja bermimpi untuk terbang malah mereka berjaya membuktikan kepada dunia bahawa tiada yang mustahil sekiranya mempunyai ilmu, semangat dan keberanian.

    Dikenali sebagai Wright Brothers, dua figura ini telah melakar sejarah dengan menghasilkan kapal terbang bermesin pertama di dunia pada 17 Disember 1903. Dalam tempoh kurang dari satu abad kemudian, manusia bukan sahaja mampu terbang tetapi juga mampu ke bulan dan menjelajah angkasa lepas. 

    Segalanya bermula dengan kapal terbang kecil ciptaan dua beradik tersebut yang hanya terbang selama 12 saat. Namun, detik singkat itu telah mengubah haluan dunia selama-lamanya.

    Bermula dengan minat terhadap mesin

    Wilbur Wright dilahirkan pada 16 April 1867, manakala adiknya Orville Wright lahir pada 19 Ogos 1871. Mereka membesar dalam keluarga yang mengutamakan pendidikan dan pemikiran bebas. 

    Bapa mereka merupakan seorang paderi yang sering membawa pulang bahan bacaan dan alat permainan yang boleh merangsang kreativiti anak-anaknya. Salah satu permainan yang memberi impak kepada kehidupan mereka ialah helikopter kecil berasaskan getah ciptaan jurutera Perancis iaitu Alphonse Pénaud. Mainan itulah yang berjaya membangkitkan minat mereka terhadap dunia penerbangan.

    Minat Wilbur dan Orville terhadap teknologi tidak terhenti di situ. Pada 1892, Wright Brothers membuka kedai basikal yang dinamakan Wright Cycle Company. Selain menjual dan membaiki basikal, kedai tersebut turut menjadi tempat dua beradik itu bereksperimen dengan rekaan sayap dan struktur aerodinamik.

    Usaha gigih tanpa latar belakang kejuruteraan

    Apa yang menjadikan kisah Wright Brothers begitu luar biasa ialah mereka tidak pernah menerima pendidikan formal dalam bidang kejuruteraan atau aeronautik.

    Namun, mereka belajar melalui bacaan, pemerhatian dan uji kaji. Dua beradik itu mengkaji burung, menyelidik tulisan ilmiah daripada pakar aerodinamik seperti Otto Lilienthal dan Sir George Cayley serta membina terowong angin sendiri untuk menguji bentuk sayap.

    Hasilnya, mereka membina Flyer I iaitu kapal terbang bermesin pertama yang berjaya diterbangkan. Pada 17 Disember 1903 di kawasan pasir Kitty Hawk, North Carolina, Orville telah menerbangkan pesawat itu sejauh 36.5 meter dalam tempoh 12 saat.

    Walaupun ia bukanlah penerbangan paling jauh pada hari tersebut, namun detik singkat itu menjadi permulaan kepada revolusi dalam dunia pengangkutan udara.

    Prinsip sains yang digunakan

    Kehebatan Wright Brothers terletak pada pemahaman mereka terhadap tiga prinsip utama dalam penerbangan iaitu lift (angkat), thrust (tolakan) dan control (kawalan).

    Mereka mencipta sistem kawalan tiga paksi iaitu kawalan yang membolehkan pesawat bergerak ke kiri atau kanan, naik atau turun dan mengekalkan kestabilan. Reka bentuk itu menjadi asas kepada semua pesawat moden hari ini.

    Cabaran dan pengiktirafan

    Selepas kejayaan itu, Wright Brothers berdepan cabaran untuk meyakinkan dunia bahawa manusia telah berjaya terbang. Pada awalnya, ramai yang meragui dakwaan mereka kerana tiada rakaman atau bukti yang kukuh untuk ditunjukkan.

    Namun, selepas beberapa demonstrasi awam dilakukan di Amerika dan Eropah antara 1908 dan 1909, Wright Brothers akhirnya diiktiraf sebagai perintis penerbangan.

    Kerajaan Perancis turut menjemput mereka untuk membuat demonstrasi dan Wilbur berjaya mengejutkan dunia apabila menerbangkan pesawat selama lebih dua jam di Le Mans. Di Amerika pula, Orville berjaya memukau penonton dengan penerbangannya di Fort Myer, Virginia. 

    Kejayaan itu membuktikan bahawa dua beradik ini benar-benar telah membuka lembaran baharu dalam sejarah dunia.

    Legasi berkekalan

    Wilbur meninggal dunia pada 1912 akibat demam kepialu manakala Orville pula meninggal dunia pada 1948. Namun, nama dua tokoh ini terus kekal dalam lipatan sejarah sebagai bapa penerbangan moden. Tanpa sumbangan mereka, dunia hari ini mungkin masih bergantung kepada kapal laut atau kereta api untuk perjalanan jauh.

    Nama Wright Brothers terus dikenang dalam pelbagai bentuk seperti pada nama lapangan terbang, sekolah, buku serta kapal angkasa milik NASA. Mereka bukan sahaja mewariskan teknologi, tetapi juga semangat untuk terus mencabar had kemampuan manusia.

    Kisah Wright Brothers membuktikan bahawa kejayaan bukan milik orang yang bijak semata-mata, tetapi milik mereka yang berusaha, berfikir di luar kotak dan berani mencuba. Dua beradik itu tidak pernah menjejakkan kaki ke menara gading, tetapi hasil ciptaan mereka telah mengajar dunia bahawa impian yang tinggi memerlukan keberanian yang luar biasa. – RELEVAN

    featured kerjaya Tokoh Relevan Utusan Pelajar

    Artikel berkaitan

    Realiti badan kurus yang ramai tidak tahu

    September 18, 2025

    Apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?

    September 17, 2025

    Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

    September 17, 2025

    Sybil Kathigasu, jururawat dan wirawati berhati waja

    September 17, 2025

    Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

    September 12, 2025

    Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    September 12, 2025
    Artikel Terkini

    Realiti badan kurus yang ramai tidak tahu

    September 18, 2025

    Idea sarapan biji chia yang banyak manfaat

    September 18, 2025

    Apa yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan banjir?

    September 17, 2025

    Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

    September 17, 2025

    Sybil Kathigasu, jururawat dan wirawati berhati waja

    September 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.