Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Realiti kesusahan mencari kerja

    Realiti kesusahan mencari kerja

    By Umi FatehahMay 26, 2025Updated:June 3, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Realiti kesusahan mencari kerja. - GAMBAR HIASAN EDWARD JENNER/PEXELS

    BEBERAPA bulan lalu, Zarif mula rasa bosan dengan kerjayanya sebagai akauntan. Dia sudah lama ingin mencuba sesuatu yang baharu dan lebih mencabar, misalnya dalam bidang pemasaran atau kreatif. 

    Jadi, dia nekad mencari kerja baharu dan menghantar permohonan kerja ke pelbagai syarikat.

    Namun, semuanya tidak berjalan lancar. Berpuluh-puluh atau mungkin ratusan permohonan kemudian, Zarif masih tidak menerima jawapan gembira.

    Dia mula tertanya-tanya, “Kenapa susah sangat nak cari kerja sekarang?”

    Pasti ramai yang berhadapan dengan situasi sama seperti Zarif. Sama ada mahu cari kerja atau cuba menceburi bidang baharu, semuanya masih tidak ada khabar.

    Apa yang berlaku dalam pasaran kerja sekarang?

    Kemajuan teknologi yang pesat  

    Kemajuan teknologi telah mengubah pasaran kerja dengan ketara. Automasi, kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin sedang menggantikan banyak peranan tradisional. 

    Perkara itu menyebabkan peningkatan permintaan terhadap kemahiran baharu yang tidak dimiliki oleh semua pencari kerja. Perubahan itu mewujudkan jurang kemahiran dan menyukarkan individu mencari jawatan yang sesuai.

    Disebabkan peranan atau jawatan tradisional semakin berkurang, persaingan untuk jawatan sedia ada semakin sengit.

    Justeru, pencari kerja dinasihatkan untuk sentiasa meningkatkan kemahiran agar kekal relevan dalam pasaran.

    Ekonomi tidak menentu

    Keadaan ekonomi yang tidak menentu termasuk kesan pandemik global dan ketegangan geopolitik sedikit sebanyak telah menjejaskan peluang pekerjaan. 

    Kebanyakan syarikat kini lebih berhati-hati menambah tenaga kerja agar tidak membebankan kewangan syarikat. Disebabkan itu, penawaran kerja semakin berkurang dan proses pengambilan pekerja juga diperketat.

    Kesannya, beberapa syarikat mengambil langkah selamat dengan mengurangkan pengambilan pekerja.

    Peningkatan globalisasi pasaran kerja

    Globalisasi pasaran kerja telah membawa kepada peningkatan persaingan daripada calon seluruh dunia. 

    Tawaran kerja jarak jauh atau remote work semakin meningkat. Ini bermakna, syarikat bebas merekrut calon pekerja dari mana-mana lokasi, negeri atau mungkin negara. Perkara itu sekali gus menyebabkan skala pencarian bakal pekerja semakin meluas dan persaingan meningkat. 

    Jangkaan tinggi daripada majikan

    Majikan kini mempunyai jangkaan yang lebih tinggi disebabkan faktor-faktor seperti perkembangan teknologi. Justeru, kebanyakan majikan mencari calon yang berpengalaman luas dalam bidang berkaitan dan berkemahiran tinggi.

    Trend itu menyukarkan pencari kerja untuk memenuhi semua kriteria yang disenaraikan dalam perincian kerja. Perkara itu secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada graduan baharu atau individu yang tidak mempunyai pengalaman yang banyak – RELEVAN

    Previous ArticlePanduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    Next Article Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.