Facebook Twitter
    Trending
    • Red flag awal serangan jantung
    • 5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Red flag awal serangan jantung

      November 21, 2025

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

    Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

    By Umi FatehahApril 24, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Syarat dan cara memohon patching sijil SPM. - GAMBAR HIASAN PUQTRA HAIRRY

    KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan hari ini, 24 April 2025 menunjukkan sejumlah 402,956 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM.

    Berita gembiranya, 14,179 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, iaitu meningkat sebanyak 2,466 berbanding tahun sebelumnya.

    Tahniah diucapkan kepada semua pelajar. Semoga setiap usaha mendatangkan hasil yang diimpikan.

    Bagi calon SPM ulangan, tahukah anda Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) menawarkan khidmat patching sijil SPM?

    Perkhidmatan patching sijil SPM memberi peluang kepada calon mengulang untuk menggabungkan keputusan terbaik daripada dua atau lebih peperiksaan SPM ke dalam satu sijil.

    Ia juga meningkatkan kualiti, tahap keselamatan dan kesahihan sijil peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP.

    Merujuk kepada syarat ditetapkan, perkhidmatan ini terhad kepada calon yang memperoleh sijil peperiksaan SPM bermula dari tahun 2009 dan ke atas. Setiap permohonan pula terhad untuk 12 subjek sahaja.

    Berikut, Relevan perincikan cara membuat permohonan patching sijil SPM menurut perkongsian LP.

    1. Pengisian borang

    Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/2023c yang boleh didapati di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), LP Wilayah Persekutuan Putrajaya atau muat turun dari laman sesawang rasmi LP.

    2. Kemukakan dokumen penting

    Pemohon yang hadir ke kaunter fizikal perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat permohonan perkhidmatan patching sijil SPM.

    Pemohon juga dinasihatkan menyertakan bersama salinan sijil SPM atau Pernyataan Keputusan SPM.

    Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat sahaja. Pastikan wakil yang dilantik membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon.

    Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, ejen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan.

    3. Permohonan melalui pos

    Jika anda memfailkan permohonan melalui pos, pastikan ia dialamatkan kepada:

    PENGARAH PEPERIKSAAN

    LEMBAGA PEPERIKSAAN

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    ARAS 10, BLOK E11, KOMPLEKS E

    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 WP PUTRAJAYA

    (u.p.: Unit Maklumat dan Pemprosesan Keputusan)

    Sertakan bersama satu sampul Pos Laju atau sampul mana-mana kurier bersaiz A4 yang beralamat sendiri bagi tujuan penghantaran Patching Sijil SPM secara pos.

    4. Pembayaran

    Setiap permohonan akan dikenakan bayaran sebanyak RM100. Pembayaran melalui kaedah tunai boleh dilakukan di kaunter LP secara langsung.

    Bagi permohonan melalui pos pula, anda dikehendaki menyertakan bersama-sama dengan kiriman wang atau draf bank atas nama Akauntan Negara Malaysia. Sebagai peringatan, anda tidak dibenarkan untuk melakukan pembayaran melalui cek persendirian. – RELEVAN

    featured patching sijil pendidikan spm

    Artikel berkaitan

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025
    Artikel Terkini

    Red flag awal serangan jantung

    November 21, 2025

    5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

    November 21, 2025

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan ubur-ubur

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.