Facebook Twitter
    Trending
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    • Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?
    • Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam
    • Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pilihan laluan pendidikan selepas tamat SPM

    Pilihan laluan pendidikan selepas tamat SPM

    By Umi FatehahApril 21, 2025Updated:April 21, 20256 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SHAH ALAM, 02 JANUARI 2024 - Calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 sebelum melangkah masuk ke dalam dewan untuk menduduki peperiksaan bertulis Bahasa Melayu Kertas I di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. FOTO/AFIQ Pilihan laluan pendidikan selepas tamat SPM. - GAMBAR HIASAN AFIQ RAZALI

    SETIAP tahun, ribuan pelajar menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan debaran. Bagi sesetengah orang, keputusan itu mungkin menggembirakan sebagai tanda usaha selama bertahun-tahun membuahkan hasil. 

    Bagi yang lain pula, ia mungkin menimbulkan rasa kecewa atau keliru. Apa pun keputusan yang diterima, satu hal yang pasti: SPM bukan penamat.

    Sebaliknya, ia adalah pintu masuk kepada pelbagai pilihan masa depan. SPM bukan penamat tetapi permulaan kepada membuka laluan kepada bab seterusnya dalam hidup. Sama ada memilih untuk menyambung pelajaran, menimba kemahiran atau melangkah ke dunia pekerjaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang perlu dibuat selepas mendapat keputusan SPM?

    Berikut ialah panduan ringkas tentang laluan-laluan pendidikan yang boleh dipertimbangkan selepas SPM, mengikut minat, kemampuan dan perancangan masa depan masing-masing:

    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 

    STPM merupakan pilihan yang tidak memerlukan kos tinggi dan berprestij untuk ke universiti awam. Jangan sangka STPM tidak ada nilainya. Menurut laman web rasmi Unit Pengambilan Universiti (UPU), STPM merupakan sijil yang setaraf dengan peperiksaan antarabangsa A-level.

    Jadi, kalau ada sesiapa yang memandang rendah terhadap keputusan anda untuk melanjutkan pelajaran dalam STPM, jelaskan kepada mereka bahawa sijil peperiksaan tersebut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    Untuk makluman, STPM dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan berlangsung selama satu setengah tahun (tiga penggal). Sistem STPM kini berbentuk modular iaitu pelajar dikehendaki menduduki peperiksaan setiap penggal dan markah ketiga-tiga penggal akan digabungkan untuk keputusan akhir. 

    Di samping itu, penilaian turut merangkumi kerja kursus dalam sesetengah subjek, menjadikan STPM lebih holistik dan tidak hanya bergantung kepada peperiksaan akhir sahaja.

    Asasi/Matrikulasi

    Asasi dan matrikulasi merupakan dua laluan pantas ke pengajian ijazah pertama, khususnya di universiti awam tempatan. Kedua-duanya biasanya mengambil masa setahun (dua semester) tetapi berbeza dari segi pengendalian dan fokusnya.

    Program Asasi dikendalikan oleh universiti-universiti tertentu seperti Asasi UIAM, Asasi Sains UM atau Asasi UITM. 

    Ia direka khas sebagai persediaan awal untuk kursus-kursus tertentu di universiti tersebut dan pelajar biasanya akan menyambung pengajian ijazah di universiti yang sama selepas tamat asasi, bergantung kepada keputusan dan syarat kelayakan.

    Program Matrikulasi pula dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan lebih bersifat umum. 

    Ini membolehkan pelajar memohon ke pelbagai universiti awam di seluruh negara. Ia dibahagikan kepada aliran Sains dan Perakaunan (dan beberapa aliran lain bergantung pada sesi). Tetapi proses pemilihannya lebih kompetitif kerana tempat adalah terhad.

    Kedua-dua program ini padat dan mencabar kerana tempohnya singkat tetapi silibusnya setaraf dengan STPM, menjadikan pelajar perlu menyesuaikan diri dengan pantas. 

    Namun, ia tetap menjadi pilihan ramai kerana menjimatkan masa dan membuka peluang ke universiti awam.

    Diploma

    Diploma ialah program pengajian tinggi yang biasanya mengambil masa antara dua hingga tiga tahun di universiti awam atau kolej swasta. 

    Ia lebih bersifat praktikal dan berfokus kepada kemahiran tertentu mengikut bidang pilihan seperti perakaunan, kejuruteraan, komunikasi, teknologi maklumat dan banyak lagi.

    Pelajar yang mengambil diploma boleh terus memasuki alam pekerjaan selepas tamat pengajian, atau menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda. 

    Sekiranya ingin melanjutkan ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang yang sama, kebiasanya pelajar akan diterima masuk ke tahun kedua atau ketiga, bergantung kepada universiti dan kesesuaian kursus. 

    Laluan ini sesuai untuk pelajar yang sudah jelas dengan minat dan kerjaya yang ingin diceburi.

    TVET/Institusi kemahiran 

    TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) atau laluan institusi kemahiran merupakan pilihan ideal bagi pelajar yang lebih cenderung kepada pembelajaran berasaskan kemahiran praktikal berbanding teori. 

    Program TVET ditawarkan oleh pelbagai institusi seperti Kolej Vokasional, Institut Latihan Perindustrian (ILP), GiatMARA, Kolej Komuniti dan lain-lain. 

    Tempoh pengajian juga berbeza, ada yang hanya beberapa bulan atau setahun hingga tiga tahun bergantung kepada tahap sijil atau diploma yang diambil. 

    Antara bidang popular termasuklah automotif, kulinari, teknologi kimpalan, jahitan, pendawaian elektrik dan banyak lagi. 

    Graduan TVET mempunyai peluang pekerjaan yang sangat baik kerana mereka dilengkapi dengan kemahiran khusus yang diperlukan dalam industri. 

    Malah, ramai juga yang memilih untuk membuka perniagaan sendiri selepas tamat pengajian, menjadikan laluan ini bukan sahaja praktikal, malah mampu membina masa depan yang stabil.

    Program luar negara seperti A-Level, IB, AUSMAT 

    Bagi pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, terdapat beberapa program pra-universiti antarabangsa yang boleh diambil sebagai persediaan awal. 

    Antaranya A-Level, International Baccalaureate (IB) dan Australian Matriculation (AUSMAT).

    A-Level adalah program prauniversiti dari United Kingdom yang biasanya berlangsung selama setahun setengah hingga dua tahun. 

    Ia sangat berfokus dan pelajar hanya memilih beberapa subjek utama (biasanya tiga atau empat) yang akan ditumpukan. A-Level sesuai untuk pelajar yang sudah jelas hala tuju bidang yang ingin diceburi seperti perubatan, kejuruteraan atau undang-undang.

    International Baccalaureate (IB) pula merupakan program antarabangsa yang lebih menyeluruh dan menekankan keseimbangan antara akademik, kemahiran insaniah dan aktiviti luar bilik darjah. 

    Ia berlangsung selama dua tahun dan pelajar wajib mengambil subjek daripada enam kumpulan berbeza. IB sesuai untuk pelajar yang aktif, berminat dalam pelbagai bidang, dan berpotensi untuk menyambung pelajaran ke universiti-universiti berprestij di seluruh dunia.

    Australian Matriculation (AUSMAT) atau program matrikulasi Australia pula merupakan laluan pra-universiti yang diiktiraf secara global dan biasanya mengambil masa sekitar setahun. 

    Program itu menilai pelajar berdasarkan sistem penilaian berterusan dan peperiksaan akhir serta ia lebih fleksibel berbanding A-Level. Ia sering menjadi pilihan pelajar yang mahu menyambung pelajaran di Australia atau negara-negara yang menerima sistem Australia.

    Ketiga-tiga program ini ditawarkan di beberapa kolej dan institusi swasta terpilih di Malaysia. Walaupun kosnya agak tinggi berbanding program lain, ia membuka lebih banyak pintu ke universiti ternama dunia serta membentuk pelajar menjadi individu yang berdikari, matang dan berpemikiran global.

    Rehat (gap year) dengan bekerja sambilan atau kursus pendek

    Bagi sesetengah pelajar, mengambil masa untuk berehat seketika sebelum menyambung pengajian atau lebih dikenali sebagai gap year boleh menjadi langkah yang baik jika dimanfaatkan dengan bijak. 

    Dalam tempoh ini, pelajar berpeluang untuk mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam, menilai semula hala tuju masa depan dan membina kemahiran baharu yang berguna untuk alam dewasa.

    Salah satu cara terbaik untuk mengisi tahun rehat ini adalah dengan melakukan kerja sambilan. Selain dapat menjana pendapatan sendiri, pelajar juga akan belajar tentang tanggungjawab, pengurusan masa dan nilai usaha. 

    Pengalaman bekerja di dunia sebenar boleh menjadi asas yang kukuh dalam membina etika kerja dan keyakinan diri.

    Selain itu, pelajar juga boleh menyertai kursus pendek yang menawarkan pelbagai kemahiran praktikal seperti reka grafik, fotografi, pengaturcaraan, penulisan kreatif, komunikasi atau kemahiran perniagaan asas. 

    Kursus seperti yang disebutkan boleh diikuti secara fizikal atau dalam talian, dan kebanyakannya tidak memerlukan komitmen masa yang panjang.

    Mengambil tahun rehat tidak bermakna seseorang itu ketinggalan. Sebaliknya, ia boleh menjadi masa untuk berkembang secara peribadi dan mental, memperkukuh kematangan sebelum memasuki alam pengajian tinggi atau pekerjaan tetap. 

    Namun begitu, pastikan tempoh ini dirancang dengan baik supaya masa yang ada tidak disia-siakan.

    SPM bukan pengakhiran

    Sama ada anda memilih STPM, asasi, diploma, TVET, program antarabangsa atau mengambil masa untuk rehat dan refleksi, setiap langkah adalah berharga jika disertai dengan usaha dan kesungguhan.

    Apa yang penting ialah mengenali diri dan membuat keputusan yang bijak, bukan semata-mata mengikut tekanan sekeliling. Jangan takut untuk memilih laluan yang kurang popular kerana kadangkala, di situlah kita akan temui kekuatan sebenar diri.

    Ingat, SPM bukan pengakhiran. Ia hanyalah permulaan kepada dunia yang lebih luas. Laluan mungkin berbeza tetapi tujuannya tetap satu iaitu membina masa depan yang lebih baik. – RELEVAN

    Previous ArticleApa yang perlu dibuat selepas mendapat keputusan SPM?
    Next Article Golongan yang terhindar daripada api neraka

    Artikel berkaitan

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026

    Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

    June 22, 2026
    Artikel Terkini

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026

    8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

    June 24, 2026

    Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

    June 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.