Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    • 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang perlu dibuat selepas mendapat keputusan SPM?

    Apa yang perlu dibuat selepas mendapat keputusan SPM?

    By Umi FatehahApril 21, 2025Updated:April 21, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    TINGGAL beberapa hari sahaja lagi beribu-ribu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan membuka satu bab penting dalam hidup mereka. Keputusan SPM bakal diumumkan. Ia merupakan saat yang paling mendebarkan selepas perasaan seram sejuk ketika melangkah masuk ke dewan bagi menjawab kertas peperiksaan.

    Adik-adik mungkin ada yang gementar, ada juga sudah bersedia menerima apa jua keputusan. Tetapi, mungkin lebih ramai yang belum bersedia untuk tahu hasil usaha mereka selama ini.

    Namun, apa jua keputusan yang bakal diterima, ketahuilah bahawa ia bukan penamat kepada segalanya. Ia hanyalah satu langkah dalam perjalanan panjang menuju masa depan. 

    Persoalan lebih penting sekarang, apa yang perlu dibuat selepas ini?

    Kawal emosi dan beri ruang kepada diri

    Saat keputusan diumumkan, ramai pelajar akan dilanda pelbagai perasaan seperti gembira, lega, kecewa atau terkejut. Semua perasaan itu sah dan tidak ada salahnya. Ia sebahagian daripada proses menerima kenyataan dan memahami realiti.

    Luangkan masa untuk bertenang. Paling penting sekali, jangan sekali-kali membandingkan diri dengan orang lain kerana perjalanan dan rezeki setiap orang adalah berbeza. 

    Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, tahniah! Peluklah diri sendiri kerana segala usaha yang dicurah tidak sia-sia. Kini, anda hanya perlu meneruskan cita-cita dengan cara dan jalan yang tepat. 

    Jika keputusan tidak seperti yang diharapkan, itu bukan bermakna anda gagal. Bumi masih dan akan tetap berputar. Ramai tokoh berjaya bermula dari jalan yang sukar tetapi mereka bangkit dan mencari peluang dari arah lain. 

    Muhasabah diri dan jangan berputus asa. Masih ada jalannya untuk mencapai cita-cita anda.

    Buat perancangan awal, kenali pilihan yang ada

    Sebelum keputusan diumumkan pun, sebenarnya anda sudah boleh mula membuat kajian tentang pilihan pendidikan seterusnya. Ini termasuk:

    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 
    • Asasi/Matrikulasi
    • Diploma
    • Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) atau institusi kemahiran
    • Program luar negara seperti A-Level, International Baccalaureate (IB) dan Australian Matriculation (AUSMAT).
    • Rehat (gap year) dengan bekerja sambilan atau kursus pendek.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pilihan laluan pendidikan selepas tamat SPM

    Lihat minat, kekuatan dan keperluan kewangan. Berbincang dengan guru, ibu bapa atau senior anda terlebih dahulu. Jangan terburu-buru, tapi jangan juga terlalu lambat bertindak.

    Kumpulkan maklumat

    Ramai pelajar lepasan SPM kurang pendedahan kepada pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya. Di sinilah pentingnya pameran pendidikan, laman web rasmi Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) dan sesi konsultasi kerjaya.

    Anda perlu ambil tahu tentang:

    • Tarikh permohonan masuk IPT dan institusi kemahiran
    • Biasiswa yang ditawarkan (JPA, MARA, Yayasan negeri, syarikat korporat)
    • Kursus yang bersesuaian dengan minat dan industri masa depan

    Kadangkala peluang terbaik datang dari tempat yang tidak dijangka. Asalkan anda terbuka dan aktif mencari.

    Jangan takut mencuba laluan yang tidak awam

    Kejayaan tidak semestinya hadir melalui laluan yang diikuti oleh kebanyakan orang. Mungkin anda tidak terus melangkah ke universiti.

    Mungkin juga anda menemui minat dalam bidang kreatif, teknikal atau keusahawanan. Jangan sesekali menganggap laluan selain institusi pengajian tinggi sebagai pilihan kedua. Setiap jalan mempunyai nilainya yang tersendiri, asalkan anda melaluinya dengan kesungguhan dan bukan kerana sudah tidak ada apa-apa pilihan.

    Apa yang penting, anda kekal belajar. Belajar di sini bukan dimaksudkan secara akademik sahaja tetapi belajarlah tentang dunia dan diri sendiri. Kadang-kadang, kehidupan mengajar lebih banyak daripada buku teks.

    SPM penentu hidup?

    Biasanya kita mendengar ramai yang mengatakan bahawa SPM ialah penentu hidup dan segalanya. Ia tidaklah salah tetapi tidak juga benar 100 peratus.

    SPM ialah ujian penting tetapi ia tidak mendefinisikan siapa anda. Nilai anda lebih besar daripada gred atas sekeping kertas. Dunia hari ini semakin terbuka dengan pelbagai pilihan dan laluan. Apa yang penting ialah bagaimana anda menggunakan keputusan itu sama ada cemerlang atau sederhana untuk merancang langkah seterusnya dengan bijak.

    Setiap keputusan membuka peluang berbeza. Ada yang melangkah ke universiti, ada juga memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran atau mungkin memilih untuk bekerja sambil belajar. 

    Semuanya bergantung kepada niat dan minat, matlamat hidup serta situasi semasa. Paling penting, jangan berhenti belajar. Keputusan SPM bukan noktah (.) tetapi koma (,). Ia merupakan permulaan kepada bab baharu dalam hidup anda.

    Ingat, kegagalan bukan bererti berakhirnya hidup. Kejayaan juga bukan tiket untuk berhenti berusaha. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025
    Artikel Terkini

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.