Facebook Twitter
    Trending
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    • Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan
    • Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan
    • 7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol
    • Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?
    • Cikgu marah bukan kerana benci
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025

      Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

      August 11, 2025

      Makin ramai sakit tetapi masih tak jaga makan

      August 7, 2025
    • Kewangan

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025

      Carilab perkenal platform digital carian makmal pertama negara

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

    Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

    By Umi FatehahMarch 20, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berbaloikah iftar di bufet hotel? - GAMBAR HIASAN ENGIN AKYURT/UNSPLASH

    SETIBANYA bulan Ramadan, jemputan berbuka puasa beramai-ramai memang tidak dapat dielakkan. Sama ada bersama keluarga, rakan-rakan zaman belajar atau rakan sekerja, jemputan demi jemputan datang bertalu-talu.

    Kebiasaannya, bufet hotel sering menjadi pilihan utama untuk berbuka puasa kerana menawarkan pelbagai hidangan istimewa dalam suasana yang mewah dan selesa. Tetapi persoalannya, berbaloikah membelanjakan kira-kira RM200 seorang untuk menikmati bufet?

    Mari kita kupaskan bersama-sama.

    1. Harga vs. Kemampuan makan: Perut kita bukan ‘tangki minyak’

    Selepas seharian berpuasa, kita sering membayangkan mahu menikmati pelbagai juadah. Bermula dengan kambing golek, udang galah, kek coklat dan hidangan mewah lain yang jarang dapat dirasa seolah-olah semuanya sedia menanti untuk disantap.

    Bila tengok senarai bufet hotel yang menawarkan lebih 100 jenis hidangan, terus rasa berbaloi bayar mahal.

    Realitinya? Selepas meneguk segelas air dan menjamah sebiji kurma, perut dah mula rasa ‘sendat’.

    Perut yang kosong seharian sebenarnya mengecut, bukannya makin besar. Nak habiskan pinggan pertama pun dah mula rasa penuh. Akhirnya, kita hanya sempat merasa sedikit sahaja daripada pelbagai hidangan yang diambil tetapi RM200 sudah melayang.

    1. Kualiti vs. Kuantiti: Banyak pilihan tak semestinya sedap

    Hotel besar selalu ‘jual’ konsep bufet mewah dengan puluhan jenis makanan. Namun, banyak pilihan makanan tidak semestinya sedap. Ada bufet hotel yang menghidangkan makanan yang cemerlang dari segi rasa dan persembahan. Tetapi ada juga yang rupa sahaja menarik tetapi rasanya mengecewakan.

    Apabila membayar lebih RM150 untuk makanan, mestilah kita mahukan makanan yang sedap dan berkualiti. 

    1. Masa dan suasana: Berbaloikah kalau perlu beratur panjang?

    Bufet hotel sememangnya sinonim dengan eksklusiviti. Namun, bila orang terlalu ramai, suasana mewah tu terus bertukar jadi macam kantin sekolah. Perlu beratur panjang untuk ambil kambing golek, makanan cepat habis malah pinggan pun kadang-kadang kena tunggu giliran.

    Lepas penat beratur, akhirnya cuma dapat sepotong daging kecil dan terfikir, “Inikah yang aku bayar mahal tadi?”

    Bagi yang sudah penat bekerja seharian, berbuka dalam suasana sesak dan bising mungkin membuatkan pengalaman itu menjadi lebih stress berbanding santai.

    1. Pembaziran: Bila mata lagi lapar dari perut

    Satu lagi isu bufet hotel ialah pembaziran makanan. Disebabkan semua makanan yang terhidang nampak sedap, kita terus jadi bernafsu untuk mengambil semua jenis makanan. Lagipun, mahu pastikan harga yang dibayar betul-betul berbaloi, bukan? 

    Tetapi akhirnya, kita hanya mampu makan separuh sahaja daripada makanan yang diambil. Selebihnya terpaksa dibazirkan begitu sahaja. 

    Sebenarnya, ramai orang tak sedar bahawa kita sebenarnya cuma makan tiga hingga empat jenis makanan sahaja walaupun ada lebih 100 pilihan. 

    Perut dah kenyang tetapi makanan lain masih banyak yang belum dicuba. Kalau makan sikit sahaja, bukankah rugi?

    Nak pastikan berbaloi? Ini 5 tip sebelum tempah bufet hotel

    • Pilih hotel yang terkenal dengan makanan sedap, bukan sekadar banyak pilihan.
    • Baca ulasan dahulu sebelum membuat tempahan. Ada beberapa hotel memang terkenal dengan makanannya sedap-sedap semuanya. Tetapi ada juga yang menang dari segi imej mewah sahaja. 
    • Pilih bufet yang ada makanan mahal atau yang jarang dapat dinikmati. Contohnya, bufet dengan lobster, steak wagyu atau makanan laut segar. Barulah rasa berbaloi bayar mahal.
    • Pergi dalam keadaan sihat dan segar. Kalau pergi lepas waktu kerja dan badan berasa letih, selera makan pun tak banyak. Hanya mampu mencicip beberapa makanan sahaja. Bukankah ini satu kerugian dan pembaziran?
    • Elakkan ambil semua jenis makanan dalam satu pinggan. Ambil dalam kuantiti yang sedikit dan rasa dahulu. Kalau sedap, baru tambah. Ini dapat mengelakkan pembaziran dan kita dapat menikmati makanan dengan lebih tenang dan teratur.
    • Kalau anda jenis yang tak makan banyak, pertimbangkan set Ramadan di restoran biasa. Kadang-kadang, berbuka di restoran kecil dengan set hidangan lebih jimat, berbaloi dan jauh lebih memuaskan. Tak perlu bayar mahal untuk makanan yang akhirnya tak mampu dihabiskan.

    Paling penting, pastikan setiap sen yang dibayar itu setimpal dengan pengalaman dan kepuasan. Jangan bayar mahal-mahal tetapi balik dengan perut separuh kenyang dan hati separuh menyesal. – RELEVAN

    berbuka bufet bufet hotel featured iftar kewangan

    Artikel berkaitan

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025

    Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

    August 15, 2025

    7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

    August 14, 2025
    Artikel Terkini

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025

    Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

    August 15, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.