Facebook Twitter
    Trending
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    • 5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira
    • Cara mengelak menangis ketika memotong bawang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025

      Kerap overthinking? mungkin anda mengalami ‘hypervigilance’

      December 8, 2025
    • Kewangan

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Harta berlebihan tidak dimanfaatkan: Beban hisab di akhirat

    Harta berlebihan tidak dimanfaatkan: Beban hisab di akhirat

    By Umi FatehahFebruary 10, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DALAM kehidupan moden, ramai antara kita cenderung mengumpul pelbagai barang dan harta sama ada dalam bentuk pakaian, perabot, gajet atau wang simpanan yang tidak digunakan. 

    Namun, Islam mengingatkan bahawa setiap harta yang dimiliki akan dipersoalkan kelak. Adakah barang-barang tersebut digunakan dengan baik atau sekadar disimpan tanpa manfaat?

    Harta: Nikmat atau ujian?

    Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hadid, ayat 20:

    اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًا ۖ وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانٌ ۚ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

    “Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan hiburan serta perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak.

    “(Semuanya itu) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya gembira. Kemudian ia menjadi kering dan engkau melihatnya berwarna kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai. 

    “Dan (ingatlah) ada di akhirat azab yang berat (bagi orang-orang yang hanya mementingkan dunia) dan keampunan besar serta keredaan Allah (bagi orang-orang yang mementingkan akhirat). 

    “Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

    Ayat ini menegaskan bahawa harta dunia hanya bersifat sementara. Jika seseorang terlalu asyik mengejar kekayaan tanpa memanfaatkannya untuk kebaikan, mereka boleh tergolong dalam golongan yang lalai dan akan menanggung hisab yang berat di akhirat.

    Tanggungjawab terhadap harta

    Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Barzah Al-Aslami R.A, Rasulullah SAW bersabda:

    “Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ditanya tentang umurnya untuk apa dihabiskan, tentang ilmunya bagaimana ia mengamalkannya, tentang hartanya dari mana ia peroleh dan ke mana ia belanjakan, serta tentang tubuh badannya untuk apa ia gunakan.”

    (Hadis riwayat al-Tirmizi, no. 2417, sahih menurut al-Albani).

    Hadis ini jelas menunjukkan bahawa setiap individu akan dipertanggungjawabkan terhadap harta yang dimilikinya. Sumber harta yang diperoleh dan cara ia digunakan akan menjadi antara perkara utama yang dihisab di akhirat.

    Mufti Wilayah Persekutuan dalam salah satu artikelnya menekankan bahawa Islam tidak melarang seseorang untuk memiliki harta tetapi harta itu perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya. 

    Dalam artikel Bayan Linnas Siri Ke-194: Konsep Sedekah Jariah Menjana Kesatuan Ummah, dinyatakan bahawa harta yang digunakan untuk bersedekah atau wakaf akan menjadi aset pahala berterusan bagi pemiliknya, walaupun selepas meninggal dunia.

    Cara mengurus harta dengan bijak

    Untuk mengelakkan harta menjadi beban di akhirat, Islam mengajar beberapa prinsip pengurusan harta yang bijak:

    • Bersedekah dan berwakaf

    Menyalurkan sebahagian harta kepada mereka yang memerlukan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada penerima tetapi juga sebagai bekalan pahala di akhirat.

    • Membelanjakan harta dengan sederhana

    Islam menganjurkan keseimbangan antara keperluan dunia dan akhirat, mengelakkan pembaziran dan sikap boros.

    • Membayar zakat 

    Zakat membersihkan harta dan membantu golongan yang kurang berkemampuan, sekaligus mengelakkan pengumpulan harta yang tidak dimanfaatkan.

    • Menggunakan harta untuk tujuan berfaedah

    Contohnya, melaburkan harta dalam perniagaan yang membawa manfaat kepada masyarakat atau menyumbang kepada pendidikan dan pembangunan sosial.

    Memiliki harta yang banyak bukanlah satu kesalahan tetapi ia datang dengan tanggungjawab yang besar. Jika harta tidak digunakan dengan baik, ia boleh menjadi beban di akhirat. 

    Oleh itu, marilah kita memastikan bahawa setiap harta yang dimiliki dimanfaatkan untuk kebaikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat agar menjadi sumber pahala berterusan, bukan penyebab hisab yang berat di akhirat. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025

    Pantang larang ketika senggugut

    December 10, 2025
    Artikel Terkini

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025

    Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

    December 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.