Facebook Twitter
    Trending
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    • Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    • 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN
    • Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya
    • Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus
    • Guru bukan pengganti ibu bapa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026

      Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu?

      May 14, 2026

      PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

      May 13, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gusi sihat, gigi kuat

    Gusi sihat, gigi kuat

    By Umi FatehahFebruary 4, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Gusi sihat, gigi kuat

    APABILA berbicara tentang penjagaan oral, tumpuan utama kebanyakan individu adalah kesihatan gigi. Sejak kecil, kita diajar untuk menggosok gigi dua kali sehari dan mengelakkan makanan bergula untuk memastikan gigi putih dan sihat. 

    Namun, jarang sekali kita mendengar nasihat mengenai penjagaan atau kesihatan gusi. Hakikatnya, penjagaan gusi adalah sama penting dengan penjagaan gigi kerana kedua-duanya berkait rapat.

    Menurut Dr. Yasmin Lukman dari Klinik Pergigian Yes Dental, gusi yang sihat adalah asas kepada kesihatan oral yang baik. 

    Dr. Yasmin Lukman

    “Gusi yang sihat adalah asas kepada kesihatan oral kerana ia bertindak sebagai pelindung dan sokongan utama kepada gigi.

    “Jika gusi bermasalah, ia boleh membawa kepada masalah serius seperti gigi goyah, kerosakan akar gigi dan akhirnya akan menjejaskan kesihatan badan secara menyeluruh,” katanya.

    Masalah utama yang sering diabaikan ialah gusi berdarah. Ramai menganggap perkara ini normal. Tetapi kata Yasmin Lukman, ia tanda awal masalah gusi yang perlu diberi perhatian. 

    Gusi berdarah biasanya berlaku apabila terdapat keradangan atau plak yang terkumpul di garisan gusi. Jika dibiarkan, ia boleh membawa kepada penyakit periodontitis iaitu kerosakan tisu gusi yang lebih serius.

    Selain itu, tabiat yang salah ketika memberus gigi juga boleh menyebabkan kerosakan pada gusi.

    “Ramai pesakit menggunakan berus gigi yang terlalu keras atau memberus dengan tekanan yang kuat, menyebabkan gusi mengecut. 

    “Berus lembut adalah pilihan terbaik dan teknik yang betul lebih penting daripada tekanan yang digunakan ketika memberus gigi,” katanya.

    Penjagaan gusi yang betul

    Untuk memastikan gusi kekal sihat, Yasmin Lukman mencadangkan beberapa rutin penjagaan oral yang mudah tetapi efektif. 

    Pertama, sentiasa gunakan berus gigi lembut dan teknik memberus yang betul iaitu dengan gerakan lembut dari arah gusi ke hujung gigi. Teknik ini bukan sahaja membersihkan gigi dengan lebih baik tetapi juga mengelakkan kerosakan pada tisu gusi.

    Kedua, flossing adalah langkah penting untuk membersihkan sisa makanan yang tersangkut di celah gigi, yang sering menjadi punca utama plak. 

    Kongsinya, ramai yang mengabaikan flossing kerana menganggap ia tidak penting tetapi hakikatnya, ia kunci untuk mencegah keradangan gusi.

    Jaga gigi, jaga gusi
    Jaga gigi, jaga gusi

    Ketiga, lakukan rawatan scaling setiap enam bulan untuk memastikan plak dan karang yang terkumpul dapat dibersihkan sepenuhnya. Walaupun rutin harian membantu menjaga kebersihan gigi dan gusi, rawatan profesional adalah langkah tambahan yang sangat diperlukan.

    Yasmin Lukman juga menekankan kepentingan untuk mengurangkan pengambilan makanan dengan kandungan gula yang tinggi dan keras bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada gigi dan gusi. 

    Katanya, gaya hidup yang lebih sihat juga memainkan peranan penting. Bagi perokok, cuba kurangkan kekerapan merokok atau berhenti serta merta bagi mengurangkan risiko masalah gusi dan gigi. 

    Merokok bukan sahaja menyebabkan perubahan warna pada gigi tetapi juga melemahkan sistem imun badan, menjadikannya sukar untuk melawan jangkitan pada gusi.

    Kesan kesihatan gusi pada tubuh badan

    Kesihatan gusi bukan sahaja memberi kesan kepada gigi tetapi juga kepada kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. 

    Yasmin Lukman berkata, masalah gusi sering dikaitkan dengan penyakit lain seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular. Ini kerana bakteria yang terkumpul di gusi boleh memasuki aliran darah dan menyebabkan keradangan pada bahagian tubuh lain.

    “Sebagai contoh, ramai pesakit diabetes yang mengalami masalah gusi kerana paras gula darah yang tidak terkawal. 

    “Ada juga kes di mana pesakit hanya mengetahui mereka menghidap diabetes selepas didiagnosis dengan masalah gusi,” katanya.

    Beliau berkata, wanita hamil juga perlu memberi perhatian lebih kepada kesihatan gusi kerana perubahan hormon boleh menyebabkan gusi lebih mudah berdarah dan bengkak. 

    Yasmin Lukman menyarankan kepada wanita hamil untuk melakukan pemeriksaan pada trimester awal untuk mencegah komplikasi semasa kehamilan.

    Katanya, beberapa kajian menunjukkan bahawa penyakit gusi kronik boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Ini menjadikan penjagaan gusi bukan sekadar isu kosmetik tetapi satu keperluan kesihatan yang menyeluruh.

    Memetik kata-kata doktor muda itu, oral health is overall health. Mulut ialah pintu gerbang kepada keseluruhan badan. Penjagaan oral yang buruk akan memberi kesan negatif kepada kesihatan secara menyeluruh. – RELEVAN

    Previous ArticleHidup sudah lengkap seadanya, henti bandingkan diri dengan orang lain
    Next Article Misi Yasmin Lukman: Rawatan tanpa trauma, senyum tanpa ketakutan

    Artikel berkaitan

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026

    10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

    May 18, 2026

    Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

    May 18, 2026
    Artikel Terkini

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026

    Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

    May 19, 2026

    10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

    May 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.