Facebook Twitter
    Trending
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ringkasan peristiwa Israk Mikraj dan pengajarannya kepada umat Islam

    Ringkasan peristiwa Israk Mikraj dan pengajarannya kepada umat Islam

    By Umi FatehahJanuary 27, 2025Updated:January 31, 20255 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Ringkasan peristiwa Israk Mikraj dan pengajarannya kepada umat Islam. - GAMBAR HIASAN SADDAM YUSOFF

    PERISTIWA Israk Mikraj adalah salah satu daripada mukjizat agung yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Allah SWT. 

    Secara ringkasnya, Israk bermaksud perjalanan Rasulullah pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjid Al-Aqsa di Palestin.

    Mikraj pula bermaksud perjalanan Rasulullah dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT.

    Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rejab, satu malam yang penuh dengan keajaiban. Dalam perjalanan luar biasa ini, Rasulullah dibawa dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa, sebelum dinaikkan ke langit untuk menerima wahyu daripada Allah.

    Menurut artikel yang diterbitkan di laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN), disebabkan peristiwa ini mustahil untuk difahamkan oleh akal manusia, tidak semua orang dapat menerima kebenarannya. Ada sebahagian penduduk Mekah yang ragu dan menolak kisah yang disampaikan oleh Rasulullah. 

    Mereka bahkan tidak percaya bahawa perjalanan yang begitu jauh dan singkat itu boleh berlaku dalam satu malam sahaja. Namun, dalam keraguan itu, muncul Saidina Abu Bakar R.A, sahabat yang amat rapat dengan Rasulullah. 

    Tanpa sebarang keraguan, Saidina Abu Bakar berkata, 

    “Demi Allah, jika itulah yang Nabi Muhammad SAW katakan, sungguh dia berkata benar. Demi Allah, sesungguhnya dia pernah memberitahuku mengenai kedatangan wahyu kepadanya menerusi Jibril AS pada mana-mana waktu, malam ataupun siang, terus aku mempercayainya dan aku bersaksi bahawa beliau adalah utusan Allah yang sebenarnya.” 

    Keimanan dan keteguhan hati Saidina Abu Bakar menjadi bukti bahawa bagi seorang Muslim yang benar-benar beriman. Segala yang datang daripada Rasulullah adalah kebenaran yang tidak boleh dipertikaikan.

    Masjidil Haram dan Masjid Al-Aqsa

    Dalam perjalanan Israk, Rasulullah menghubungkan dua tempat suci yang sangat penting bagi umat Islam – Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Al-Aqsa di Palestin.

    Kedua-duanya bukan sekadar tempat ibadah tetapi juga simbol kehormatan dan kekuatan umat Islam. Masjid Al-Aqsa, dengan segala sejarah dan keberkatannya adalah tempat yang dipilih oleh Allah untuk menurunkan wahyu kepada Rasulullah.

    Perjalanan Rasulullah ini juga menjadi peringatan bahawa Masjid Al-Aqsa adalah milik umat Islam dan sudah semestinya ia perlu dipertahankan dengan sepenuh hati. 

    Ketika Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Uthmaniah Turki didatangi oleh wakil Zionis Yahudi yang cuba membeli tanah Palestin, beliau dengan tegas menyatakan: 

    “Sesungguhnya aku tidak akan melepaskan bumi Palestin kepada kamu meskipun sejengkal. Tanah Palestin bukanlah milikku tetapi ia adalah milik kaum Muslimin. Selagi aku masih hidup, sekiranya jasad aku dikerat sekalipun, aku tidak akan membiarkan bumi Palestin terlepas daripada pemerintahan Islam”.

    Kata-kata ini menggambarkan betapa pentingnya Masjid Al-Aqsa dan bumi Palestin bagi umat Islam serta tanggungjawab besar yang perlu digalas oleh seluruh masyarakat Muslim.

    Solat lima waktu

    Pada awalnya, Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk menunaikan solat 50 sehari semalam. 

    Rasulullah kemudian berjumpa dengan Nabi Musa AS yang menasihatkan baginda untuk memohon pengurangan bilangan solat kerana umat Islam akan menghadapi kesukaran untuk melaksanakannya. 

    Nabi Musa AS berkata, “Wahai Muhammad, umatmu tidak akan mampu menunaikan solat sebanyak itu. Kembalilah kepada Allah dan mohonlah pengurangan”.

    Maka, Rasulullah kembali menghadap Allah dan memohon, “Wahai Tuhanku! Berikanlah keringanan kepada umatku”.

    Allah SWT kemudian mengurangkan lima solat, menjadikannya 45 waktu. Rasulullah kembali menemui Nabi Musa dan berkata, “Allah telah mengurangkan lima solat dariku”.

    Namun, Musa berkata, “Umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu dan mohonlah pengurangan lagi.”

    Rasulullah pun kembali menghadap Maha Pencipta berkali-kali lagi sehingga akhirnya Allah berfirman;

    “Wahai Muhammad! Solat yang diwajibkan adalah lima kali sehari semalam. Pahala setiap satu solat yang didirikan akan diberi pahala sebanyak 10 kali ganda. 

    “Apabila mendirikan solat lima waktu sehari semalam, ganjaran pahala yang diberikan setara dengan mendirikan solat lima puluh kali”.

    Rasulullah kemudian kembali menemui Nabi Musa AS dan memberitahunya. Nabi Musa berkata, “Kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah kekurangan lagi.”

    Rasulullah pun menjawab, “Aku telah berulang kali menemui Tuhanku, aku berasa malu terhadap-Nya.”

    Peristiwa Israk Mikraj ini merupakan titik permulaan kepada ibadah solat lima waktu yang menjadi satu kewajipan bagi setiap Muslim. 

    Solat adalah ibadah yang tidak boleh dipandang ringan. Ia adalah kewajipan yang menghubungkan hamba dengan penciptanya. Melalui ibadah solat, seseorang itu dapat menghindari segala bentuk perbuatan keji dan maksiat.

    Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud: 

    “Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya, solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar dan Allah mengetahui segala yang kamu kerjakan.”

    Pengajaran di sebalik gambaran-gambaran Peristiwa Israk Mikraj

    Dalam perjalanan Mikraj, Rasulullah juga ditunjukkan pelbagai gambaran mengenai kehidupan manusia sebagai pengajaran. Setiap gambaran tersebut membawa makna yang mendalam dan perlu dijadikan iktibar untuk kita semua.

    • Bersedekah

    Rasulullah melihat golongan yang hidup dalam kemakmuran, diberi nikmat yang melimpah ruah dan rezeki yang tidak terhenti. Mereka adalah golongan yang gemar bersedekah kepada orang yang memerlukan. 

    Gambaran ini menjadi pengajaran bahawa memberi sedekah dan membantu mereka yang dalam kesusahan adalah amal yang mendatangkan keberkatan dan rahmat dari Allah.

    • Meninggalkan solat

    Rasulullah juga menyaksikan golongan yang memukul kepala mereka sendiri hingga berdarah dan mengulang perbuatan ini berkali-kali. 

    Ini adalah gambaran bagi mereka yang sengaja meninggalkan kewajipan solat dan mengundang azab serta kebinasaan ke atas diri mereka.

    • Zina

    Rasulullah turut melihat gelagat orang yang diberi hidangan daging yang lazat dan enak tetapi mereka memilih untuk memakan daging busuk dan mentah. 

    Ini menggambarkan golongan yang berzina walaupun mereka sudah mempunyai pasangan sah menurut hukum syariat. Tindakan mereka jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menjaga kehormatan dan kesucian diri.

    Kesemua gambaran ini mengandungi pengajaran yang amat besar bagi umat Islam. Setiap perbuatan dan amal yang kita lakukan di dunia ini akan mendapat balasan yang setimpal. 

    Allah tidak akan membiarkan perbuatan yang buruk tanpa balasan dan Dia akan memberi ganjaran yang besar bagi mereka yang sentiasa melakukan kebaikan. – RELEVAN

    featured islam israk mikraj pendidikan solat
    Artikel Terkini

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.