Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus
    • Guru bukan pengganti ibu bapa
    • Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu ?
    • Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?
    • 5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja
    • PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar
    • 10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua
    • Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026

      Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu ?

      May 14, 2026

      PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

      May 13, 2026

      Tidur cukup 8 jam tapi masih penat? Ini antara puncanya

      May 12, 2026

      Tabiat 20 saat ini bantu anda cegah penyakit berbahaya

      May 11, 2026
    • Kewangan

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026

      Disahkan bankrap? Fahami hak anda dan cara keluar daripada status muflis

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026

      Ibu sentiasa bersama kita, walau sudah tiada – kajian

      May 7, 2026

      Niat nak buat kenduri guna daging korban? Fahamkan dulu hukum ini

      May 5, 2026
    • Kerjaya

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 strategi orang bijak urus gaji kecil tapi hidup tenang

    5 strategi orang bijak urus gaji kecil tapi hidup tenang

    By Umi FatehahJanuary 24, 2025Updated:January 24, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 strategi orang bijak urus gaji kecil tapi hidup tenang. - GAMBAR HIASAN TOWFIQU BARBHUIYA/UNSPLASH

    RAMAI orang percaya bahawa untuk hidup tenang, gaji yang besar adalah kunci utamanya. Hakikatnya, bukan jumlah wang yang menentukan kebahagiaan tetapi bagaimana anda menguruskan wang tersebut. 

    Dengan strategi kewangan yang bijak, gaji kecil sekalipun boleh memberikan kehidupan yang selesa dan bebas daripada tekanan kewangan. Berikut adalah lima strategi yang digunakan oleh orang bijak untuk mengurus gaji kecil tanpa mengorbankan ketenangan hidup.

    1. Prioriti perbelanjaan mengikut keperluan

    Orang yang bijak kewangan akan sentiasa mendahulukan keperluan berbanding kehendak. Keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pengangkutan dan utiliti menjadi keutamaan sebelum memikirkan perbelanjaan untuk perkara lain. 

    Contohnya, anda tidak perlu berbelanja besar untuk membeli gajet terbaharu jika telefon sedia ada masih berfungsi dengan baik. Ini bermakna setiap sen yang dibelanjakan harus dipertimbangkan secara mendalam. 

    Anda boleh menggunakan kaedah seperti 50/30/20 untuk membuat keputusan perbelanjaan. Dalam kaedah ini, 50 peratus pendapatan diperuntukkan untuk keperluan asas, 30 peratus untuk kehendak dan 20 peratus untuk simpanan atau pelaburan. 

    Apabila keperluan asas terurus, anda akan rasa lebih tenang dan tidak tertekan dengan kewangan.

    1. Rancang bajet bulanan 

    Perancangan kewangan adalah kunci kepada pengurusan wang yang baik. Tanpa bajet bulanan, gaji kecil boleh habis begitu sahaja sebelum hujung bulan, meninggalkan anda dengan rasa tertekan dan cemas. 

    Orang yang bijak kewangan akan membuat perancangan bajet mematuhinya. Setiap perbelanjaan akan direkodkan dan dipantau supaya tidak melebihi kemampuan. 

    Anda boleh menggunakan aplikasi kewangan yang tersedia di App Store atau Play Store untuk membantu memantau perbelanjaan. 

    Bajet ini juga membantu mengenal pasti perbelanjaan yang boleh dipotong atau dikurangkan. Contohnya, jika anda mendapati perbelanjaan makan di luar terlalu tinggi, mulakan dengan memasak sendiri di rumah untuk menjimatkan kos.

    1. Jadikan simpanan sebagai keutamaan

    Orang bijak kewangan tidak menunggu ada lebihan duit untuk mula menyimpan. Sebaliknya, mereka menjadikan simpanan sebagai satu komitmen bulanan yang wajib. 

    Simpanan adalah perlindungan kewangan yang penting untuk kecemasan, perancangan masa depan atau sekadar memberikan ketenangan minda. 

    Salah satu cara yang mudah adalah dengan menetapkan auto-debit ke akaun simpanan setiap kali gaji masuk. Walaupun jumlah yang disimpan kecil, seperti 10 peratus daripada gaji, ia tetap memberi impak besar dalam jangka panjang. 

    Bayangkan jika anda menyimpan RM200 setiap bulan. Anda sudah mempunyai RM2,400 dalam setahun tanpa sedar. Dengan simpanan ini, anda boleh menghadapi situasi tidak terduga tanpa perlu berhutang.

    1. Cari cara untuk berjimat tanpa menjejaskan kualiti hidup

    Berjimat tidak semestinya anda perlu hidup dalam keadaan serba kekurangan atau tidak menikmati kehidupan. Orang yang bijak kewangan mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan tanpa menjejaskan kualiti hidup. 

    Sebagai contoh, anda boleh menggunakan pengangkutan awam untuk mengurangkan kos petrol dan tol. Selain itu, memasak sendiri di rumah adalah salah satu cara berjimat yang popular. 

    Anda juga boleh memanfaatkan promosi atau kupon diskaun semasa membeli barangan keperluan. Pada masa yang sama, belajar untuk berkata tidak kepada pembelian impulsif. 

    Contohnya, jika anda sering membeli kopi mahal setiap hari, anda boleh cuba menggantikannya dengan membuat kopi sendiri di rumah. Langkah kecil seperti ini mampu menjimatkan ratusan ringgit setiap bulan.

    1. Jana pendapatan tambahan secara kreatif

    Jika gaji sedia ada masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan, anda boleh mempertimbangkan untuk menjana pendapatan tambahan. Ramai orang bijak kewangan tidak hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan. 

    Mereka mencari peluang untuk menambah pendapatan melalui pekerjaan sampingan atau side hustle yang sesuai dengan kemahiran atau minat mereka. Sebagai contoh, jika anda mempunyai kemahiran menulis, pertimbangkan untuk jana pendapatan tambahan sebagai penulis bebas. 

    Jika anda suka memasak, mungkin anda boleh menjual makanan secara dalam talian. Pendapatan tambahan ini bukan sahaja membantu menampung keperluan kewangan tetapi juga boleh digunakan untuk meningkatkan simpanan. – RELEVAN

    Previous ArticleCeburi kerjaya bidang keselamatan siber
    Next Article Ringkasan peristiwa Israk Mikraj dan pengajarannya kepada umat Islam

    Artikel berkaitan

    Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

    May 15, 2026

    Guru bukan pengganti ibu bapa

    May 15, 2026

    Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu ?

    May 14, 2026

    Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

    May 14, 2026

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    May 13, 2026

    PCOS kini dikenali sebagai PMOS, ini sebab nama penyakit itu ditukar

    May 13, 2026
    Artikel Terkini

    Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

    May 15, 2026

    Guru bukan pengganti ibu bapa

    May 15, 2026

    Bahaya atau tidak jika jari kaki berbulu ?

    May 14, 2026

    Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

    May 14, 2026

    5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

    May 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.