Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » YOLO: Konsert, melancong atau menabung?

    YOLO: Konsert, melancong atau menabung?

    By Umi FatehahDecember 23, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    YOU Only Live Once atau YOLO sering menjadi alasan untuk menikmati hidup sepenuhnya tanpa penyesalan di kemudian hari. 

    Sama ada membeli tiket konsert artis kegemaran, merancang percutian impian atau menabung untuk masa depan, setiap keputusan mencerminkan cara kita memberi nilai kepada kehidupan. 

    Namun, di sebalik konsep YOLO, penting untuk mempertimbang kesan keputusan ini terhadap kewangan dan matlamat jangka panjang.

    Jadi, mana satu pilihan terbaik? Menikmati pengalaman sekali seumur hidup atau memikirkan langkah yang lebih bijak untuk masa depan?

    Tiket konsert: Saat yang mungkin tidak akan berulang

    Mendapatkan peluang menonton persembahan artis kegemaran secara langsung adalah sesuatu yang luar biasa. Setiap lagu yang dinyanyikan, sorakan bersama ribuan peminat lain akan mencipta kenangan yang sukar ditandingi.

    Namun, tiket konsert bukanlah murah, lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan artis antarabangsa atau legenda rock dunia. Harga boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit, bergantung pada lokasi dan jenis tempat duduk. 

    Sekiranya kewangan anda stabil, menghadiri konsert mungkin menjadi pelaburan emosi yang berbaloi. Tetapi jika ia memaksa anda mengetepikan keperluan penting atau menambah hutang, YOLO mungkin perlu ditangguhkan seketika.

    Melancong: Pengalaman yang mengubah perspektif

    Bagi mereka yang percaya dengan YOLO, melancong sering berada di tempat teratas senarai keinginan. Mengembara membuka peluang untuk meneroka dunia, belajar budaya baharu dan mencipta kenangan manis. 

    Namun, melancong juga memerlukan bajet yang kukuh. Dari tiket penerbangan hingga penginapan dan makanan, kos boleh meningkat dengan cepat. 

    Perancangan awal seperti mencari promosi dan merancang destinasi yang sesuai dengan kemampuan dapat memastikan pengalaman melancong selaras dengan pegangan YOLO tanpa melibatkan krisis kewangan.

    Menabung: YOLO dengan bijak

    Mungkin menabung kelihatan kurang menarik berbanding menikmati konsert atau melancong tetapi ia sebenarnya adalah asas kepada falsafah YOLO yang lebih bertanggungjawab. 

    Menabung memberikan anda kebebasan kewangan untuk menikmati detik-detik berharga di masa depan tanpa beban hutang.

    Sebagai contoh, menyimpan 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan setiap bulan boleh membantu anda mencapai impian besar seperti bercuti ke destinasi idaman atau menghadiri lebih banyak konsert di masa hadapan. 

    YOLO tidak semestinya bermaksud membelanjakan segala-galanya sekarang, ia juga boleh bermaksud merancang untuk masa depan yang lebih menyeronokkan.

    Seimbangkan keseronokan dalam hidup dan kewangan

    Mempraktikkan konsep YOLO tidak bermakna anda perlu mengabaikan tanggungjawab kewangan. Sebaliknya, ia tentang membuat keputusan yang memberi rasa bahagia tanpa menjejaskan kestabilan kewangan.

    Untuk mencapai keseimbangan;

    • Tetapkan keutamaan: Tentukan perkara yang paling penting untuk anda. Adakah pengalaman jangka pendek atau kestabilan jangka panjang?
    • Bajet untuk keseronokan: Asingkan sebahagian kecil pendapatan untuk menikmati pengalaman seperti konsert atau melancong tetapi pastikan keperluan lain tidak diabaikan.
    • Rancang dengan bijak: Untuk konsert atau melancong, cari promosi awal atau tawaran istimewa yang boleh mengurangkan kos.

    – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.