Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa kurus tidak semestinya sihat?

    Kenapa kurus tidak semestinya sihat?

    By Umi FatehahDecember 13, 2024Updated:December 13, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa kurus tidak semestinya sihat? - GAMBAR HIASAN GABBY K/PEXELS

    DALAM masyarakat moden hari ini, tubuh kurus sering dianggap sebagai simbol kesihatan dan kecantikan ideal. 

    Ramai yang terpengaruh dengan standard kecantikan yang mempromosi tubuh ramping bak model Victoria’s Secret sebagai matlamat utama tanpa memikirkan keadaan kesihatan dalaman. 

    Adakah tubuh kurus benar-benar menjamin seseorang itu sihat? 

    Jawapannya – tidak semestinya. Tubuh yang kelihatan kurus dari luar tidak bermaksud bebas daripada masalah kesihatan. Berikut adalah beberapa sebab mengapa persepsi ini perlu diubah.

    1. Komposisi tubuh lebih penting daripada berat badan

    Berat badan bukanlah satu-satunya penanda kesihatan. Apa yang lebih penting adalah komposisi tubuh termasuk peratusan lemak badan, jisim otot dan lemak visceral. 

    Lemak visceral iaitu lemak yang mengelilingi organ dalaman, boleh wujud walaupun seseorang kelihatan kurus. 

    Lemak jenis ini adalah berbahaya kerana ia meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan masalah jantung.

    Sebaliknya, individu yang berbadan gempal tetapi aktif secara fizikal dan mempunyai jisim otot yang baik mungkin lebih sihat daripada individu kurus yang tidak menjaga gaya hidup. Oleh itu, kesihatan tidak boleh diukur berdasarkan berat badan sahaja.

    1. Gaya hidup tidak sihat

    Kurus tidak semestinya bermakna seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Ada individu yang kelihatan kurus tetapi mempunyai tabiat pemakanan yang buruk seperti mengambil makanan segera, makanan diproses atau minuman bergula dalam jumlah yang berlebihan. 

    Mereka mungkin kekal kurus kerana kadar metabolisme yang tinggi atau faktor genetik tetapi ia tidak bermakna organ dalamannya sihat.

    Selain itu, kurang bersenam adalah satu lagi faktor yang sering diabaikan. Individu kurus yang tidak aktif secara fizikal masih terdedah kepada risiko kesihatan seperti penurunan ketumpatan  tulang (bone density), kelemahan otot dan sindrom metabolik.

    1. Masalah kesihatan tersembunyi

    Tubuh kurus juga tidak memberikan imuniti daripada penyakit kronik. Penyakit seperti kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau penyakit hati berlemak boleh menyerang individu yang berat badannya normal atau di bawah paras purata. 

    Malah, ada kajian yang menunjukkan bahawa individu dengan Indeks Jisim Tubuh (BMI) rendah mungkin lebih berisiko mengalami masalah kesihatan tertentu terutamanya jika mereka kekurangan nutrisi penting.

    Selain itu, tubuh kurus kadangkala menjadi petanda kepada masalah kesihatan tersembunyi seperti hipertiroidisme, masalah penghadaman atau gangguan pemakanan seperti anoreksia nervosa. 

    Individu yang kelihatan kurus mungkin sebenarnya mengalami kehilangan berat badan yang tidak sihat atau tidak terkawal.

    1. Kesihatan mental dan hubungannya dengan berat badan

    Kesihatan bukan hanya melibatkan aspek fizikal tetapi juga mental. Individu yang kelihatan kurus mungkin sedang bergelut dengan tekanan, kecemasan atau masalah gangguan pemakanan yang serius. 

    Ada yang mengekalkan tubuh kurus melalui cara yang tidak sihat seperti mengamalkan diet ekstrem, mengambil pil pelangsing atau bersenam secara berlebihan.

    Gangguan pemakanan seperti anoreksia nervosa atau bulimia sering dikaitkan dengan tekanan sosial untuk kelihatan kurus. 

    Individu yang menghadapi masalah ini mungkin kelihatan sihat di mata orang lain tetapi sebenarnya sedang mengalami kemerosotan kesihatan mental dan fizikal.

    1. Pemahaman tentang kesihatan menyeluruh

    Kesihatan holistik adalah pendekatan menyeluruh yang mengambil kira kesejahteraan fizikal, mental dan emosi. Keadaan kesihatan secara menyeluruh adalah lebih penting daripada mengejar tubuh kurus semata-mata.

    Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kesihatan holistik:

    • Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien, termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, protein berkualiti tinggi dan bijirin penuh. Kurangkan makanan yang tinggi gula dan lemak tepu.
    • Lakukan senaman secara berkala, sekurang-kurangnya 30 minit sehari seperti berjalan kaki, berlari atau berbasikal. Senaman bukan sahaja membantu membakar kalori tetapi juga meningkatkan kesihatan jantung dan mood.
    • Tidur berkualiti adalah penting untuk pemulihan badan dan kesihatan mental. Kekurangan tidur boleh memberi kesan negatif kepada imuniti dan produktiviti harian.
    • Amalkan teknik seperti yoga, meditasi atau aktiviti kreatif yang dapat membantu mengurangkan tekanan.
    1. Fokus kepada kesejahteraan, bukan berat badan

    Daripada menjadikan berat badan sebagai ukuran utama, kita harus mengutamakan kesejahteraan keseluruhan. Ini termasuk rasa cergas, bertenaga dan bebas daripada penyakit walaupun berat badan kita mungkin tidak berada dalam julat ideal.

    Adalah penting untuk menyedari bahawa kurus tidak semestinya bermakna seseorang itu sihat. 

    Kesihatan adalah konsep yang kompleks, merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti pemakanan, aktiviti fizikal, kesihatan mental dan gaya hidup. Penilaian kesihatan haruslah berdasarkan kesejahteraan keseluruhan, bukan semata-mata pada saiz tubuh.

    Masyarakat perlu mengubah persepsi terhadap saiz tubuh. Sebaliknya, fokuslah kepada membina gaya hidup sihat, mengamalkan pemakanan yang seimbang dan menjaga kesihatan mental. 

    Jangan jadikan kurus sebagai matlamat utama. Sebaliknya, fokuskan kepada kesihatan menyeluruh. – RELEVAN

    Previous ArticleMinat bermain permainan video? Jadikannya sebagai kerjaya!
    Next Article Louis Cartier: Tukang emas yang mencipta jam tangan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.