Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gen Z sudah dewasa dan mula mendominasi dunia pekerjaan

    Gen Z sudah dewasa dan mula mendominasi dunia pekerjaan

    By Umi FatehahOctober 29, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Gen Z sudah dewasa dan mula mendominasi dunia pekerjaan. - GAMBAR HIASAN MIMI THIAN/UNSPLASH

    ANAK-anak Gen Z sudah besar. Mereka – generasi yang dilahirkan antara 1997 hingga 2012 – bakal mengganti generasi Baby Boomers dalam pasaran kerja separuh masa. 

    Gen Z hadir ke pejabat dengan membawa semangat segar, tingkah laku dan jangkaan yang berbeza dengan generasi sebelumnya.

    Kajian yang dijalankan oleh  bekas penyelidik kanan di Stanford’s Center for Advanced Study in the Behavioral Sciences (CASBS), Roberta Katz, mendapati beberapa ciri unik generasi Gen Z bakal mempengaruhi dunia pekerjaan. 

    Berikut adalah beberapa ciri utama yang dibawa oleh Gen Z ke tempat kerja:

    1. Gen Z menjangkakan perubahan berterusan

    Gen Z membesar dalam dunia yang sangat berbeza di mana perubahan teknologi berlaku pada kelajuan tinggi dan membawa impak besar kepada cara berinteraksi. 

    Bagi mereka, perubahan bukanlah sesuatu yang asing atau luar biasa – ia adalah satu kebiasaan.

    Dengan membesar dalam dunia yang penuh ketidaktentuan, generasi itu telah membentuk daya tahan dan fleksibiliti yang kuat dan membuka minda mereka kepada idea-idea baharu serta lebih kritis terhadap cara sesuatu tugasan dilaksanakan.

    1. Gen Z bersikap realistik

    Generasi itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi lebih berdikari dalam mencari maklumat. 

    Oleh kerana dilahirkan pada zaman teknologi yang berkembang pesat, mereka memanfaatkan internet sebagai sumber utama untuk menyelesaikan tugasan dengan pengawasan (supervision) yang minimum.

    Gen Z bukan sekadar menerima maklumat, mereka juga ingin tahu sebab di sebalik sesuatu keputusan atau tindakan. 

    Bagi mereka, tidak semestinya orang lebih tua adalah pakar dalam segala perkara. Sebaliknya, mereka cenderung untuk menilai sesuatu dengan pandangan kritikal dan pragmatik.

    Gen Z juga tidak gentar untuk mencabar kelaziman atau bertanya, “Mengapa tugasan perlu diselesaikan dengan cara ini?” 

    Mereka mungkin tidak selalu betul namun mereka mendekati sesuatu dengan perspektif yang berbeza.

    1. Gen Z mahu membuat perubahan

    Gen Z bukan sahaja menjangkakan perubahan, mereka bersemangat untuk melihat pembaharuan berlaku. Mereka sedar akan isu-isu kompleks seperti perubahan iklim dan ketidakadilan. 

    Mereka ingin melihat majikan memainkan peranan dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dan memberi impak positif kepada dunia.

    Anak-anak muda mungkin akan memastikan majikan mereka bertanggungjawab terhadap isu-isu yang mereka pedulikan. 

    Namun begitu, Katz menyedari bahawa bagi sesetengah majikan, ia sukar malah mungkin tidak realistik untuk sentiasa bersikap neutral dalam isu-isu sensitif atau bersifat politik.

    1. Gen Z mengutamakan kolaborasi dan kerjasama

    Bagi sesetengah Gen Z, dunia digital memberi ruang untuk membina identiti dalam media sosial dan komuniti dalam talian. 

    Bermula dengan platform kolaboratif seperti di X hingga ke media sosial lain yang berkumpul demi minat bersama, budaya kolaborasi ini membentuk pendekatan mereka terhadap kerja berpasukan.

    Gen Z menghargai semangat bekerjasama dan berharap semua orang yang terlibat turut mementingkan kebaikan bersama. Bagi mereka, kerjasama adalah kaedah terbaik untuk mencapai matlamat.

    1. Gen Z memilih pemimpin berdasarkan konsensus

    Gen Z tidak terlalu mengutamakan hierarki. Mereka lebih menghargai kepimpinan yang berpandukan kepakaran dan situasi semasa. 

    Jiwa-jiwa muda itu cenderung kepada model kepimpinan yang ‘berputar’ di mana ahli pasukan bergilir-gilir memimpin berdasarkan kepakaran masing-masing atau kepimpinan kolaboratif yang melibatkan ramai pihak dalam organisasi.

    Gen Z mahukan ketelusan dan lebih suka pemimpin yang berkhidmat untuk manfaat kumpulan.

    1. Gen Z prihatin terhadap keseimbangan kerja-kehidupan dan kesihatan mental

    Gen Z membesar dalam era di mana jadual kerja yang fleksibel menjadi lebih umum. Tetapi pada masa yang sama, wujud tekanan untuk sentiasa dalam mod ‘sedia untuk kerja’ atau ‘baik bos, saya akan buat’.

    Disebabkan itu, orang-orang muda amat peka terhadap kepentingan membezakan masa kerja dan waktu peribadi.

    Mereka sangat mengutamakan keseimbangan kerja-kehidupan serta menjaga kesihatan mental dan fizikal. 

    Bagi mereka, pengalaman hidup lebih penting daripada sekadar bekerja dan setiap waktu akan dinikmati sepenuhnya agar kehidupan di luar pekerjaan tidak bosan tanpa warna kehidupan.

    1. Gen Z mengutamakan kepercayaan dan keaslian

    Bagi Gen Z, keaslian berkait rapat dengan kepercayaan – kata-kata dan tindakan perlu selaras. 

    Mereka menghargai keterbukaan dan kejujuran serta komunikasi yang saling menghormati.

    Bagi majikan, Katz menyarankan agar mereka bersedia mendengar pandangan berbeza dalam mencapai sesuatu matlamat. Ini kerana Gen Z membawa perspektif yang segar dan inovatif, sebagai generasi dengan pandangan ke arah masa depan. – RELEVAN

    featured gen z kerja kerjaya
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.