Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2025: Baik pulih prasarana serta penguasaan literasi dan numerasi

    Belanjawan 2025: Baik pulih prasarana serta penguasaan literasi dan numerasi

    By Umi FatehahOctober 21, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Belanjawan 2025: Baik pulih prasarana serta penguasaan literasi dan numerasi. - GAMBAR HIASAN IQBAL HAMDAN

    PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 berkata, keutamaan kerajaan kekal untuk memastikan ruangan pembelajaran yang selesa, selamat dan bermakna untuk anak-anak menimba ilmu. 

    Untuk itu, Kementerian Pendidikan diberi peruntukan tertinggi dalam sejarah, iaitu sebanyak RM64.1 bilion berbanding RM58.7 bilion tahun sebelumnya.

    “RM2 bilion disediakan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara manakala RM1 bilion khusus untuk menyelenggara semua jenis sekolah terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur.

    “Ia termasuk di sekolah kebangsaan, sekolah cina, sekolah tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas OKU,” jelasnya.

    Selain itu, dana sebanyak RM1 bilion pula diberikan bagi menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

    Pembinaan sekolah baharu

    Kerajaan juga mempunyai rancangan membina 44 sekolah baharu pada tahun hadapan. 

    Antaranya termasuk SK Bandar Putra Indah, Batu Pahat, Johor; SMK Bandar Seri Putra (2), Hulu Langat, Selangor; SMK Lok Kawi, Putatan, Sabah; SMK Semeling, Sungai Petani, Kedah dan SK Dudong, Sibu, Sarawak.

    Capaian internet untuk sekolah desa dan pedalaman

    Dalam pada itu, bagi mendapatkan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman, kerajaan bersetuju melaksanakan Program Ketersambungan Infrastruktur Jalur Lebar Talian Tetap ke sekolah-sekolah luar bandar.

    Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM100 juta ringgit. Projek Point of Presence (POP) sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan lebih RM800 juta.

    “Alhamdulillah, berkat kesungguhan semua, kita berjaya membaik pulih tandas lebih 8,300 sekolah dalam masa singkat. Tumpuan seterusnya adalah untuk membaik pulih kemudahan lain seperti kantin dan surau dengan peruntukan RM100 juta.

    “Kemudahan lain seperti dewan juga dinaik taraf melalui komitmen badan swasta dan syarikat kerajaan. 

    “Saya menyeru supaya badan swasta, alumni dan dermawan untuk mengambil tanggungjawab korporat menyumbang ke arah persekitaran sekolah anak-anak yang selesa,” tambahnya.

    17 jenis bantuan pendidikan

    Menurutnya lagi, hanya ketinggian ilmu yang dapat mengeluarkan rakyat dari kepompong kedaifan hidup melarat. Justeru, pada tahun hadapan, 17 jenis bantuan pendidikan terus disediakan dengan peruntukan sebanyak RM5.3 bilion.

    Antara 17 jenis bantuan pendidikan tersebut ialah:

    • Bantuan makanan asrama diperuntukkan RM2 bilion.
    • Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menerima peruntukan sebanyak RM870 juta. RMT bakal memanfaatkan lebih 860,000 murid.
    • Hampir RM800 juta Bantuan Awal Persekolahan disediakan kepada semua 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
    • Selain itu, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ditingkatkan kepada RM180 juta ringgit berbanding RM150 juta untuk tahun ini.
    • Bagi meningkatkan akses pendidikan pelajar dari keluarga susah, kerajaan bersetuju bayaran gaji atau upah kepada tenaga pengajar oleh institusi dan organisasi dengan objektif pendidikan yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 dibenarkan sebagai perbelanjaan kebajikan.

    Pendidikan awal kanak-kanak

    Tambahnya, pada tahun ini, sebanyak 122,000 murid Tahun 1 masih belum menguasai literasi dan numerasi. 

    “Pendidikan awal mustahak kerana tempoh ini tumbesaran otak berkembang paling pesat seraya perlu dilentur dan dididik sejak awal. 

    “Tahun hadapan, kerajaan akan membina prasekolah baharu untuk pendidikan awal kanak-kanak,” tegasnya.

    Antara sekolah baharu yang bakal dibina untuk kanak-kanak ialah:

    • 34 prasekolah baharu, antaranya di SK Pakatan Jaya, Kinta Utara, Perak dan SK FELDA Palong 1, Jempol, Negeri Sembilan.
    • 16 taska dan Tabika Kemas, antaranya di Gopeng, Segamat, Rompin dan Kota Samarahan.

    Di samping itu, bagi terus membantu ibu bapa mendapatkan perkhidmatan pendidikan awal dan penjagaan anak-anak, pelepasan cukai pendapatan individu ke atas bayaran yuran taska dan tadika dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2027. – RELEVAN

    Previous ArticlePasir Kucing SOAR Tofu: Pilihan terbaik untuk pemilik kucing yang sibuk
    Next Article Belanjawan 2025: Biasiswa ke universiti, peluang pendidikan dan latihan TVET

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.