Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawan 2025: Defisit, GST dan gaji minimum

    Belanjawan 2025: Defisit, GST dan gaji minimum

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 14, 2024Updated:October 16, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BELANJAWAN 2025 akan dibentangkan di Dewan Rakyat 18 Oktober ini. - GAMBAR HIASAN/JABATAN PENERANGAN

    BELANJAWAN 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini ialah belanjawan terakhir negara di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

    Rancangan lima tahun itu mungkin yang paling dramatik dalam sejarah Malaysia. Dari persediaan awal hingga penutupnya tahun hadapan, RMK12 melalui empat kali pertukaran kerajaan.

    Permulaan dan pertengahannya juga mencabar kerana negara dibadai pandemik Covid-19.

    Belanjawan 2025 akan menutup rancangan tersebut dan pastinya perhatian akan tertumpu ke Dewan Rakyat pada Jumaat ini. 

    Mencapai sasaran defisit fiskal

    Tajuk previu belanjawan oleh AmBank Economics pada 11 Oktober lalu: “All Eyes on Fiscal Deficit Target”. 

    Memenuhi sasaran defisit fiskal akan menjadi cabaran terbesar kerajaan dalam Belanjawan 2025. 

    Pada 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan sasaran defisit 3.2 peratus pada 2025. Ia sebelum kerajaan berjaya mencatatkan pengurangan defisit daripada 5.6 peratus pada 2022 kepada 5.0 peratus pada 2023.

    Tahun ini, menurut Penyelidikan Pasaran Global OCBC, kerajaan dijangka mencapai sasaran defisit 4.3 peratus, seterusnya memungkinkan pengurangan kepada 3.5 hingga 3.8 peratus pada 2025.

    Pengurangan defisit merupakan hasrat yang disuarakan kerajaan sejak awal berkuasa. Ia bertujuan memberikan ruang fiskal yang lebih besar untuk kerajaan melaksanakan rancangan demi rakyat.

    Pelbagai langkah telah diambil untuk mencapai hasrat tersebut, termasuk menghapuskan subsidi diesel.

    Malah, rasionalisasi subsidi petrol RON95 juga dijangka dilaksanakan tahun ini, walaupun belum ada apa-apa pengumuman rasmi yang dibuat.

    Usaha ke arah mencapai sasaran defisit pada tahun hadapan akan dapat dilihat dalam pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat ini.

    GST yang samar-samar

    Dalam Kenyataan Prabelanjawan bagi Belanjawan 2025 yang diterbitkan Julai lalu, kerajaan menggariskan tiga matlamat, iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta tatakelola baik dan reformasi sektor awam.

    Teras menaikkan siling bermaksud kerajaan akan menstruktur semula ekonomi dan meningkatkan daya saing bagi menjadikan Malaysia peneraju ekonomi rantau Asia.

    Komponennya termasuk keterjaminan dan kemampanan ekonomi yang boleh dikaitkan dengan sasaran mengurangkan defisit fiskal.

    Untuk mencapai hal tersebut, selain mengurangkan perbelanjaan tidak perlu dan menghapuskan ketirisan, kerajaan perlu meningkatkan hasil. Disebabkan itu, ada ura-ura bahawa kerajaan akan mengembalikan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

    Menurut AmBank Economics, perubahan terhadap cukai berasaskan kepenggunaan seperti GST adalah penting memandangkan peningkatan cukai langsung lebih berkemungkinan memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi.

    Walau bagaimanapun, kerajaan telah berkali-kali menafikan hasrat mengembalikan GST. 

    Anwar pada 13 Oktober berkata, GST hanya akan dikembalikan apabila kerajaan berjaya meningkatkan ambang gaji kepada minimum RM3,000 hingga RM4,000.

    Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada 14 Oktober pula berkata, kerajaan ada ruang mengoptimumkan perbelanjaan untuk mencapai sasaran defisit, walaupun tidak melaksanakan langkah peningkatan hasil seperti memperkenalkan GST.

    Lantai gaji untuk rakyat

    Satu lagi matlamat Ekonomi Madani yang digariskan dalam Kenyataan Prabelanjawan pada Julai lalu ialah menaikkan lantai. 

    Ini bermaksud kerajaan akan meningkatkan taraf hidup rakyat dengan memastikan kesaksamaan peluang, taraf hidup yang baik dan perlindungan sosial untuk semua.

    Komponen yang paling mendapat perhatian dalam pembentangan belanjawan nanti pastinya pekerjaan bermakna dan berpendapatan tinggi. 

    AmBank Economics menjangkakan kadar gaji minimum baharu akan diumumkan dalam Belanjawan 2025, memandangkan cadangan kadar tersebut telah dibentangkan kepada Kabinet oleh Kementerian Sumber Manusia pada September lalu.

    Menurut institut penyelidikan itu, kadar baharu dijangka sebanyak kira-kira RM1,700, peningkatan RM200 berbanding kadar ditetapkan pada 2022.

    Mei lalu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mencadangkan kadar gaji minimum sebanyak RM2,102. Walau bagaimanapun, peningkatan mendadak sebegitu mungkin sukar dilaksanakan kerajaan.

    Tambahan lagi, kerajaan telah melaksanakan projek rintis Dasar Gaji Progresif yang turut dijangka membawa perubahan kepada struktur gaji pekerja di Malaysia.

    Peningkatan kadar gaji pekerja – tidak kira melalui langkah apa, gaji minimum atau progresif – diperlukan untuk menaikkan taraf hidup rakyat. Lebih-lebih lagi ketika kadar pampasan pekerja di Malaysia masih di bawah 35 peratus.

    Sehubungan itu, pengumuman berkenaan usaha terbaharu kerajaan dalam soal gaji pasti ditunggu-tunggu rakyat dalam pembentangan Belanjawan 2025 Jumaat ini. – RELEVAN

    Previous ArticleHadiah buat ibu cetus minat gubah bunga
    Next Article Belanjawan 2025: Kebajikan rakyat, pacu ekonomi dan cukai baharu

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.