Facebook Twitter
    Trending
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    • Tips makan luar secara sihat
    • Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025

      5 makanan ini perlahan-lahan ‘membunuh’ anda

      November 12, 2025

      Bangun pagi rasa lemau? ini mungkin puncanya

      November 12, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bahaya jadi terlalu bijak di tempat kerja

    Bahaya jadi terlalu bijak di tempat kerja

    By Umi FatehahSeptember 10, 2024Updated:October 14, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa tak boleh tunjuk kita terlalu bijak di tempat kerja? - GAMBAR HIASAN YANKRUKOV/PEXELS

    SETIAP pagi, Batrisyia tiba di pejabatnya dengan semangat – bersedia untuk kalahkan setiap cabaran yang mendatang.

    Dengan secawan kopi di tangan, dia menuju ke mejanya sambil menyapa kawan sekerja lain dengan riang. Tiba sahaja di meja, dia mula mengatur jadual dan menyusun tugasan yang perlu diselesaikan. 

    Sebagai orang paling bijak dalam jabatannya, dia terkenal dengan kemahiran menyelesaikan masalah dan ideanya yang mengalir seperti air terjun; segar dan tidak berpenghujung. 

    Apa sahaja masalah yang timbul, bos dan rakan sekerja mengharapkan Batrisyia dapat mencari penyelesaian. Secara tidak langsung, dia mula menjadi tulang belakang jabatannya. 

    Apabila terlalu bijak di tempat kerja jadi senjata makan tuan

    Sejak akhir-akhir ini, Batrisyia mula rasa terbeban dengan kecekapannya sendiri. Soalan dan tekanan yang tidak berkesudahan daripada bos dan peningkatan beban kerja kerana dia dianggap ‘paling boleh diharap’ mula memakan dirinya. 

    Hari bertukar menjadi minggu, Batrisyia mula melihat corak yang merisaukan – bos dan rakan sekerja menjadi terlalu bergantung terhadap Batrisyia. Disebabkan itu, letih, penat dan lesu mula menyelubungi dirinya. 

    Dia pun teringat kakaknya berpesan, “jangan tunjuk kita bijak sangat”

    Sudah belajar pandai-pandai, disuruh jangan jadi terlalu bijak pula. Kenapa tak boleh tunjuk kita terlalu bijak di tempat kerja?

    1. Beban kerja bertambah

    Sama seperti cerita Batrisyia di atas, bos dan rakan sekerja akan jadi terlalu bergantung kepada anda. Kerja yang sepatutnya perlu dibuat secara berpasukan pun mungkin perlu diselesaikan sendirian.

    Perkara itu mungkin bagus jika dipandang dari dua sudut: anda sudah dapat kepercayaan bos untuk menggalas tanggungjawab besar. Peluang untuk menerima kenaikan pangkat atau gaji mungkin berpihak kepada anda.

    Selain itu, anda juga dapat mempelajari kemahiran tambahan seperti kepimpinan, kemahiran mengurus projek penting dan sebagainya.

    Tetapi, tambahan beban kerja akan menyebabkan anda cenderung berasa tidak bermotivasi, letih melampau, perlu bekerja lebih masa dan tidak dapat menikmati keseronokan bekerja.

    1. Jangkaan tidak realistik 

    Pekerja bijak selalunya mempunyai jangkaan tinggi terhadap diri sendiri dan kadangkala terhadap orang lain juga. Perkara itu agak tidak realistik kerana tahap kebijakan atau kemampuan orang lain tidak sama dengan anda. 

    Anda mungkin menganggap bahawa tugas yang dianggap mudah akan sama mudahnya untuk rakan sekerja. Perkara itu akan membawa kepada kekecewaan apabila orang lain tidak memenuhi jangkaan anda. 

    Secara tidak langsung, ia akan merenggangkan hubungan dan mewujudkan persekitaran kerja toksik dek kerana rakan sekerja berasa tertekan atau tidak dihargai.

    Dari sudut lain, disebabkan orang bijak sering mempunyai jangkaan tinggi untuk diri sendiri, sekiranya sesuatu rancangan tidak berjalan seperti yang dirancang, anda akan menyalahkan dan menghukum diri sendiri. 

    Kritikan diri yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah keyakinan diri yang rendah dan rasa tidak cukup baik, walaupun hakikatnya mereka sudah melakukan yang terbaik.

    1. Kesihatan mental terganggu

    Berkait dengan jangkaan tidak realistik, anda akan menjadi individu perfectionist atau obses dengan kesempurnaan. 

    Ia menyebabkan anda menjadi terlalu fokus pada kesilapan kecil dan labelkan diri sebagai ‘gagal’ walaupun hasil kerja sebenarnya tidaklah seteruk yang disangkakan. 

    Tekanan akibat obses terhadap kesempurnaan akan menyebabkan kesihatan mental terganggu. Antara masalah yang mungkin dihadapi ialah kegelisahan melampau, dihantui kesilapan diri dan stres berpanjangan.

    1. Hilang keseimbangan antara kerja dengan kehidupan

    Disebabkan terlalu bijak, bos pula terlampau bergantung, beban kerja pun bertambah. Lama-kelamaan, anda menjadi terlalu biasa dengan kehidupan yang sentiasa bekerja menyebabkan anda menjadi seorang gila kerja (workaholic). 

    Justeru, anda tidak lagi hiraukan dengan keseronokan dalam kehidupan. Jauh di sudut hati, anda mungkin mahukan kehidupan yang penuh warna. Anda juga mahu luangkan masa melakukan hobi, bersosial atau hanya mahu tidur sepanjang hujung minggu. 

    Tetapi disebabkan beban kerja yang banyak membuatkan anda tergam di hadapan skrin komputer. Jangankan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan, kali terakhir anda gelak terbahak-bahak juga tak dapat diingat. 

    Tidak salah jadi pandai di tempat kerja tetapi berpada-padalah. Pandai di tempat kerja ini ibarat pedang bermata dua: ia mungkin menyumbang kepada perkembangan kerjaya tetapi tidak mustahil ia juga akan memakan diri sendiri. – RELEVAN

    bijak bos featured kerjaya pandai kerja pekerja cemerlang stres workaholic

    Artikel berkaitan

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025

    Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

    November 13, 2025
    Artikel Terkini

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025

    NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

    November 14, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.