Facebook Twitter
    Trending
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Misi PAKARESUME mahu bantu pencari kerja dapat tawaran pekerjaan

    Misi PAKARESUME mahu bantu pencari kerja dapat tawaran pekerjaan

    By Umi FatehahMay 24, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bermula sebagai bisnes suka-suka secara sendirian, kini Sara dan pakar HR lain berjaya menubuhkan syarikat sendiri dengan pekerja seramai 22 orang.

    SEBUT sahaja tentang mahu cari kerja, perkara pertama yang muncul di fikiran ialah resume. Tidak kiralah mahu mencari pekerjaan pertama atau kerja baharu, apa sahaja yang melibatkan proses pencarian dan pengambilan kerja, resume itu perkara paling utama.

    Semua orang mungkin tahu buat resume. Lebih-lebih lagi sekarang zaman sudah moden, segalanya sudah tersedia di internet. Tetapi, bukan semua jenis resume boleh mendapatkan anda kerja. 

    “Ramai orang masih belum cukup faham bagaimana cara untuk buat resume yang betul. Pembuatan resume yang bagus penting kerana ia mengandungi segala maklumat berkaitan kelayakan dan pengalaman anda untuk memohon kerja. 

    “Anggap sahaja ia seperti tiket untuk anda ‘jual’ kemahiran dan kelayakan kepada bakal majikan.

    “Definisi resume yang bagus juga bukan terletak pada rekaan atau penggunaan warna tetapi cara anda menyusun maklumat,” kata Jurulatih Kerjaya dan Pengasas PAKARESUME, Saraladewi Subramaniam.

    Saraladewi Subramaniam, PAKARESUME

    Sebelum menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu PAKARESUME, dia berpengalaman menjadi penyaring resume (resume screener) di sebuah agensi pekerjaan sejak 2014 lagi. Pendek kata, dia sudah menelaah berpuluh ribu jenis resume yang dihantar oleh pencari kerja.

    Ada yang pengalaman dan kemahirannya sangat layak untuk bekerja di bawah syarikat multinasional tetapi resumenya pula sehingga 15 muka surat. 

    “Calon ini mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan hampir 15 tahun. Disebabkan dia ada pengalaman yang sangat banyak, segala maklumat dilonggokkan dalam resume sehingga menjadi 15 muka surat.

    “Setelah diteliti setiap pengalaman dan kemahirannya, dia merupakan calon yang terbaik untuk saya sampaikan profilnya kepada pihak sumber manusia. Tetapi saya tahu, pihak sumber manusia tidak akan meneliti setiap muka surat dan resume akan ditolak. Jadi saya hubungi calon itu untuk membaiki apa yang perlu,” katanya.

    Nak dijadikan cerita, calon itu sedang bekerja di tengah laut dan tidak mungkin dia sempat melakukan penambahbaikan. Calon itu pula dalam keadaan yang terdesak mahukan kerja baharu di syarikat besar kerana dia satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga.

    Setelah dipujuk rayu dan atas rasa kasihan, Sara pun bersetuju untuk membantu calon tersebut. Berbekalkan pengalamannya, dia berjaya menghasilkan resume baharu untuk calon tersebut. Akhirnya, calon itu berjaya diterima bekerja di syarikat yang diimpikan. 

    Sejak itu, Sara lebih giat membantu orang sekelilingnya untuk membuat resume yang bagus. Pada awalnya dia sekadar membantu sahaja tetapi keluarga dan rakan-rakannya mencadangkan Sara untuk tawarkan khidmat membuat resume sebagai bisnes kecil-kecilan.

    Atas sokongan dan dorongan, Sara mula berkecimpung dalam dunia perniagaan dan menawarkan khidmat membuat resume pada 2020 ketika Covid mula menceroboh negara. Pada ketika itu, dia mula membina business page di Facebook dengan nama resumemurah.my sambil bekerja sepenuh masa sebagai Pembangun Android di Touch N’ Go. 

    Lama kelamaan, kesibukan kerja hakiki membuatkan dia tidak sempat untuk menguruskan bisnes kecil-kecilannya kerana menerima lebih 10-15 klien setiap hari lalu meminta bantuan adiknya menguruskan bahagian jualan dan pemasaran.

    Sehinggalah keadaan Covid semakin stabil, syarikat kedua yang Sara sedang bekerja pada ketika itu memintanya untuk mula bekerja di Singapura. Disebabkan sudah berkahwin, Sara enggan meninggalkan keluarga dan perniagaannya. Jadi, dia memutuskan untuk berhenti kerja dan mula fokus kepada perniagaannya.

    Detik kelahiran PAKARESUME

    Buat beberapa ketika semuanya berjalan dengan lancar tetapi sampai satu masa, keuntungan dan jualan mula jatuh. Sara ambil inisiatif untuk mendapatkan nasihat daripada jurulatih perniagaan. 

    “Nasihat jurulatih itu, kami perlu lakukan penjenamaan semula menggunakan nama yang lebih profesional dan sofistikated. Servis yang kami tawarkan ini bukan biasa-biasa kerana kami semua mempunyai latar belakang dalam bidang sumber manusia dan sangat arif tentang resume dan dunia pengambilan pekerja.

    “Kami bukan sahaja tawarkan servis resume yang bagus semata-mata tetapi juga maklumat dan panduan untuk bantu orang ramai dapatkan kerja yang lebih bagus,” katanya. 

    Jadi, pada 2023, resumemurah.my dijenamakan semula menjadi PAKARESUME. PAKARESUME ditubuhkan bersama pakarHR lain yang berpengalaman dalam proses pengambilan pekerja bagi membantu pencari kerja untuk membuat resume yang bagus.

    Selain resume, mereka juga membantu calon dengan mengajar mereka cara mencari kerja yang sesuai mengikut profil, pengalaman dan kelayakan. Sepanjang beroperasi tahun ini, 1,134 calon yang mendapatkan perkhidmatan mereka berjaya menerima tawaran kerja yang diinginkan.

    Bermula sebagai bisnes suka-suka secara sendirian, kini Sara dan pakar HR lain berjaya menubuhkan syarikat sendiri dengan pekerja seramai 22 orang. – RELEVAN

    Previous ArticleFarouk bakal dibuang sekolah kerana tonsurephobia
    Next Article 4 cara semak keputusan SPM

    Artikel berkaitan

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Artikel Terkini

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.