Facebook Twitter
    Trending
    • Cara elak duit habis sebelum masanya
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025
    • Kewangan

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kekaboo Kaseh Charity salur bantuan mingguan, infak 5,000 kampit beras

    Kekaboo Kaseh Charity salur bantuan mingguan, infak 5,000 kampit beras

    By May 6, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MENYEDARI kesusahan orang ramai ekoran kenaikan kos sara hidup telah membuat jenama tudung Kekaboo Sdn.Bhd. (Kekaboo) terpanggil untuk melaksanakan program Infaq Beras Kekaboo Kaseh Charity baru-baru ini.

    Program infak menerusi insiatif Kekaboo Kaseh Charity itu telah berlangsung di Kuala Krau, Temerloh, Pahang dan sebanyak 5,000 kampit beras telah diagihkan kepada orang ramai.

    Penduduk tidak kira bangsa, agama dan usia, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan sumbangan beras tersebut sejak awal pagi.

    Menurut Pengasas Bersama Kekaboo, Nur Hazwani Abdul Zainal, tujuan utama sumbangan itu adalah untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan di sekitar kawasan berkenaan.

    TAJUDDIN dan Nur Hazwani mahu berkongsi rezeki dan membantu mereka yang memerlukan menerusi Kekaboo Kaseh Charity.

    “Kenaikan harga barangan telah menjejaskan ramai orang dan sumbangan ini adalah antara usaha kami untuk membantu mereka yang memerlukan.

    “Perjalanan bisnes Kekaboo bukan sekadar meraih keuntungan, tetapi pada masa  sama kami mahu memberi semula kepada masyarakat dan mencari keberkatan dalam perniagaan yang telah beroperasi lebih 10 tahun,” katanya pada program Infaq Beras Kekaboo Kaseh Charity di Kuala Krau, Temerloh, Pahang baru-baru ini.

    Tambah Nur Hazwani atau lebih dikenali sebagai Wany, Kekaboo sudah terlibat dengan pelbagai program kebajikan sejak penubuhannya, namun program infak di Temerloh memberi makna yang berbeza memandangkan ia dilakukan di bandar kelahirannya dan suami, Tajuddin Nor yang juga Pengasas Kekaboo.

    Kekaboo Kaseh Charity merupakan inisitif kebajikan yang dilaksanakan oleh syarikat tersebut sejak 2014.

    Menerusi inisitif itu, syarikat tersebut memberi sumbangan tetap secara mingguan kepada badan kebajikan pada setiap Jumaat dan juga sumbangan-sumbangan kebajikan lain seperti tabung untuk Palestin.

    PENDUDUK di sekitar Kuala Krau tidak melepaskan peluang mendapatkan sumbangan beras daripada Kekaboo.

    Mengulas lanjut mengenai program Infaq Beras Kekaboo Kaseh Charity, Wany meluahkan rasa terharu dengan sambutan penduduk kampung dan kerjasama yang diberikan sepanjang program itu berlangsung.

    “Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, semua orang memberi kerjasama yang sangat baik. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ketua kampung, Tok Batin, Rela dan Polis.

    “Pada awalnya, saya dan suami agak risau tiada sambutan tetapi tidak menyangka 5,000 kampit beras berjaya diagihkan dalam tempoh kurang dua jam,”katanya.

    Program infak itu meninggalkan kenangan yang cukup manis buat Wany kerana ada yang datang memeluknya dan dia juga tidak putus menerima ucapan terima kasih.

    SEBANYAK 5,000 kampit beras diberikan kepada penduduk sekitar Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

    Jelas Wany, program ini antara yang terbesar yang pernah dilaksanakan oleh Kekaboo. Seramai 15 orang kakitangan terlibat dalam menjayakan Infaq Beras Kekaboo Kaseh Charity.

    “Program Infaq Beras Kekaboo Kaseh Charity adalah antara program kebajikan yang terbesar dilaksanakan oleh pihak kami dan lebih manis lagi saya serta suami berpeluang turut sama turun padang bagi menyampaikan sumbangan.

    “Saya rasa sangat seronok kerana dapat beramah mesra dan mengeratkan silaturahim dengan pendudukan kampung.

    “Perkara ini menjadi pendorong kuat buat kami untuk bekerja lebih keras lagi bagi membantu lebih ramai orang,” katanya.

    Wany memberitahu, Kekaboo akan meluaskan lagi program sebegini di pelbagai lokasi yang lain pada masa akan datang.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Cara elak duit habis sebelum masanya

    December 22, 2025

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.