Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Awas ketoksikan vitamin D, pengambilan berlebihan boleh bawa maut

    Awas ketoksikan vitamin D, pengambilan berlebihan boleh bawa maut

    By Zubaidah IbrahimApril 16, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TAHAP vitamin D 20 ng/mL adalah mencukupi untuk kesihatan tulang yang baik. - Foto Karyna Panchenko/Unsplash

    KITA digalakkan untuk bersederhana dalam segala hal termasuklah pengambilan pemakanan mahupun suplemen kesihatan walaupun ia sangat baik untuk tubuh badan tetapi jika berlebihan akan memberi kesan sangat buruk.

    Keadaan ini terjadi kepada seorang lelaki dari United Kingdom (UK) yang meninggal dunia kerana pengambilan vitamin D berlebihan sehingga mengakibatkan hiperkalsemia, keadaan yang jarang berlaku disebabkan oleh tahap vitamin D yang tinggi.

    Lelaki yang bernama David Mitchener itu merupakan seorang ahli perniagaan bersara berusia 89 tahun. Dia meninggal dunia tahun lalu akibat hiperkalsemia (pengumpulan kalsium dalam badan akibat tahap vitamin D yang berlebihan).

    Michener telah dimasukkan ke Hospital East Surrey pada 10 Mei 2023 dan disahkan meninggal dunia sepuluh hari kemudian.  

    Menurut laporan daripada penolong koroner di hospital itu, Jonathan Stevens, paras vitamin D lelaki itu berada pada tahap maksimum yang boleh direkodkan.

    Ketoksikan vitamin D disenaraikan sebagai salah satu faktor utama kematian Michener bersama dengan penyakit jantung kongestif, kegagalan buah pinggang kronik dan hiperkalsemia.

    Sebelum kematiannya, ujian menunjukkan tahap vitamin D Mitchener pada 380 ng/mL, tahap maksimum yang boleh direkodkan oleh makmal.

    Sebagai rujukan, laporan oleh Institut Perubatan (IOM) pada 2010 menganggarkan tahap vitamin D 20 ng/mL adalah mencukupi untuk kesihatan tulang yang baik.

    Laporan Stevens mengenai kematian Mitchener menimbulkan kebimbangan bahawa suplemen vitamin boleh menyebabkan risiko dan kesan sampingan yang berpotensi sangat serius apabila diambil secara berlebihan.

    “Tiada amaran pada atau dalam pembungkusan yang memperincikan risiko khusus atau kesan sampingan mengambil suplemen vitamin D.

    “Jika tindakan tidak diambil, terdapat banyak lagi risiko kematian akibat pengambilan vitamin D berlebihan pada masa akan datang,” kata Stevens. 

    Hiperkalsemia adalah keadaan perubatan yang jarang berlaku tetapi sangat serius yang boleh melemahkan tulang dan merosakkan buah pinggang dan jantung, gejala yang diperhatikan semasa bedah siasat Mitchener.

    Ia dikaitkan dengan pengambilan terlalu banyak vitamin D. Pengambilannya berleluasa ekoran pandemik Covid-19 apabila pengambilannya digalakkan untuk meningkatkan sistem imun.

    Malangnya, kebanyakan orang tidak faham bahawa mengambilan suplemen berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada tubuh badan.- RELEVAN

    Previous ArticleJom detoks badan selepas puas makan juadah raya agar kesihatan lebih terjamin
    Next Article Pokai di hujung bulan, apa yang boleh dibuat?

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.