Facebook Twitter
    Trending
    • Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama
    • Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda
    • Risiko guna telefon sambil makan
    • Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling
    • Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini
    • Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang
    • Petanda anda perlu mula buat ‘side income’
    • FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026

      Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

      April 29, 2026

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026
    • Kewangan

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026
    • Pendidikan

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026

      Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

      April 29, 2026

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026
    • Kerjaya

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Persaingan sengit pempengaruh AI dan manusia tulen

    Persaingan sengit pempengaruh AI dan manusia tulen

    By Zubaidah IbrahimApril 4, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LILY boleh mencipta gambar yang indah tanpa masa perjalanan yang panjang dan menambah kos perjalanan.

    KEMUNCULAN pempengaruh (influencer) daripada teknologi kecerdasan buatan (AI) yang kini semakin popular dan mendapat tempat di hati masyarakat, sedikit sebanyak bakal menggugat pempengaruh manusia tulen.

    Pendapatan yang diperoleh pempengaruh AI juga lebih lumayan. Contohnya, pencipta Lily Rain daripada platform Fanvue memperoleh sekitar AS$20,000 (RM94.803) sebulan. Lily hanya perlu muncul dalam foto perjalanan yang menakjubkan.

    Selain itu, pempengaruh AI yang dikenali sebagai Lexi Love memperoleh pendapatan AS$30,000 (RM142,202) sebulan dengan memainkan peranan sebagai seorang yang romantis. Lexi yang menjadi ‘teman wanita sempurna’ itu menarik minat lelaki yang dalam kesepian.

    Dua lagi model yang AI yang juga sangat popular iaitu Aitana Lopez mempunyai lebih 300,000 pengikut di Instagram dan Emilly Pelegrini yang digelar model terhangat di dunia telah diikuti seramai 282,000 orang.

    Sementara itu, nama Lily semakin hangat diperkatakan kini kerana popularitinya sebagai model untuk pelancongan (travel).

    Lily yang merupakan wanita muda dengan rupa paras jelita dan berperwatakan menarik muncul di dalam foto di pelbagai lokasi di dunia. Namun hakikatnya, foto ini sepenuhnya hasil kecerdasan buatan tetapi ia tidak mengganggu orang ramai untuk meminatinya.

    “Lily ialah contoh utama pencipta mengisi jurang dalam ruang pempengaruh travel.

    “Dia boleh mencipta gambar yang indah tanpa masa perjalanan yang panjang dan menambah kos perjalanan serta memanfaatkan musim yang berbeza untuk menarik penontonnya,”kata pencipta Lily.

    Menggunakan musim dan perjalanan yang bergaya membuatkan ramai yang terpegun dengan Lily

    Lily boleh kelihatan seperti seorang Kardashian yang menikmati perjalanan ski tahunannya di resort pergunungan terbaik dunia.

    Berbeza dengan pempengaruh manusia, mereka perlu melakukan banyak kerja untuk meraih perhatian peminat. Mereka perlu melabur sumber yang banyak untuk perbelanjaan perjalanan, alat solek yang sesuai dan almari pakaian untuk setiap musim serta lokasi.

    Di samping itu, mereka juga perlu membuat rancangan perjalanan dan mengikuti jadual yang ketat.

    Tetapi itu tidak terjadi kepada Lily yang boleh muncul dalam foto yang menakjubkan di lokasi eksotik dengan hanya beberapa klik daripada penciptanya.

    Menurut Fanvue, Lily Rain dijangka lebih menguntungkan apabila AI menjadi lebih arus perdana dan digunakan secara meluas.

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Fanvue, Will Monange memberitahu bahawa pencipta AI menyumbang 15 peratus daripada keuntungan Fanvue dan berlaku peningkatan 100 peratus daripada bulan sebelumnya. Sumbangan itu dijangka meningkat dengan ketara pada masa akan datang.

    Populariti pempengaruh Ai ini menyebabkan pempengaruh manusia terpaksa bekerja keras untuk bersaing dengan avatar yang kelihatan sangat sempurna ini. Pempengaruh perlu lebih kreatif dan mencari idea-idea baru untuk terus relevan.- RELEVAN

    Previous ArticleSeimbangkan kerja hakiki dan kerja sampingan dengan cara ini
    Next Article Melawan food coma selepas tersandar kenyang makan juadah raya

    Artikel berkaitan

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026

    Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

    April 29, 2026

    Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

    April 29, 2026

    Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

    April 28, 2026
    Artikel Terkini

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026

    Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

    April 29, 2026

    Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

    April 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.