Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » MAM 2024: Rai asnaf, anak yatim dan penganugerahan Pelajar Terbaik SAQ

    MAM 2024: Rai asnaf, anak yatim dan penganugerahan Pelajar Terbaik SAQ

    By March 29, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ADAM Riezky Mohamad Rizan (tengah) salah seorang pelajar terbaik SAQ menerima hadiah basikal daripada Yayasan Maghfirah.

    SERAMAI 350 orang asnaf dan anak yatim diraikan di dalam Majlis Amal Maghfirah 2024 (MAM) anjuran Yayasan Maghfirah di Bangi Avenue Convention Centre baru-baru ini.

    Penganjuran MAM adalah bertujuan meraikan para jemputan yang terdiri daripada anak yatim, orang kurang upaya (OKU), pelajar tahfiz dan anak-anak asnaf tajaan kelas Sahabat Al-Quran (SAQ), Yayasan Maghfirah untuk merasai kemeriahan berbuka puasa dengan juadah yang istimewa.

    Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato Zamri Hashim dan turut dihadiri oleh barisan tetamu kehormat, Pengerusi Eksekutif Yayasan Maghfirah dan Pengerusi Ahli Lembaga, Mohd. Sahrularifin Ab Manan; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah, Muhammad Shuib Norudin;  Duta Yayasan Maghfirah, Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi dan Duta Ramadan Yayasan Maghfirah Dr.Mohd. Erfino Johari.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Maghfirah Muhammad Shuib, MAM merupakan majlis yang dianjurkan dibawah projek kempen Raikan Ramadan 2024 yang dilancarkan pada 6 Februari lalu.

    “Kempen Raikan Ramadan ini membuka ruang dan peluang kebaikan merebut keberkatan Ramadan untuk masyarakat di Malaysia berkongsi rezeki bersama keluarga asnaf dan golongan yang memerlukan di luar sana.

    “Yayasan Maghfirah telah menyasarkan seramai lebih 10,000 orang bakal menerima manfaat kempen ‘Raikan Ramadan’ pada tahun ini dengan sasaran jumlah agihan sebanyak RM500,000.00.

    “Pada tahun lalu, Yayasan Maghfirah telah berjaya mengagihkan bantuan lebih RM300,000.00 kepada 10,609 asnaf di seluruh negara,” katanya ketika ditemui di Majlis Amal Maghfirah 2024 baru-baru ini.

    Tambah beliau, pihaknya juga membuat tiga agihan khusus Ramadan iaitu projek Kongsi Rezeki, Jiwa Peduli dan Infaq Al-Quran.

    Sementara itu, pada majlis yang sama turut berlangsung acara penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SAQ 2024 yang mana masing-masing dinobatkan kepada Adam Riezky Mohamad Rizan dan Ummu Hanani Mohamad Irwan.

    Muhammad Shuib berkata, pihaknya juga mahu membina jaringan pendidikan dari peringkat anak-anak, remaja, belia, dewasa dan warga emas.

    “Kefahaman kita dalam mewujudkan jaringan pendidikan ini bukan sahaja atas kefahaman dan pengalaman dakwah serta tarbiah tapi visinya disulami dengan firman Allah SWT dalam surah Al Furqan ayat 74 (penyejuk hati ibu ayah dan menjadi pemimpin orang bertakwa).

    “Kami mahu mewujudkan kesepaduan sistem dan modul pendidikan melalui modul arus perdana serta modul Maghfirah sendiri tentang adab-adab seharian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Disitu akan berlakunnya kesepaduan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kehidupan mereka.

    “Sehubungan itu, bagi merealisasikan hasrat itu kami bermula dengan SAQ yang kini penyertaannya sudah menjangkau seramai 800 orang di 18 cawaangan di Semenjung dan Sabah,” jelasnya.

    Di samping itu, pada tahun 2023, Maahad Tahfiz Al Maghfirah (MATAM) telah mula beroperasi dan bermula Mac ini dua cawangan Sekolah Rendah Islam Integrasi Maghfirah (SRII Maghfirah) akan mula beroperasi.

    Yayasan Maghfirah juga akan mewujudkan sekolah menengah berasrama penuh iaitu Maghfirah Islamic Leadership Boarding School (MILBOS) di atas tanah seluas 15 ekar di Lenggeng, Negeri Sembilan.- RELEVAN

    asnaf featured pelajar puasa Ramadan
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.