Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penjimatan ekstrem, mampu simpan RM353,887 dalam masa 2 tahun

    Penjimatan ekstrem, mampu simpan RM353,887 dalam masa 2 tahun

    By Zubaidah IbrahimMarch 18, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KWAK melakukan penjimatan yang ekstrem sehingga dia mampu menyimpan RM353,887 dalam masa dua tahun walaupun tidak bergaji besar.

    SEORANG wanita di Korea Selatan yang berusia 25 tahun telah mendapat perhatian ramai kerana komitmentnya untuk menyimpan wang walaupun tidak bergaji besar tetapi dia sangat berjimat.

    Tahun lalu, nama Ji-Hyeon Kwak pernah menjadi tajuk berita di Korea Selatan selepas membuat kemunculan dalam program televisyen popular iaitu Master of Living SBS.

    Pada masa itu, dia telah menjadi orang termuda di Korea Selatan yang memenangi langganan apartment (apartment subscription), pencapaiannya itu sangat mengagumkan kerana agak mustahil untuk orang muda memenanginya disebabkan tidak mempunyai simpanan yang banyak.

    Orang ramai digalakkan untuk menyimpan wang dalam akaun simpanan langganan itu untuk meningkatkan peluang mereka dan kebanyakan mereka yang berumur 24 tahun tidak mempunyai simpanan yang banyak.

    Tetapi Ji-Hyeon Kwak bukanlah remaja biasa anda. Dia telah berjaya menyimpan 100 juta won (RM353,887) dalam tempoh empat tahun dengan purata gaji RM 7,000 sebulan. Itu hanyalah permulaan.

    Kini sekali lagi, wanita muda itu kembali tular beberapa minggu lalu selepas dia mengumumkan telah berjaya menyimpan RM353,887 dalam masa dua tahun dan menyiarkan tangkapan skrin akaun simpanannya yang menunjukkan lebih 200 juta won.

    Selepas melakukan teknik penjimatan wang yang ekstrem, dia dapat menyimpan jumlah wang yang sama dalam tempoh empat tahun dengan hanya mengambil masa dua tahun.

    Kwak memberitahu pengikutnya di media sosial yang dia pada awalnya agak bimbang untuk menggandakan simpanan tetapi sebenarnya ia lebih mudah daripada yang difikirkannya. 

    “Selepas mencapai 100 juta won, saya merasakan bahawa kelajuan mengumpul wang semakin pantas.

    “Saya mahu menyimpan lebih banyak lagi dan hanya berbelanja dalam jumlah kecil untuk mencapai sasaran seterusnya 300 juta won,” katanya.

    Kwak kini mempunyai komuniti dalam talian yang berkembang pesat berikutan perjalanannya menyimpan wang dan dia turut berkongsi teknik menyimpan wang.

    Dia mempunyai 20,000 peminat di YouTube sahaja, tetapi apa sahaja wang yang dia peroleh melalui media sosial tidak diletakkan bersama wang simpanannya. Dia hanya mengira wang yang dia simpan daripada gajinya.

    Walaupun simpanan itu mungkin tidak kelihatan terlalu mengagumkan bagi seseorang yang mempunyai pekerjaan bergaji tinggi atau sumber pendapatan tambahan, bagi orang biasa yang berpendapatan rendah, ia adalah wang yang mengubah hidup.

    Mengenai cara dia berjaya menjimatkan sehingga 90 peratus daripada gaji bulanannya, Kwak berkata, dia sering membelanjakan sekurang-kurangnya 8,400 won (RM30) untuk makanan sebulan. 

    Selebihnya dia bergantung pada kupon diskaun, tawaran penjimatan, memanaskan air paip dan tidak membeli minuman serta memotong rambutnya sendiri.

    Ratu berjimat cermat itu berkongsi perbelanjaan bulanannya sebagai bukti bahawa dia mengamalkan apa yang dia kongsikan kepada orang ramai. 

    Sebagai contoh, pada bulan Januari, dia membelanjakan hanya 500,000 won (RM1,769) yang termasuk kos makanan, pengangkutan dan insurans.- RELEVAN

    Previous ArticleRamadan bukan bulan boros berbelanja, ikut 4 tip ini supaya lebih berhemah
    Next Article MAREA dan MPAJ gerakkan Program Kutipan Kitar Semula Strata 

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.