Facebook Twitter
    Trending
    • Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    • Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini
    • Kurangkan air manis, banyakkan air kosong
    • Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar
    • Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru
    • Realiti kesusahan mencari kerja
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025

      Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

      June 5, 2025

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pentas akhir ALI2023: Persembahan istimewa, juri dan hal-hal lain

    Pentas akhir ALI2023: Persembahan istimewa, juri dan hal-hal lain

    By March 6, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BARISAN juri yang akan menyumbangkan 70 peratus markah kepada peserta pentas akhir ALI2023. - KU SYAFIQ KU FOZI/RELEVAN

    PENTAS akhir Anugerah Lagu Indie (ALI) akan diadakan pada 7 Mac 2024, dengan tayangan eksklusif di saluran Youtube Anugerah Lagu Indie. 

    Pentas akhir kali ini membawakan kelainan apabila buat pertama kali kategori genre diperkenal. Sejak peringkat 30 terbaik, lagu-lagu dikelompokkan kepada kategori Pop, Rock dan Hip Hop.

    Mungkin ini faktor yang membuatkan banyak muka baharu berjaya layak ke peringkat akhir. Pecahan kategori memberikan peluang yang lebih setara untuk lagu-lagu dalam genre berbeza.

    Menjelang pentas akhir yang akan dilangsungkan di Spacerubix, Puchong nanti, Relevan bawakan enam perkara yang anda perlu tahu tentang ALI2023.

    • Lima hos

    ALI sinonim dengan pasangan penyampai Rakita, Bob dan Atoi yang telah mengacarakan ketiga-tiga pentas akhir anugerah itu sebelum ini.

    Namun, tahun ini ia sedikit berbeza apabila penyampai segmen Malam Rakita itu ditugaskan mengendali pentas belakang.

    Tugas mengemudi pentas akhir pula disandang penyampai Rakita, Aqilah Azali; penyanyi rap, Sophia Razak dan pengacara, Brother Big.

    • Juri

    Untuk edisi kali ini, tiada perubahan juri dilakukan untuk pentas akhir. Tujuh orang juri yang bertanggungjawab memilih lagu ke pentas akhir (dengan pemberat markah 70 peratus) turut diberi peranan memilih pemenang.

    Tujuh juri tersebut ialah Roshan Jamrock, Edwin Raj, Diandra Arjunaidi, Ariana Adnan, Juwita Suwito, AG Coco dan Wing Meng.

    Pada tahun ini juga, tiada ketua juri yang dilantik, sebaliknya setiap juri mempunyai kedudukan yang setara.

    • Wajah baharu

    Daripada 15 peserta yang bertanding, hanya Heidi Moru dan Ruang Hati yang pernah menjejakkan kaki ke pentas akhir ALI. Ini merupakan penampilan keenam Heidi dan kedua Ruang Hati, yang kini menjenamakan kolaborasi mereka sebagai Heidi And Ruang Hati.

    Tiga peserta lain, iaitu CRAZY GRIZZLY, Zerophobia dan LXF (dahulu dikenali sebagai Lawalah Familia) pula pernah menembusi peringkat separuh akhir.

    Selebihnya adalah wajah baharu yang tidak pernah menjejaki peringkat akhir atau separuh akhir.

    • Pemarkahan

    Untuk peringkat akhir, pemenang akan ditentukan melalui markah oleh juri (70 peratus) dan undian peminat (30 peratus). 

    Dalam sidang akhbar pengumuman peserta akhir, Penerbit Eksekutif Bersama ALI2023, Jennifer Thompson menjelaskan bahawa 70 peratus markah juri profesional akan dinilai sepenuhnya berdasarkan lagu rakaman.

    Sebaliknya, persembahan di pentas akhir akan menyumbang untuk Anugerah Persembahan Terbaik yang pertama kali diperkenalkan.

    • Hadiah keseluruhan

    Edisi keempat ALI menawarkan hadiah tertinggi dengan jumlah wang tunai terkumpul yang ditawarkan adalah sebanyak RM36,000. Ini merangkumi RM15,000 untuk juara keseluruhan, RM5,000 untuk pemenang setiap kategori dan RM1,000 untuk pemenang Anugerah Persembahan Terbaik.

    Lebih istimewa lagi, penonton siaran langsung di Youtube juga berpeluang memenangi hadiah. Sebuah motosikal Honda RS-X ditawarkan buat penonton pertama yang menciap tiga kod unik yang akan diumumkan pengacara.

    • Persembahan istimewa

    ALI meneruskan tradisi menghargai watak-watak dalam lapangan muzik independen melalui persembahan istimewa sebagai pembuka dan penutup pentas akhir. 

    Pada ALI2020, Senja dan Timemachine menjadi pembuka dengan medley lagu-lagu indie 2000-an manakala Couple sebagai penutup.

    ALI2021 pula menyaksikan Banyak Bunyik Republik sebagai pembuka dengan persembahan penghargaan buat Komplot manakala Grey Sky Morning menyampaikan persembahan penutup.

    Tahun seterusnya, Odyssey membuka pentas dengan penghargaan buat Bittersweet sebelum Nastia menutup pentas.

    Tahun ini, Leaism akan muncul sebagai pembuka dengan persembahan penghargaan terhadap Butterfingers sebelum Bunkface mengambil alih pentas sebelum pengumuman keputusan. – RELEVAN

    ALI2023 Anugerah Lagu Indie featured pendidikan
    Artikel Terkini

    Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    June 6, 2025

    Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

    June 5, 2025

    Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

    June 5, 2025

    Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

    June 4, 2025

    Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

    June 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.