Facebook Twitter
    Trending
    • 10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal
    • 7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya
    • Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai
    • Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

      February 11, 2026

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 soalan kewangan yang harus dijawab sebelum berkahwin

    5 soalan kewangan yang harus dijawab sebelum berkahwin

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 20, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERSEDIAAN kewangan penting sebelum berkahwin. - GAMBAR HIASAN/PABLO HEIMPLATZ (Unsplash)

    BERKAHWIN bukan hal mudah yang isinya penuh seronok-seronok dan manis-manis. Cabaran berkahwin itu besar, malah kesan perkahwinan yang gagal juga berpotensi besar.

    Sebab itu, pasangan yang mahu melangkah ke fasa perkahwinan perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kematangan dan persediaan, termasuk dalam soal kewangan.

    Bukan sekadar berusaha menstabilkan kewangan. Lebih penting lagi, komunikasi antara pasangan tentang kewangan perlu dimantapkan.

    Kewangan boleh menjadi punca retaknya sesebuah hubungan, sebab itu penting untuk pasangan menguruskan jangkaan dan memahami tingkah laku kewangan masing-masing. Dan ini perlu dilakukan sejak sebelum berkahwin lagi.

    Perancang kewangan, Nick Holeman berkongsi lima soalan yang perlu dijawab pasangan sebelum berkahwin. Relevan menjelaskannya di bawah.

    • Apa matlamat kewangan?

    Antara perkara penting yang perlu dilakukan pasangan adalah mengetahui dan berusaha memadankan matlamat kewangan masing-masing.

    Ini terutamanya untuk matlamat kewangan jangka panjang: persaraan, gaya hidup selepas pencen atau pembelian besar yang ingin dibuat.

    Namun, matlamat yang ingin dibentuk bersama tidak perlu terlalu kaku. Jika ada perbezaan pendapat, jangan terus putus asa dengan hubungan sebaliknya usahakan persetujuan untuk hal-hal asas dahulu.

    Pesan Holeman, matlamat-matlamat itu boleh disemak dan disesuaikan semula selepas berkahwin.

    • Apa ketakutan kewangan?

    Ketakutan kewangan merujuk kepada kebimbangan dan kerisauan yang besar terhadap apa-apa perkara berkaitan wang. Ini termasuk kehilangan kerja, tidak mampu membayar bil, simpanan persaraan tidak mencukupi dan berhutang.

    Ini antara soalan yang penting untuk mengenali personaliti kewangan pasangan. Kebiasaannya, ketakutan kewangan datang dari cara seseorang dibesarkan dan bagaimana ibu bapa mengendalikan wang.

    Dengan mengetahui ketakutan kewangan pasangan, apa-apa konflik boleh dielakkan awal.

    • Apa tabiat kewangan?

    Kebanyakan orang ada tabiat mereka sendiri dalam hal kewangan. Contohnya, ada barang yang dia mesti beli setiap bulan atau ketika bercuti, dia mesti duduk di hotel yang selesa dan cantik.

    Bincangkan hal ini dengan pasangan supaya anda boleh jangka apa yang mereka mahu dalam situasi tertentu. Ia mungkin tidak rasional tetapi itu tak penting, yang penting kita betul-betul dapat kenal pasangan dan tabiat kewangannya.

    • Bagaimana mahu gabungkan kewangan dengan pasangan?

    Selepas berkahwin, anda mahu satukan akuan atau biarkan asing? Bagaimana disiplin kewangan yang mahu diamalkan jika pendapatan berbeza? Apa strategi untuk mencapai matlamat bersama?

    Ini antara soalan-soalan yang perlu ditanya apabila hubungan sudah masuk fasa serius. Ketika ini, perbincangannya bukan lagi tentang idea tetapi pelaksanaan.

    Ini termasuk juga perbelanjaan awal seperti majlis perkahwinan, tempat tinggal selepas berkahwin dan sebagainya.

    • Bagaimana kita berbelanja dan menyimpan?

    Jika anda sudah bersetuju dengan matlamat kewangan yang mahu dicapai bersama, fikirkan pula cara untuk mencapainya.

    Namun, pesan Holeman, ia tidak perlu terlalu terperinci dan mengikat. Cukup dengan menetapkan matlamat dan memastikan simpanan yang dibuat mencukupi untuk mencapai matlamat tersebut.

    Holeman turut menggalakkan sistem ganjaran untuk meningkatkan motivasi menyimpan. Contohnya, letak sasaran simpanan untuk tabung kecemasan. Pada bulan pertama, biarkan ia menjadi simpanan tetapi bulan kedua, gunakan jumlah simpanan sebulan itu untuk bergembira. – RELEVAN

    Previous ArticleTidak bermotivasi untuk bekerja? Cuba lakukan 7 perkara ini
    Next Article Bercita-cita bekerja di luar negara? 5 tip ini dapat bantu anda

    Artikel berkaitan

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026
    Artikel Terkini

    10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

    February 12, 2026

    7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

    February 12, 2026

    Cuaca panas terik? Ini jenis pakaian paling sesuai

    February 11, 2026

    Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

    February 11, 2026

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.