Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Celik kewangan di usia muda, urus gaji pertama dengan 5 tip ini

    Celik kewangan di usia muda, urus gaji pertama dengan 5 tip ini

    By Zubaidah IbrahimFebruary 19, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ORANG muda perlu mempunyai mindset dan kesedaran yang betul tentang perancangan kewangan dengan menguruskan gaji itu sebaik mungkin supaya tidak menyesal pada masa akan datang.- Foto Alexander Mils/ Unsplash

    SELEPAS tamat belajar, langkah seterusnya adalah memburu kerja dan setelah bekerja anda akan memperoleh gaji pertama selepas sebulan bertungkus-lumus menjalankan tugas.

    Jangan terlalu teruja dengan gaji pertama anda sehingga berbelanja sakan tak ingat dunia. Usia muda seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk merangka masa hadapan lebih baik terutamanya dalam aspek kewangan.

    Pada ketika inilah anda perlu mempunyai mindset dan kesedaran yang betul tentang perancangan kewangan dengan menguruskan gaji itu sebaik mungkin supaya tidak menyesal pada masa akan datang.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan lima tip untuk anda yang baharu sahaja memulakan kerja agar celik kewangan dan membelanjakan gaji dengan bijaksana.

    1. Gunakan peraturan belanjawan

    Perkara paling penting ketika menguruskan pendapatan adalah dengan menyediakan belanjawan supaya anda tahu ke mana perginya setiap sen yang anda perolehi. 

    Anda boleh menggunakan peraturan belanjawan yang paling popular untuk pemula iaitu 50-30-20. Di sini, anda boleh membahagiakan pendapatan bulanan anda dengan cara berikut:

    • 50% untuk keperluan
    • 30% untuk kehendak
    • 20% untuk simpanan
    1. Bina tabung kecemasan

    Dana kecemasan sangat penting jika anda ingin kekal bebas hutang. Ia membantu anda bersedia untuk keadaan luar jangka seperti kecemasan perubatan, kemalangan dan urusan keluarga yang memerlukan kewangan segera.

    Simpanan kecemasan ini mengelakkan anda ‘menceroboh’ wang simpanan atau terpaksa berhutang untuk menyelesaikan masalah luar jangka itu. Anda juga pasti tertekan jika perkara tersebut terjadi dengan tiba-tiba tanpa sebarang persediaan.

    Pakar mengesyorkan untuk mempunyai dana kecemasan yang sekurang-kurangnya 10 kali ganda pendapatan bulanan anda, tetapi anda boleh membina dana yang lebih besar jika anda fikir anda memerlukannya.

    1. Perlindungan insurans

    Insurans mungkin dirasakan tidak penting ketika anda masih muda, sihat dan bujang. Tetapi, jika anda menunggu sedekad lagi atau lebih (sehingga berumur 30-an) ia akan menjadi lebih mahal. 

    Anda juga berkemungkinan tidak layak mendapatkan perlindungan insurans jika didapati sakit kritikal atau perlu membayar lebih mahal.

    Oleh itu, ketika usia masih muda dan sihat, anda perlu mempertimbangkan untuk melabur dalam perlindungan insurans hayat atau perubatan.

    1. Bayar balik hutang pendidikan

    Kebanyakan orang menyambung pelajaran dengan bantuan tabung pendidikan dan sudah menjadi tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut setelah mendapatkan pekerjaan.

    Jangan bertangguh dan mengumpul hutang pendidikan sehingga ia menjadi semakin bertambah dan akhirnya ia menambah beban dalam kehidupan. Ingat, tanggungjawab anda semakin bertambah apatah lagi jika sudah berkahwin dan memiliki anak.

    Anda juga perlu membuat hutang baharu untuk membeli rumah dan kereta.

    Sehubungan itu, cuba selesaikan hutang pendidikan seawal yang boleh agar ia tidak membebankan anda pada masa akan datang.

    1. Jangan boros

    Siapa tidak teruja menerima gaji buat pertama kali, pasti banyak yang hendak dibeli. Tambahan pula pada zaman sekarang kehendak melebihi keperluan apabila mudah ‘teracun’ dengan ulasan produk di laman sosial yang dibuat oleh pempengaruh (influencer).

    Bukan itu sahaja, ujian kewangan generasi muda juga sangat hebat kerana masing-masing hidup berkibatkan media sosial. Mereka mudah terikut dengan trend dan gaya hidup mewah padahal hakikatnya tidak mampu.

    Ramai juga yang mengamalkan konsep biar papa asal bergaya untuk kelihatan mewah pada pandangan masyarakat.

    Mereka mahu pakai barangan berjenama, kereta dan telefon mahal sehingga sanggup berhutang. Oleh itu, ukur baju di badan sendiri supaya tidak boros berbelanja dan mempunyai simpanan kukuh.- RELEVAN

    Previous ArticleKDNK Malaysia meningkat 3.7% pada 2023
    Next Article Tidak bermotivasi untuk bekerja? Cuba lakukan 7 perkara ini

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.