Facebook Twitter
    Trending
    • Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha
    • Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    • Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA
    • 5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    • Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026

      Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

      May 26, 2026

      Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

      May 26, 2026

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gemilang seorang Sudir, konsert jalanan di Chow Kit jadi persembahan paling bermakna

    Gemilang seorang Sudir, konsert jalanan di Chow Kit jadi persembahan paling bermakna

    By Umi FatehahFebruary 8, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    22 Februari akan datang ini, genap 32 tahun pemergian penghibur lagenda tanah air, Allahyarham Sudirman Arshad. - GAMBAR OLEH ARKIB MEDIA MULIA SDN.BHD.

    MUSIM cuti persekolahan sudah bermula. Kebiasaannya, ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menziarah saudara mara dan sahabat handai. 

    Sinonim dengan pulang ke kampung, lagu Balik Kampung yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Arshad sering menjadi pilihan untuk mengiringi sepanjang perjalanan. 

    “Ho ho ho balik kampung!”, lagu itu dinyanyikan dengan perasaan yang teruja kerana tidak sabar untuk sampai di destinasi, di samping rentaknya yang rancak. Kanak-kanak yang tidak kenal siapakah penyanyi di sebalik lagu itu juga turut sama-sama menyanyikannya.

    Sebagai anak Malaysia yang membesar dengan karya beliau, terdengar sahaja lagu-lagunya secara spontan, lidah turut menyanyikan bait lirik, seakan-akan ia sudah sebati dalam darah.

    22 Februari akan datang ini, genap 32 tahun pemergian penghibur lagenda tanah air, Allahyarham Sudirman Arshad. Jadi, sempena bulan kelahirannya ini, Relevan ingin menjejak kembali salah satu peristiwa zaman kegemilangannya dalam industri seni hiburan tanah air negara iaitu satu-satunya konsert yang diadakan di Jalan Chow Kit pada 14 April 1986.

    Lautan manusia di Chow Kit

    Kisah tentang konsertnya di Jalan Chow Kit memberi impak luar biasa kepada dunia seni hiburan tanah air dan seluruh rakyat Malaysia pada ketika itu. 

    Memetik laporan Utusan Malaysia pada 16 April 1986 yang ditulis oleh wartawan Fauzan Uda Ahmad, konsert itu menghimpunkan lebih 50,000 peminat untuk menyaksikan persembahan beliau secara langsung.

    Inilah kali pertama dan terakhir seorang penyanyi dan juga pelakon mengadakan konsert di tengah-tengah jalan yang paling sibuk di ibu kota ini. 

    Pengaruh Sudirman yang kuat di samping pertunjukan yang dianjurkan secara percuma itu telah menjadikan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit menjadi lautan manusia. Sebahagian daripada penonton juga dilaporkan telah berkumpul sejak awal petang. 

    Bangunan-bangunan di sekeliling pentas utama juga dipanjat bagi memastikan mereka dapat melihat Sudirman beraksi dengan jelas.

    Bayangkan, Jalan Chow Kit yang sesak dengan kenderaan menjadi lautan manusia hanya disebabkan seorang Sudirman. Kasihnya rakyat Malaysia kepada Sudirman pada ketika itu tidak memerlukan apa-apa penjelasan lagi kerana masing-masing sanggup ‘turun padang’ dan bersesak demi beliau.

    Menyanyi dari forklift

    Pertunjukan yang dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam terpaksa ditangguhkan kira-kira 30 minit kerana berlakunya beberapa kekecohan. Bas persiaran yang membawa Sudirman dan rombongannya termasuk penari-penari Glue Girls dan kumpulan muzik Key Girls tidak dapat bergerak dek dikerumuni orang ramai.

    Dalam pada kekecohan itu, tepat jam 9.06 malam lagu Chow Kit Road mula berkumandang. Para penonton mula bersorak dan bertepuk tangan sambil mencari-cari di manakah Sudirman. 

    Kemunculan Sudirman pada konsert itu boleh dikatakan ikonik kerana beliau berada di atas forklift jentera bomba dengan memakai baju anggota bomba dan diturunkan secara perlahan-lahan ke atas pentas.

    Bagi penonton yang dapat berdiri atau duduk dengan selesa, persembahan selama dua jam 30 minit itu mungkin terasa singkat dan tidak puas menonton kelincahan Sudirman dan persembahan bersama penari-penarinya yang menghiburkan.

    Penghibur rakyat itu telah mendendangkan sebanyak 37 buah lagu termasuk beberapa buah lagu medley. 

    Apa yang lebih menarik ialah kebolehannya untuk mengajak penonton turut menyertai bersama-samanya menyanyikan lagu dan naik ke pentas untuk berceloteh dengannya. 

    Merujuk kepada laporan Utusan Malaysia lagi, Sudirman berkata ketika beliau berada di dalam skylift, beliau lihat Jalan Chow Kit seperti lautan manusia dan berasa terharu kerana rakyat Malaysialah yang membawanya ke puncak kejayaan.

    Ilham dari hospital

    Walaupun ketika itu Sudirman sudah bergelar penyanyi bertaraf antarabangsa, kemunculannya dalam konsert percuma di tengah jalan tidak menjejaskan kredibilitinya.

    Kata Sudirman, persembahannya di tempat-tempat eksklusif hanya dapat disaksikan peminat tertentu tapi persembahan terbukanya di Chow Kit dapat disaksikan beribu orang, tanpa mengenal darjat dan kedudukan.

    Lebih menarik lagi, idea untuk persembahan tersebut datang ketika Sudirman terlantar di hospital selepas menjalani pembedahan. Tempohnya juga tidak lama, Sudirman dilaporkan masuk ke hospital tak sampai sebulan sebelum itu.

    “Dengan adanya konsert ini, Sudirman dapat membalas penghargaan para peminatnya. Dia naik ke mercu kejayaan dengan lagu ‘Chow Kit Road’ dan malam ini dia kembali ke Chow Kit Road untuk meluahkan penghargaannya,” jelas pengurus Sudirman, Mike Bernie.

    Menurut Mike lagi, Sudirman dan beliau sendiri terhutang budi dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak berkuasa hingga menjayakan konsert tersebut walaupun idea untuk mengadakan hanya timbul dalam masa 10 hari sebelum tarikh konsert tersebut.

    Konsert paling bermakna

    Menyentuh tentang persembahan Sudirman pada malam tersebut, Mike berkata, semua lagu dendangan penyanyi pujaan ramai itu berkisar kepada kisah-kisah masyarakat. 

    Menurut beliau lagi, konsert malam tersebut adalah satu cabaran kepada dunia seni dan hiburan kerana di situlah para peminat dapat membuat penilaian dan persembahan kepada penyanyi.

    Mengenai perasaan beliau sendiri selaku pengurus Sudirman, Mike Bernie memberitahu bahawa inilah konsert yang paling bermakna.

    Sudirman sendiri juga menyifatkan konsert terbukanya di Jalan Chow Kit itu lebih bermakna daripada 30 persembahan di tempat-tempat yang eksklusif yang pernah diadakannya sebelum ini.

    Sudah berpuluh tahun beliau meninggal kita tetapi lagu-lagunya masih segar dimainkan di corong radio dan dinyanyikan oleh rakyat Malaysia seolah-olah beliau masih hidup, setia menghiburkan hati semua. – RELEVAN

    Previous ArticleMilli Vanilli: Menang Grammy tanpa menyanyi
    Next Article Ekstrak khasiat muzik, kita hargai ritma dan nada di Relevan

    Artikel berkaitan

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026
    Artikel Terkini

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    May 27, 2026

    Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    May 26, 2026

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    May 26, 2026

    5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

    May 25, 2026

    Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

    May 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.