Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Elak jadi mangsa penipuan tawaran kerja dengan panduan ini

    Elak jadi mangsa penipuan tawaran kerja dengan panduan ini

    By Umi FatehahFebruary 6, 2024Updated:February 6, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENIPUAN penyiaran kerja dan majikan palsu sudah lama berlaku. - GAMBAR HIASAN/LEELOO THE FIRST (Pexels)

    ADAKAH anda sedang memburu pekerjaan baharu? Lambakan iklan pekerjaan yang tersedia dalam talian menyukarkan kita mengenal pasti mana satu yang sah, mana satu yang tipu.

    Baru-baru ini juga tular di X tentang syarikat yang mengiklankan kerja kosong tetapi sebenarnya penipu.

    Penipuan penyiaran kerja dan majikan palsu sebenarnya sudah lama berlaku. Oleh itu, kita sebagai pencari kerja perlu sedar red flag syarikat tersebut sebelum memohon kerja untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

    Apabila iklan pekerjaan dalam talian kelihatan terlalu indah untuk menjadi kenyataan, ada kemungkinan besar ia tidak boleh dipercayai.

    Terdapat beberapa modus operandi penipuan yang digunakan oleh penipu yang menyamar sebagai majikan atau perekrut yang sah.

    Antaranya, anda mungkin diminta untuk memberi butiran kewangan untuk mengesahkan skor kredit sebelum bekerja. 

    Selain itu, anda juga mungkin diminta untuk menghantar wang secara langsung sebagai kos permulaan bekerja. Penipuan jenis ini yang paling kerap berlaku dan anda tidak sepatutnya membayar apa-apa wang untuk mendapatkan pekerjaan.

    Untuk mengelakkan daripada ditipu, berikut ialah 9 panduan mudah untuk dipatuhi agar anda kekal selamat semasa mencari kerja dalam talian.

    1. Jadi skeptikal dengan alamat e-mel mereka

    Penipu boleh mencuri mana-mana nama dan logo syarikat untuk membuatkan mereka kelihatan boleh dipercayai. Oleh itu, jangan terus percaya hanya kerana anda melihat logo atau nama syarikat. 

    Sepatutnya, kakitangan Sumber Manusia atau pengurus pengambilan pekerja akan menghubungi anda daripada e-mel korporat dan bukan Gmail, Hotmail, AOL, Yahoo atau alamat e-mel peribadi yang lain.

    Anda juga boleh mencari nama individu yang menawarkan kerja dan syarikat itu di LinkedIn dan Glassdoor untuk melihat sama ada mereka pekerja sebenar yang mewakili syarikat tersebut. 

    1. Jangan bayar apa-apa untuk mendapatkan kerja

    Majikan yang sah tidak akan meminta anda menghantar wang untuk mendapatkan pekerjaan. Jika anda diminta menghantar wang untuk menampung kos permulaan, yuran, pelaburan awal, inventori atau apa-apa sahaja, kemungkinan besar ini adalah satu penipuan dan elakkan daripada terus berurusan dengan mereka serta-merta.

    1. Jangan terima wang atau setuju untuk memindahkan wang

    Penipu dalam talian mungkin meminta anda menerima wang daripada mereka dan menyimpan sebahagian untuk diri sendiri sebagai bayaran dan menyerahkan selebihnya kepada orang lain (selalunya melalui pindahan wang dalam talian).

    Dalam hampir semua kes, wang ini sebenarnya dicuri. Anda tidak sepatutnya bersetuju untuk membantu memindahkan atau menyampaikan wang atas sebarang sebab sebagai pencari kerja.

    Sebagai peringatan, jangan sekali-kali bersetuju untuk menyimpan dana ke dalam mana-mana akaun anda semasa proses pencarian kerja. 

    1. Guna laman web carian kerja yang dipercayai

    Menggunakan laman web carian kerja yang besar dan bereputasi seperti LinkedIn, Indeed dan Glassdoor akan membantu memastikan anda berhubung dengan majikan yang sah kerana platform ini mempunyai proses penyaringan mereka sendiri.

    Walau bagaimanapun, anda harus tetap berjaga-jaga dan mengikuti peraturan lain untuk mengesan dan mengelakkan penipuan pekerjaan dalam talian. 

    1. Jangan dedahkan maklumat perbankan, kad kredit, PayPal dan sebagainya

    Takkan ada sebab yang kukuh untuk anda menyerahkan segala maklumat kewangan. Sekiranya anda dituntut untuk menyerahkan maklumat itu juga, maknanya anda sedang dipancing untuk ditipu. 

    Satu-satunya sebab yang memungkinkan anda untuk menyerahkan segala maklumat ini adalah sekiranya mereka meminta routing number (nombor penghalaan) untuk membayar deposit langsung. Tetapi, maklumat ini hanya perlu diserahkan selepas anda sah diterima bekerja dan sudah berjumpa dengan majikan atau pengurus secara bersemuka.

    Jangan sesekali mendedahkan maklumat sulit ini semasa proses temu duga secara dalam talian atau panggilan telefon. 

    1. Teliti iklan jawatan kosong sebelum memohon

    Ambil masa untuk teliti iklan tersebut betul-betul sebelum memohon. Maksudnya, cari sebarang perkataan mencurigakan seperti ‘pindahan wang’ atau kesalahan ejaan.

    Tip ini bukan sahaja akan memudahkan anda untuk mengenal pasti iklan kerja palsu, malah ini juga nasihat mencari kerja yang baik. Anda harus sentiasa menyemak dengan teliti pekerjaan yang dimohon supaya boleh menyesuaikan dengan resume. 

    Disebabkan penipu-penipu ini tahu anda dalam keadaan memerlukan atau terdesak untuk mendapatkan pekerjaan, mereka menggunakan peluang ini untuk menipu dan mementingkan keuntungan tanpa ada rasa ihsan terhadap manusia. – RELEVAN

    cari kerja featured jawatan kosong kerja kosong kerjaya pemburu kerja tawaran kerja
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.